Isnin, 5 Jun 2017

Siapa kata belajar Hafiz tiada masa depan?

Alhamdulillah sampai juga hajat nak merasa umrah pada bulan Ramadhan. Kami pergi berenam sahaja bersama Ustaz yang mengajar Addin di madrasah.

Ada beberapa perkara menarik yang kami belajar dari umrah kali ini.

Syukur juga sempat berkenalan dengan seorang bekas pelajar Madrasah yang Addin belajar sekarang. Beliau memiliki syarikat travel yang menguruskan umrah dan pakej pelancongan.

Beliau mendapat anugerah Dato' melalui perniagaan yang sedang beliau jalankan.

Ya siapa kata belajar Hafiz (belajar hafal Quran) tiada masa depan?


Selepas belajar Quran, beliau sambung belajar mendalami Bahasa Arab seterusnya menguruskan perniagaan yang diwarisi dari keluarga beliau.

Quran itu adalah asas yang perlu dipegang dengan kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan akan datang.

Sekurang-kurangnya mereka yang ada ilmu Al Quran hidupnya insyaALLAH terpelihara dari fitnah akhir zaman sekirana ilmu itu diamalkan sepenuhnya.


So bagi parents yang berniat nak anak belajar di mana-mana Madrasah, janganlah ia dijadikan satu asbab hanya untuk anak tidak nakal...namun niatkan agar mereka punya bekalan untuk hidup di dunia dengan asas agama yang lebih baik.


Zaman sekarang cabarannya sangat dahsyat dengan pengaruh dari luar...maka dengan tali Al Quran dan Sunnah la kita harapkan anak-anak ini hidupnya sejahtera, bahagia dan selamat dunia dan akhirat.

Umrah Mei 2017

First time buat umrah , gambar boleh ada dalam candid orang lain. Sebenarnya beliau nak ambil gambar ustaz beliau yang sedang menunaikan tawaf umrah. Kebetulan kami semua dekat...hehehe dapatlah dalam gambar jadi kenangan.....Umrah 2017.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: