Cerita umrah 2021....


Ya Allah, gembirnya rasa hati bila dah boleh tunaikan umrah....

Bulan Disember 2021, membuka semula peluang untuk menunaikan umrah yang pastinya menjadi tempat yang sangat dirindui. 

Alhamdulilah dengan izin Allah, rezeki yang ada dapat kami berpeluang pergi seramai 14 orang dari Malaysia menunaikan umrah. Ditambah bersama keluarga mutawif iaitu keluarga ustaz Gani menjadikan kami semua 18 orang.

Kali ni kami semua menggunakan visa ziarah [ tourist visa] yang mana lebih mudah untuk dapatkkannya. Pasti ada kelebihan dan kekurangan setiap jenis visa. 

Visa umrah, skali apply skali masuk dan tak lebih 30 hari berada di sana.

Visa ziarah, valid sepanjang tahun...boleh pergi bila-bila selagi bukan musim haji. Boleh menetap selama 90 hari di sana.

Walaupun visa ziarah boleh apply sendiri di website, saya menggunakan khidmat kawan untuk apply kerana siap dengan insurans. 

Perkara yang pasti bila berada di Madinah, kami akan menziarahi masjid Quba. Dikatakan Rasulullah akan ziarah masjid Quba pada setiap hari sabtu.
Kenangan di depan masjid Quba


Selama 4 malam di Madinah, kami bergerak ke Mekah menaiki keretapi laju. Inilah pengalaman pertama menaiki keretapi laju dari Madinah ke Mekah. 

Jika dulu, dari Madinah ke Mekah kami biasanya menaiki bas bersama jemaah yang lain. Bila bawak keluarga , kami cuba naik kapal terbang pula...tapi walaupun masa terbang lebih kurang sejam lebih , protokol airport menjadikannya proses ia cerewet dan lambat. Jika kami pergi umrah berempat ( empat beranak sahaja) lebih mudah bergerak dengan GMC atau teksi van. Cuma kalau guna bas, masa yang diperlukan untuk sampai dari Madinah ke Mekah lebih kurang 6 jam. Kalau naik GMC atau Taksi Van, masa akan kurang sedikit lebih kurang 4 jam. Namun special naik train, masa lebih kurang 2 jam 15 min sahaja dah sampai ke stesen Makkah dari stesen Madinah.

Tiket train pula perlu beli awal, untuk mendapatkan harga yang murah. 
Website beli tiket train : Haramain High Speed Railway ticket



Umrah 2021
Hari nak menunaikan umrah...







Sebelum masuk train, kita bergambar depan stesen Madinah....





Suasana dalam train juga sangat selesa...






Perjalanan 2 jam 15 min terasa sangat singkat...dan alhamdulillah malam tu kami berjemaah buat umrah bersama.




Nanti saya sambung lagi entry ni....nak teman Nasa beli alat memanah dia. 






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Catat Ulasan

0 Ulasan