Kenalkan anak minyak ikan dari kecil

Masa kecik dulu, mak mesti beli minyak ikan dalam bentuk kapsul tu...brand S*** S**
Kalau tanya mak, kenapa kena makan ? Mak kata nak bagi otak tu pandai. Jawab mak ringkas. 
Mak sentiasa ada jawapan sebelum nak sua mulut kami makanan. 
Hatta suap nasi pun kami adik beradik mak suapkan. Kami akan duduk keliling mak, mak akan suap kami makan. 

Kalau tak salah mak suap saya makan sampai antara umur 12-15 tahun. Nampak macam mengada kan? Tapi zaman dulu, mak mak nenek tak tak de hp nak disibukkan. Tak de medsos nak di update. Mak banyak masa untuk anak-anak selain sibuk masak.
Kalau mak suap nasi, mak akan paksa makan sayur sekali. Mak kata, makan! Nak kulit cantik , makan sayur! tegas mak.

Bila mak suap, takde istilah TAKNAK. Siapa berani protes? Jadi semua akan makan. Rumah tak berkecah dengan nasi. Siap makan, kami akan duduk depan tv atau baca buku cerita yang berlambak dalam rumah hasil ada pakcik yang kerja DBP- Dewan Bahasa dan Pustaka. [ Semoga Allah limpahkan rahmat buat Allahyarham Uncle Farid] 

Bila sekarang musim hujan, ooo teringat betul zaman kecik-kecik...paling best bila dapat makan minyak ikan kapsul. Mak pesan amik sorang sebiji , maklumlah adik beradik ramai. Cuma kadang-kadang bila mak tak nampak, saya akan kaut lebih sikit...sebab saya suka kunyah. Rasa nikmat sangat bila makan tu. Mak kata, kalau makan...insyaAllah jarang dapat selesema dan bagus untuk otak. Semangat la bila makan tu. 

Biarpun mak ada lebihan duit sikit, dia tetap dahulukan makanan anak-anaknya bukan beli emas , baju atau handbag. Bahkan bukan sekadar makanan tapi keperluan vitamin juga mak titikberatkan.

Bila baru ni masuk kelas Profesor Dr Redza Rahman , beliau menekankan pentingnya makan Omega, rasa syukur sebab saya diperkenalkan sejak kecik. Kalau orang lain mungkin terbiasa dengan Scott Minyak Ikan, tapi saya kenal minyak ikan kapsul.

Musim sejuk lagi la kena makan supaya chest kita tak kesejukan terutama anak-anak. 
Lepas dah umur 40 an ni kesedaran lebih lagi bila tahu minyak ikan[Omega] ni penting sebagai anti radang. Pengambilan omega ini dalam diet dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti, radang usus, arthritis, Alzheimer, psoriasis dan banyak lagi.

Terima kasih mak kerana didik kami dengan vitamin sejak kecik. Semoga Allah menempatkan arwah mak dan abah dalam syurga Allah yang tertinggi.

Anak-anak pun saya ajar mereka kunyah minyak ikan sejak kecil. Alhamdulillah mereka boleh terima dengan baik. Cuma dah besar, mereka tak suka kunyah.


minyak ikan bagus sebagai anti radang




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Catat Ulasan

0 Ulasan