Saya dah suami adalah pengguna setia BP Lab. Syukur sebab abah Addinnasa ni orang yang sangat menjaga kesihatan. Jadi setiap kali dia buat blood check up, saya akan join sekali. Tapi uniknya 2022 saya tak buat langsung! Sebab setiap kali abah Addinnasa pergi buat check up time saya tak sesuai buat....hehehe.
Selepas attend kelas Dr Redza, saya mulakan azam, kena buat jugak. Jangan syok sendiri kata Dr Redza.
Result sentiasa boleh kita check and compare dalam apps dia. Sangat mudah. |
Memula takut sangat nak tengok result, tapi ....alhamdulillah ada satu yang menarik perhatian saya adalah uric asid saya menurun dengan sangat banyakkkk. MasyaAllah. Alhamdulillah Allahu Akhbar!
Masa sebelum ini, bacaan uric asid saya makin bertambah sampai melepasi boarder dan doc turut memberi warning dengan keadaan saya. Syukur sebab saya takde masalah rhemotoid factor, so alhamdulillah masa bacaan tinggi saya cuma rasa tapak kaki berdenyut macam kena cucuk jarum sahaja.
Namun saya juga mencari rawatan alternatif untuk turunkan bacaan uric asid ini. Ditambah saya kena konsisten amalkan ubat darah tinggi, pastinya sukar nak turunkan bacaan uric asid.
Dan ada yang menarik minat saya.... kopi.
Saya mula kurangkan makan daging merah, seafood, apa sahaja yang buatkan uric asid naik. Sebelum ni memang makan semua...tapi insaf juga bila bacaan makin naik.
Dah masa kena kawal makan ni!
Sebelum ini saya suka sangat minum kopi kampung, tapi suami saya tegur sebab kopi kampung biasa akan bercampur dengan marjerin, memang tak bagus untuk kesihatan. Jadi saya tukar dengan amalkan kopi biji....minima sehari sekali....
Roasted coffee bean [ biji kopi panggang] |
Tak sangka ia menjadi....
TETAPI ada kesan sampingan lain yang kena jaga juga. Bila selalu minum kopi, bahayanya pembetukan darah akan terjejas. Mudah dapat anemia....HB juga akan rendah ditambah tulang mudah rapuh, jangka panjang boleh kena osteoporosis. Ok kena ada ilmu benda ni.
So ada vitamin yang saya konsisten makan untuk counter back masalah yang timbul....
Ostenutrix - kalsium untuk bantu atasi masalah tulang rapuh.
Vitamin C - Supaya salur darah sentiasa elastik
Omega - minyak ikan yang bantu elakkan plak dalam otak. Supaya tak mudah kena alzheimer.
B complex - untuk bantuk pembetukan dan penghasilan darah merah.
Vitalea - WAJIB untuk bina darah. Pengambilan kopi akan menyebabkan penghasilan darah dan penyerapan zat galian terganggu. So multivitamin menjadi kewajipan dalam list harian yang perlu amik
Keputusan bacaan ujian darah Nov 2021 |
Keputusan bacaan ujian darah Jan 2023 |
So bagi anda yang ada masalah macam saya boleh la cuba tips ini.
Jika anda adalah orang yang ada masalah dengan susu, boleh amalkan minum kopi sahaja tanpa susu....atau nama popular dia Americano. Kalau anda tiada masalah dengan susu, boleh la amalkan Latte atay Cappucino hari hari.
Selain itu boleh amalkan minum air hirisan lemon. Sekali sehari sahaja. Jangan pula tambah gula.
So selamat mencuba, dan jangan lupa jaga kesihatan secara keseluruhan , bukan jaga uric asid sahaja tau!
#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
0 Ulasan