Ketinggian - 100 = X
Kemudian X didarabkan dengan 10%= Y
Jadi berat yang ideal antara X-Y dan X+Y
Contoh mudah saya bagi :
Ketinggian adalah 160 cm.
160 -100 = 60
60 x 10% = 6
Jadi berat yang ideal ialah antara julat 54 kg hingga 66 kg.
Jika seseorang yang mempunyai ketinggian 160cm, tetapi berat adalah 49kg bermakna dia terlalu kurus.
Jika seseorang yang mempunyai ketinggian 160cm, tetapi berat adalah 80kg, bermakna dia dalam kategori obesiti.
Tahu tak apakah kesan kalau berat kita terkurang [ terlalu kurus] atau terlebih[ besar dan berisi] dari julat yang kita kira?
So hari ini saya share tentang kalau berat kita kurang dari julat iaitu terlalu kurus.
Bila berat kita berkurang atau erti kata lain terlalu kurus, kita mempunyai risiko antaranya adalah ;
1. Malnutrisi - kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan beberapa simpton dalam jangka masa panjang, antaranya adalah rambut gugur, sering jatuh sakit, haid yang tidak menentu , kulit kering, gigi dan tulang menjadi rapuh...Malnutrisi juga dikaitkan dengan anemia kerana kekurangan darah.
2. Sistem imun yang tidak kuat ; bila terlalu kurus ...ia juga boleh menyebabkan sistem imun kita menjadi fragile.. bermakna kita mudah diserang penyakit.
3. Osteoporosis boleh terjadi bila kita kekurangan nutrisi, bahaya bila kita terjatuh, kita boleh mendapat kemungkinan tulang patah kerana terlalu rapuh.
4. Masalah kesuburan ...kerana terlalu kurus boleh menyebabkan kita tidak subur. Perempuan yang terlalu kurus agak sukar nak membawa janin yang sihat dan janin yang dikandung juga berisiko untuk mempunyai masalah kesihatan.
5. Komplikasi pembedahan, mereka yang terlalu kurus boleh berisiko mempunyai komplikasi pembedahan bila mereka terpaksa melalui pembedahan. Kemungkinan besar mereka lambat untuk recover atau lambat proses penyembuhan.
6. Masalah tumbesaran yang terbantut... ini biasa terjadi pada kanak-kanak yang sedang membesar. Bila mereka terlalu kurus, mereka berisiko untuk mendapat pembesaran yang terbantut.
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
1 Ulasan
Sejak 2021, berat makin susah nak turun. hahahah.
Stop di 70kg.