Siapa yang tak terasa hati apabila ada orang menegur ish, kulit nampak kusam? Bagi yang punya ketahanan diri yang tinggi pasti akan menjawab dengan tenang, biasalah tak cukup tidur, banyak kerja nak kena siapkan. Namun bagi yang punya hati senipis kulit bawang, yang sudah pasti sensitif tahap tinggi...mungkin dah tak mahu menegur 2-3 hari kawan yang berkata sinis tadi. Ibu punya ramai kawan yang merasakan diri mereka nampak lebih tua dari suami mereka. Mereka mengakui mereka cukup terasa hati dengan opismate yang meluahkan pandangan tanpa diminta.
Tetapi arwah atuk ibu pernah memberitahu bahawa si isteri akan nampak lebih tua dari suami kerana telah banyak berkorban contohnya seperti melahirkan anak, menguruskan rumahtangga dan kerjaya bagi mereka yang punya karier. Arwah atuk kata jika si isteri tadi tidak mengambil berat atas kecantikkannya maka sebenarnya ia telah mengambil satu jalan mudah dan kesannya bukanlah sehari dua tetapi 5-10tahun akan datang. Arwah atuk pernah berkata lagi, bahawa si suami akan menyayangi isterinya selagi Allah mengizinkan namun lumrah kehidupan, siapa yang tidak suka kecantikkan?
Namun tanggungjawab siapakah untuk memastikan si isteri nampak muda dan cantik sebenarnya ya? Adakah si isteri itu sendiri atau si suami?Bagi isteri yang bekerja pasti tidak punya banyak masalah dan karenah. Jika si suami tidak mengelurkan wang belanja untuk ke arah itu, mereka punya pilihan dengan gaji sendiri. Bagaimana dengan isteri yang tidak bekerja? Pernah tertulis dalam satu forum...suami yang budiman akan memastikan si isteri sentiasa cantik dan menawan. Apalah salahnya jika si suami dapat mengeluarkan sedikit belanja untuk ke arah itu?
Roadtax dan insuran kereta pasti diusahakan bayar , maintanance kereta tidak juga kurangnya...si suami akan memastikan ini terjaga demi keperluan setiap masa. Bagaimana dengan maintance si isteri selepas bersusah payah melahirkan anak? Badan si ibu itu akan sedikit menggelebeh jika tidak dijaga. Ianya akan melarat jika tidak diendahkan. Alangkah baik jika semua suami memikirkan hal ini sejak dari awal perkahwinan.
Rata2 yang mempunyai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka memberikan alasan isteri mereka sudah tidak cantik dan bergaya lagi. Apalah salahnya jika si suami mengeluarkan sedikit wang agar si isteri kekal cantik menawan seperti sebelum kahwin? Kebanyakan para suami sangat berkira dalam hal ini...takut pula jika isterinya cantik dipikat orang. Tetapi tahankah mata sendiri jika isteri dah rupa macam Mak Andeh, dengan kain terlondeh dan hanya pandai masak lodeh? hahahaha, dah macam lagu pula.
Memang tidak dinafikan BUKAN semua suami berkemampuan untuk menghantar isteri mereka ke Slim World, Marie France, London Weight Management dan apa2 lagi yang mahal...memadailah membelikan krim buang selulit ke, membeli buku masakan diet sihat ke, pergi bersenam bersama isteri pada hujung minggu ke, jika mampu lagi sikit boleh beli vitamin untuk kurus atau hantarbuat facial ke.... ish banyak lagi yang boleh dibuat demi memastikan isteri nampak cantik dan muda.
Ops tulisan ini bukan untuk mengkritik para suami tetapi kepada isteri juga....mari kita sama2 beringat:
1. Pakailah wangi2 di rumah dan bukan sekadar keluar berjalan sahaja. Jika suami tanya kenapa bau wangi dalam rumah, katakan sahaja minyak wangi tumpah.
2. Makeup la sikit walau hanya bergincu. Demi memastikan wajah si isteri nampak warm , tak de lah pucat lesi macam sakit.
3. Pakailah baju yang sedikit menarik perhatian suami..t-shirt yang nampak shape badan ke, seluar fit.
4. Jika bekerja, solekkan diri bila keluar dengan suami sama seperti anda solekkan diri untuk bekerja.
Banyak lagi sebenarnya...nanti ibu kongsikan lagi petua2 arwah atuk untuk si isteri nampak muda, cantik, berseri dan langsing!
Salam sayang dari ibu
0 Ulasan