Kenangan 2017 kami sekeluarga berjalan ke Zermatt Switzerland.
Tinggal 2 hari aje ni delegasi pemimpin Shaklee akan bertolak ke Switwerland… salah sebuah negara yang sangat cantik pemandangannya. Ditambah sekarang pula adalah musim dingin, bermakna banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk dibawa bersama.
1. Pakaian yang sesuai dengan musim sejuk.
Masih saya ingat lagi trip kami sekeluarga ke Turki tahun ini adalah musim sejuk. Saya memang plan nak bawa anak saya main salji… jadi kami pastikan membawa pakaian sejuk yang sesuai dengan suhu waktu di sana nanti. Selain itu penutup kepala supaya angin tak masuk ke bahagian telinga dan kepala.
Sarung tangan, stokin dan selendang khas untuk lilit di leher.
2. Personal first aid kid
Bila cuaca sejuk, pastinya kulit akan kering dan bibir khususnya akan kering dan boleh menjadi berdarah bila kulit terkopek.
So jangan kupa lip balm wajib bawa. Krim pelembap pastinya sangat penting selain hand sanitizer yang perlu di bawa ke mana². Kalau bagus sediakan ubat batuk atau gula² Diaflam andai dijangkiti sakit tekak. Ubat-ubat biasa bila emergency seperti Panadol, Pil Chi Kit Teck On, balm atau minyak panas.
Saya akan pastikan bawa sebelum menyesal kerana tak bawa bila dah sampai destinasi.
Lip Balm
Krim pelembap
Hand Sanitizer
Wipes ( tisu basah)
Ubat seperti panadol, ubat batuk,gula-gula sakit tekak, pil chi kit teck on etc
Minyak angin atau balm panas
3. Pelitup muka wajib
Walau covid19 dah berlalu… tapi kita perlu memakai mask dalam kapal terbang dan dalam bas jika perlu. Jadi bawalah spare supaya senang ganti bila diperlukan.
4. Stokin untuk Traveller
Stokin ni boleh beli kat farmasi untuk pastikan perjalanan darah lancar terutama bila duduk dan berada dalam dalam penerbangan yang lebih 8 jam. Ini juga membantu daripada kaki kita bengkak, especially ibu mengandung yang travel.
Akhir sekali :
5. Supplement jangan lupa… at least 3 ni sangat perlu.
Omega, Vitamin C dan Kalsium…
Omega sbg anti inflammation dan bagus untuk panaskan chest pada musim sejuk khususnya.
Vitamin C adalah vitamin paling common untuk tingkatkan imun sistem. Untuk orang Shaklee, kalian boleh juga bawak Nutriferon sebagai imun booster.
Kalsium jangan dilupakan kerana ia sangat menbantu untuk kita dapat rehat yang mencukupi bila kita amalkan sebelum tidur.
Mungkin anda boleh tambah mana² yang perlu untuk bekalan di sana… sebab bila travel jauh ni, sangat rugi kalau kita kena beli barang yang hakikatnya boleh beli kat negara kita dengan lebih menjimatkan.
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
0 Ulasan