Rabu, 17 April 2019

Manfaat set berpantang premium

Alhamdulillah pengalaman menyusukan Addin dan Nasa adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya. Masa zaman Addin, syukur abah AddinNasa tak lokek nak belikan vitamin walaupun di kala itu hanya abah sahaja yang bekerja untuk menyara kehidupan kami.

Rezeki melahirkan Nasa semasa saya sudah bekerja sebagai seorang guru. Maka lebih mudah nak beli vitamin Shaklee.

Saya mengamalkan set bersalin dengan semua vitamin Shaklee.

Set berpantang Premium Lengkap untuk ibu dan anak

Set berpantang premium yang saya amalkan sejak menyusu Addin dan Nasa.


Apakah kebaikan setiap produk ini?

ESP* Ia adalah minuman berkhasiat dari soya yang mengandungi protien lengkap yang diperlukan oleh badan. Ya saya amalkan sejak zaman bujang lagi...maka sepanjang berpantang saya amalkan ini kerana tahu khasiatnya membantu menghasilkan sel baru yang sihat selain membantu memperbaiki sel lama yang rosak. Bagusnya bila minum ESP dalam pantang, susu badan mudah bengkak dan mudah nak menyusukan bayi. Saya juga mengamalkannya sebagai minuman bersama sarapan pagi, minum petang dan supper jika perlu. Maklumlah bila ibu menyusu dalam pantang sebenarnya mudah rasa lapar tetapi kita tak boleh makan sebarangan khuatir makanan itu memberi mudarat pada perut anak melalui susuibu. Maka pengambilan ESP sangat membantu. 
Ini juga antara sebab saya nampak berat Addin dan Nasa sebelum 6 bulan lagi dah capai 10kg. Bagusnya ESP ini tidak mengandungi lemak kerana ia diperbuat dari soya yang berkualiti.



Vitalea* adalah sejenis multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan. Ibu yang berpantang sangat perlu amalkan multivitamin terutama yang mengandungi zat besi kerana kita telah banyak kehilangan darah semasa melahirkan si bayi. Ibu yang tidak menjaga pemakanan akan mudah rasa letih, pening ataupun nak pitam disebabkan kekurangan darah. Sebab itu orang tua dulu, menyediakan makanan berpantang pasti ada ikan bilis. Kenapa? Kerana dikatakan ia mengandungi zat besi yang diperlukan oleh badan.


B complex* adalah vitamin yang juga penting untuk bina darah. Ramai ibu yang kekurangan vitamin B complex akan mengalami tekanan perasaan atau nama lainnya meroyan. Ini kerana disebabkan keletihan dan perubahan hormon selepas melahirkan anak. Maka dalam pantang vitamin ini sangat membantu si ibu bertenaga, ceria dan mempunyai emosi yang stabil.

Vitamin C*adalah vitamin yang penting dalam proses membantu baik luka disebabkan kelahiran tadi. Selain itu ia juga penting untuk si bayi maka bila si ibu amalkan vitamin C dan ianya disalurkan ke dalam susuibu, maka si bayi akan mendapat khasiat yang sempurna. Vitamin C dikenali juga vitamin yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia.

Ostematrix*vitamin yang nama lainnya ialah kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia bukan hanya untuk tulang tetapi penting untuk saraf. Maklumlah bila ibu dalam pantang, tidur pasti selalu terganggu kerana hendak menjaga bayi, maka pengambilan vitamin ini sangat penting dan membantu ibu kekal cergas dan bertenaga. Ostematrix Shaklee mengandungi galian yang nama Boron iaitu membantu kepadatan tulang. So bayangkan manfaat yang anak dapat bila ibu amalkan dan menyusu susuibu kepada bayi? Pastinya si bayi akan mempunyai tulang yang kuat dan sihat.


Zinc* vitamin yang dikaitkan dengan penyembuhan luka. Kenapa orang dulu, kalau kena bedah disebabkan apa sekalipun, mereka akan terus cari ikan haruan? Ini kerana ikan haruan dikatakan mempunyai kandungan vitamin zinc yang penting untuk membantu proses penyembuhan luka. Tapi hari ini, lebih mudah kerana 1 tablet zinc sudah mencukupi untuk membantu ibu dalam proses penyembuhan luka disebabkan kelahiran bayi.



Testimoni saya sendiri

Memang nampak perbezaan berat badan antara Addin dan Nasa.... namun persamaan mereka adalah dalam masa 5 bulan, berat mereka mencapai 10kg alhamdulillah.

Perkembangan anak mudah nampak apabila mereka menyusu susu ibu. Maka oleh kerana itu sangat penting si ibu mengamalkan pemakanan sihat supaya dapat menyalurkan susuibu yang berkhasiat dan penuh nutrisi.



Nasa semasa usia 3-4 bulan.


Puan sedang mencari set berpantang? Apakata cuba Shaklee untuk kelahiran anak puan ini? Lihatkan perbezaan yang ketara terutama hasil yang boleh dilihat ke atas perkembangan bayi.




Berminat nak dapatkannya? Boleh terus mesej saya untuk pesanan melalui www.wasap.my/60128535689/setberpantangpremium.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

1 ulasan:

Adek Mahani berkata...

Sangat kemas. mudah faham saya baca. Thanks master N