Sambungan entry sebelum ini...
Umrah kali ni unik sebab memandangkan baru aje selesai PKP seluruh dunia, maka kerajaan Arab Saudi telah menyediakan aplikasi (apps) untuk mereka yang mahu menunaikan umrah, ziarah rasulullah dan kebenaran masuk ke Raudhah.
Aplikasi yang dimaksudkan adalah Eatmarna [ biasa disebut Etamarna] dan Tawakalna.
Untuk mengelakkan penyebaran virus Covid19, apps itu membantu kita masuk ke Raudhah atau ziarah Rasulullah [ untuk jemaah lelaki] lebih teratur.
Nak masuk Raudhah tidak perlu berebut, cuba ikut sahaja masa yang telah ditetapkan.
Jemaah pada ketika itu juga tidak la ramai kerana masih banyak negara yang belum memberi kebenaran keluar kepada rakayatnya untuk melaksanakan umrah. Antaranya ialah Indonesia. Maka sangat la sedikit untuk kita jumpa rakyat Indonesia yang mahu melaksanakan umrah.
Banyak kedai juga masih tutup kesan akibat PKP seluruh dunia.
Namun kami bersyukur ketika itu belum ada perintah untuk kuarantin bagi jemaah yang baru pulang ke Malaysia. Kami dapat kuarantin di rumah masing-masing. Cuma ada 2 jemaah yang tak terus pulang kerana salah seorang dari pasangan itu disahkan positif covid. Mereka tinggal di Makkah utk lagi 10 hari sebelum boleh dibenarkan pulang ke Malaysia.
Syukurlah kami mempunyai mutawif yang berpengalaman menguruskan jemaah. Alhamdulillah 2 jemaah kami dijaga dengan baik sehingga dapat pulang ke tanah air.
Satu pengalaman baru bagi kami sepanjang menunaikan umrah semasa selesai pkp.
Alhamdulillah kini tiada lagi apps untuk masuk ke Raudhah atau ziarah Rasulullah. Cuma balik seperti asal, perlu bersabar mengikut giliran untuk solat di Raudhah.
Untuk trip umrah ini kami bawa lebih 10 botol Hero Kiddo selain beberapa vitamin lain sebagai usaha jaga kesihatan sepanjang berada di sana. Namun kita hanyalah makhluk Allah yang kerdil. Tiada siapa yang dapat menolak takdirNya. Cuma menjadi pengalaman dalam kehidupan. Wallahu alam.
0 Ulasan