Isteri perlu ada duit untuk sokong ekonomi rumahtangga bukan hanya persediaan kecemasan

Masa abah meninggal, mak saya seorang surirumah. Walaupun begitu mak tidak membiarkan dirinya berada dalam zon selesa. Mak tetap usaha mencari peluang untuk dapatkan duit walaupun hanya dari rumah. Mak seorang yang panjang akalnya untuk membesarkan kami 7 beradik. Sepanjang saya membesar, saya tak pernah tengok mak minta atau pinjam duit ahli keluarganya, tak tahulah kalau ada dibelakang kami.

Bayangkan mak pergi ke kilang baju, mencari peluang pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah. Syukur Allah permudahkan...mak dapat upah membuang kertas di baju yang telah disulam menggunakan mesin. Tahu tak berapa harga untuk sehelai baju? Seingat saya antara 1 hingga 3 sen sehelai baju. Betapa gigihnya mak mengangkut beg plastik yg dipenuh baju. Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan abah di alam sana.

Abah meninggal dunia ketika saya berusia 19 tahun....dan mak yang masih muda tetap perlu meneruskan kehidupan untuk membesarkan kami adik beradik. Bermulalah kehidupan mak sebagai seorang pekerja kilang. Kerana kerja shif dan kerja mak berat yang melibatkan barang di stor, mak tukar kerja sebagai tukang masak di sekolah menengah di Muar.

Saya lihat bagaimana kehidupan mak bertukar dari seorang surirumah kepada yang perlu kerja demi menyara keluarga.

Saya? Bermula dengan surirumah juga. Kemudian saya cuba mengambil peluang menjadi guru tuisyen dari rumah. Pendapatan yang saya perolehi sangat membantu memberi kelapangan dan keselesaan pada rumahtangga kami. Namun masa kerja tidak sesuai...terikat dengan kerja yang mengikat saya untuk tidak ke mana -mana walau hujung minggu. Membuatkan saya buat keputusan apply KPLI. Kursus perguruan lepasan Ijazah. 

Suami saya sarankan untuk saya apply kerana katanya, pendapatan isteri membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga. Saya bersetuju dan akhirnya saya kerja menjadi cikgu.

Duit yang saya perolehi alhamdulillah sangat membantu terutama bila dah jadi guru, ada elaun perumahan dan ini sangat melegakan. 

Cuma kerana sampai satu tahap, saya rasa kasihan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah baby sitter, saya membuat keputusan untuk berhenti dan menjaga anak dari rumah. Namun saya tidak mahu suami saya rasa terbeban apabila hilang satu sumber pendapatan dalam rumahtangga kami bila saya berhenti menjadi cikgu, saya membuat keputusan untuk membina bisnes Shaklee saya dari rumah.

Saya mula mengorak langkah dengan mendapatkan kawan melalui forum-forum di internet. Kemudian saya berkongsi cerita anak dan produk Shaklee dalam blog saya ini. Saya juga tidak mahu berpeluk tubuh sedangkan saya boleh usahakan sesuatu yang membantu ekonomi rumahtangga. 

Bila isteri ada duit lebih, sekeluarga boleh makan yang sedap. Bila isteri ada duit lebih, pasti anak juga gembira kerana dapat beli mainan. Bila isteri ada duit lebih, yang pasti ekonomi keluarga juga akan berada di tahap yang lebih baik.

Isteri perlu ada duit untuk menyokong ekonomi keluarga bukan hanya persediaan kecemasan jika berlaku apa2 pada suami. Arwah abah selalu kata, isteri yang hebat adalah isteri yang pandai membantu menguruskan rumahtangga disamping pandai mencari duit meringankan perbelanjaan rumahtangga bersama suami.

Syukurlah sekarang semua hanya di hujung jari aje. Asalkan ada phone yang boleh connect internet, ada talian internet...di mana sahaja bisnes boleh berjalan. Ramai aje surirumah buat bisnes walaupun hanya dropship. Cuma segelintir yang usaha menjadi usahawan berjaya. Ini pun di dorong oleh semangat dan impian untuk memastikan keluarga cukup serba serbi.





Anda bagaimana?


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK>>>  SINI Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan menjadi ahli.  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan