Sepanjang menemai Addin ke kelas Karatenya, ibu suka bersembang dengan ibu2 yang yang juga menemani anak mereka berkarate. Maka ada petua dan ilmu yang bermanfaat dapat dipraktikkan dan so far menampakkan hasil yang baik.
Auntie Nurul seorang yang ramah, beliau merupakan seorang mualaf. Ibu banyak mendapat ilmu dan petua dari beliau; antaranya bagaimana nak mengurangkan kahak anak... ini juga telah disokong oleh salah seorang ibu yang berasal dari Sarawak. Katanya, setiap malam sapukan minyak panas di bahagian belakang badan si anak sewaktu mereka tidur, insyaAllah kahak akan mula berkurangan. Alhamdulillah telah ibu praktikkan pada Addin dan Nasa walau mereka tidak batuk..bak kata orang prevention is better than cure.
Memang ada petua lama yang menyarankan ibu menyedut sahaja kahak melalui hidung anak tapi hal ini tidak dibenarkan oleh Abah kerana katanya ia bahaya untuk paru2 anak.Maka ibu lebih prefer menggunakan petua dari auntie Nurul tadi. Bertambah lagi kini Nasa sudah tidak menyusu badan lagi. Jika dahulu jika ibu sedar yang Nasa dah punya bunyi kahak maka ibu akan up kan vitamin C intake, dari 1 biji kepada dua biji. Selain itu ibu pastikan Addin dan Nasa makan omega 1-2 kali seminggu agar chest mereka tidak mudah sejuk yang boleh menyebabkan mereka mendapat selsema.
Auntie Nurul ini kelihatan sangat muda...ibarat 33 tahun tapi sebenarnya umur beliau ialah 42 tahun. Pernah juga beliau berkongsi dengan teman2nya di situ betapa pentingnya pengambilan vitamin. Mungkin kerana latar belakang keluarganya berbangsa Cina yang mementingkan supplement untuk kesihatan dan awet muda. Beliau juga pernah menegur ibu bahawa ibu kelihatan seperti budak 20-an....tersenyum
Salam sayang dari ibu
9 Ulasan
mmg dah praktikkan kat Sarah n abang2..