Angiogenesis

Beberapa bacaan baru-baru ini, saya belajar tentang Angiogenesis. Apa itu AngiogenesisAngiogenesis secara literal bermaksud penciptaan saluran darah baru. Perkataan "angio" bermaksud saluran darah manakala "genesis" bermaksud penciptaan. 

Angiogenesis ialah proses fisiologi - kapilari baru yang terbentuk daripada saluran darah yang sedia ada dalam badan kita.. Ia biasanya merupakan proses penting dan membantu yang menyokong penyembuhan luka dan membekalkan darah kaya oksigen ke organ dan tisu dalam tubuh kita.

Angiogenesis
Sel darah baru yang tercipta



Dalam proses pertumbuhan kanser , angiogenesis memainkan peranan dalam membekalkan nutrien dan oksigen kepada sel kanser dan membawa sisa metabolik dan produk akhir biologi itu daripada sel kanser, atau nama lain AGE protien. Pembetukan Angiogenesis menunjukkan dalam status sel kanser daripada tidak aktif kepada malignan.


Angiogenesis
Malignan yang terbentuk hasil  angiogenesis



Salur darah baru ini bila ia merebak secara tidak terkawal ia boleh membentuk kanser. Tanpa bekalan darah, nutrien dan oksigen, kanser ini tidak la merbahayakan. Namun apabila angiogenesis ini mula mendapat bekalan darah, nutrien dan oksigen maka ia akan merebak berpuluh ganda cepat dan kebiasaanya orang mula sedar mereka mendapat kanser yang merbahaya pada peringkat 2 atau 3. Ini kerana ia merebak dengan sangat cepat tanpa pesakit sedar.

Selama bertahun, rawatan untuk merawat kanser biasanya menggunakan pembedahan , radioterapi dan kimoterapi. Namun, ada segelintir doktor dan saintis telah menemui cara untuk mengawal kewujudan angiogenesis ini. Antara hasil kajian mereka mendapati, punca utama kehadiran angiogenisis ini adalah disebabkan dari diet harian kita , tidak kurang juga dari faktor persekitaran yang menyumbangkan kepada tekanan.
Angiogenesis
Punca kehadiran Angiogenesis




Didapati masalah Angiogenesis ini dapat dikurangkan dengan penjagaan diet yang baik serta diet yang kaya dengan antioksidan khususnya.
Kebetulan selepas membaca beberapa artikel tentang Angionegesis ini, sebenarnya ada beberapa makanan yang Allah ciptakan untuk kita ambil setiap hari demi mencegah kehadiran Angiogenesis ini. Sumber makanan ini juga dikenali sebagai Anti Angiogenesis.



Angiogenesis
Makanan yang dikenali sebagai Anti Angiogenesis

Makanan ini pula setelah dikaji ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai Resveratrol , dan ia biasa terdapat dalam buah-buahkan yang kaya dengan Polifenol. Kehadiran Resveratrol ini dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan atau memutuskan rantaian penghasilan salur darah baru ini dari mendapat terus bekalan darah, oksigen dan nutrien.

Uniknya , salah satu makanan sunnah yang bagus untuk mencegah Angiogenesis ini adalah buah Tin atau nama sainsnya Ficus Carica atau nama popular dalam Bahasa Inggeris disebut Fig. Buah ini dikatakan mempunyai banyak manfaat, antaranya anti radang, kaya dengan antioksidan , anti alahan, anti penuaan dan tidak kurang juga anti kanser [ Anti Angiogenesisi]. MasyaAllah rupanya buah dari syurga ini mempunyai banyak manfaat.Kami memang menjadikan amalan memastikan di rumah sentiasa ada buah kurma dan buah tin. Rupa-rupanya ia banyak manfaat yang Allah sisipkan bersama untuk penduduk bumi.

Pengambilan buah tin menjadi amalan kami selepas mengetahui ia sangat bagus untuk penghadaman, masalah buah pinggang dan bagus untuk diet. Maka mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting juga digalakkan mengamalkannya. Walaubagaimanapun ada sesetengah orang tidak begitu selesa dengan pengambilan buat Tin atau Fig kerana biji serat yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan ia terselit di antara celah gigi. Akhirnya menyebabkan si pemakan jadi tidak selesa.


Banyak lagi makanan yang berada dalam kategori sebagai Anti Angiogenesis. Bagi yang amalkan Intermittent Fasting sangat bagus mengamalkan pengambilan makanan yang barada dalam golongan Anti Angiogenesis agar dapat membantu tubuh badan kita kekal sihat. Ditambah jadual makanan berkala ini sangat membantu tubuh badan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membina sel baru dan merawat sel yang tercedera.


Nanti saya akan sambung lagi dengan pemakanan yang berada dalam kategori Anti Angiogenesis.





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Latifah Khairunnisa berkata…
MasyaAllah, setiap ciptaan Allah ada fungsinya.