Ada orang tak pernah risau jika mendapat cirit birit... namun hakikatnya ianya membawa banyak petanda. Seperti sahabat saya Edot yang kini terlantar akibat kanser usus stage 4. Beliau pada mulanya ingat bahawa cirit birit itu adalah perkara biasa kerana doktor mengatakan bahawa beliau hanya terkena keracunan makanan. Ianya berlarutan selama sebulan dan bulan kedua doktor tersebut masih mengatakan perkara yang sama. beliau sudah mula resah kerana berat badannya semakin menurun dan terdapat darah dalam najisnya. Lebih memeranjatkan pada bulan ketiga doktor tersebut mengesahkan bahawa beliau mengidap barah usus tahap 3. ya Allah lemah jantung beliau apabila mendengar jawapan tersebut dari doktor. Kini beliau terlantar sakit dan sukar untuk berbicara walau melalui hp. Saya doakan dia terus kuat untuk meneruskan kehidupan kerana beliau mempunyai anak sebaya anak saya Nasa iaitu yang berumur hampir dua tahun.
Pengajarannya, jangan ambil mudah dengan masalah kesihatan. Jangan bergantung dengan satu pendapat doktor, cuba dapatkan second opinion.
1 Ulasan