Cara kita dibesarkan membentuk siapa kita hari ini...
Saya melihat bagaimana mak dulu menguruskan keluarga...sebagai surirumah, mak menggunakan duit yang abah bagi untuk belanja sangat berhemah. Zaman dulu, mak beli ikan dengan tokey yang datang rumah ke rumah dengan van. Saya belajar selok belok mak berurusan sebagai pembeli.
Saya juga belajar sesuatu bila...mak akan kata, hari ni mak masak lauk sekian sekian. Tapi atas dapur ada lauk lain. Lauk lain ni biasa mak masak untuk abah. Saya suka tanya, mak kenapa lauk abah lain [ biasanya lebih special dari lauk kami makan adik beradik]... mak akan jawab, abah penat cari duit jadi bagi la dia makan sedap sikit. Ada lebih kita boleh makan lauk tu nanti ya.
Itu la mak. Mak memang dahulukan abah dalam banyak urusan hidupnya.
Masa saya meningkat remaja, abah suka pesan benda yang saya rasa pelik tapi sebagai anak terima aje la... Antara pesan abah dulu...
Nanti kalau Nor dah kerja abah nak Nor bagi abah RM500 sebulan. Masa tu umur saya 14 tahun...dok mikir, kerja apa agaknya masa tu aku boleh bagi abah RM500 sebulan yer?
Mungkin abah dah nampak masa depan anak dia
Masa umur 14 tahun juga abah dah suruh doa tentang jodoh. Abah kata doa ni kena sabar..kalau nak benda berlaku lagi 10 tahun doalah dari sekarang. Sebab bila minta kena minta dengan sabar. Ni mungkin nampak kebenaran... abah suruh doa kawin dengan engineer...makbul. Dan sejak 2003 saya dok sebut-sebut nak umrah free dengan Shaklee selalu ...lepas 10 tahun baru nampak
Abah turut pesan, kalau nanti dah kawin , dan ada gaji sendiri...nak bagi mak abah kena minta izin suami. Walaupun tu duit gaji sendiri, tapi sebab kita kerja atas redho suami...jadi nak bagi mak abah pun kena ada redho suami td. Hingga kini, nak keluar duit bagi adik beradik pun saya akan minta izin suami.
Antara pesan lain yang isteri kena pegang... kalau gaji kita besar dari suami , tetap kena letakkan suami tu yang utama. Jangan lupa diri. Ramai isteri cari duit sampingan nak bantu suami...tapi sampai satu ketika, ramai yang tergelincir dari landasan.
Niat memula nak bantu suami...tapi bila sampai satu ketika ada isteri yang sangka kerana dialah rumahtangga dia hidup senang...padahal semua datang atas redho suami dan dengan rahmat Allah. Mulalah hilang rahmat dan berkat dalam rumahtangga.
Sebab tu kita kena ingat balik asas kehidupan. Kita hidup nak bahagia dan nak rahmat. Kaya tu satu bonus. Kaya kalau nak tunjuk kat orang, akhirnya penat sendiri. Diri tak ke mana pun. Ego yang tinggi biasa memakan diri.
Kita boleh usaha tapi pastikan redho suami mengiringi ...bukannya merasakan kita la
hebat
, kitalah yang buat banyak duit sampai hilang hormat pada suami. Nauzubillah.
0 Ulasan