Cerita Haji 1443H kami part 1

Alhamdulillah, merasa juga menetap sebulan di Mekah.

Sebuah mimpi yang menjadi kenyataan walaupun di saat akhir.



Haji 2022


Kalau ikutkan panggilan giliran haji saya adalah pada 1464H bermakna pagi 20 tahun. Tapi saya rasa hati ni terdetik nak buat tahun ni juga....


Bermula Ramadhan tahun 2022, saya memujuk suami untuk buat haji bersama anak-anak. Bila melihatkan harga, suami terkejut...minta tangguh dulu.

Kemudian saya kata kita kena juga minta kerana 3 perkara yang diperlukan untuk haji bukan sentiasa ada bersama. 3 perkara tersebut adalah : Kesihatan , Masa dan Kewangan.

Haji bukan seperti umrah. Ia ada masa khas iaitu bulan Zulhijjah kalendar tahun Hijrah. Walaupun ia sebenarnya hanya 6 hari namun kita pastinya mahu  buat yang terbaik. Andai ada rezeki lebih kita boleh memilih pakej yang disediakan oleh pihak Tabung Haji melalui PJH [ Pengelola Jemaah Haji] yang telah dilantik. Boleh lihat di sini Senarai PJH 2022 

So akhir pertengahan Syawal tahun ni selepas balik dari Umrah, hati saya beria-ia mahu minta menunaikan haji tahun ni juga. Bermulalah cerita Rayuan Haji kami.

Saya mengisi borang Rayuan Haji melalui Tabung Haji Travels iaitu salah satu PJH 2022. Apa beza dengan Tabung Haji yang biasa orang pergi haji tu? Bezanya Tabung Haji Travels menyediakan pakej yang kita boleh pilih mengikut kemampuan ekonomi kita. Ianya sedikit mahal berbanding pakej Muasasah yang biasa.

Tarikh rayuan pada 15 Mei 2022...dan saya mula follow up setiap minggu untuk mengetahui keputusan permohononan kami.

Masuk minggu kedua, saya cuba tukar strategi, saya mohon upgrade dari pakej yang saya minta pada peringkat permulaan. Namun malangnya, keputusan masih sama....

Maaf ya puan, Nama puan sekeluarga tidak terpilih. Itulah jawapan yang sama saya terima dari minggu pertama. 

Putus asa? Ya hampir putus asa. Namun suami saya tetap beri harapan.

Jangan sedih, teruskan doa. InsyaAllah kita dapat. Itulah kata-kata suami saya setiap hari.

Kata beliau, wukuf jatuh pada 8 hb Julai iaitu bersamaan dengan 9 Zulhijjah maka selagi belum wukuf, insyaAllah kita masih ada peluang menunaikan haji tahun ini. 

Inilah kata-kata yang selalu suami saya sebut. Beliau dengan yakin berkata pada kami....kita tetap kena sediakan bag nak buat Haji ni...supaya bila dapat panggilan kita dah bersedia!

Oh lupa nak cerita, saya juga buat permohonan haji bersama anak angkat saya, iaitu kawan baik Addin...Idris. Mengapa saya memilih nak bawa Idris, kerana saya berpendapat ada orang yang boleh membantu suami saya menjadi care taker untuk anak-anak kami bila di sana nanti. Alhamdulillah gembiranya kerana mak Idris sangat berlapang hati untuk mengizinkan anaknya buat haji bersama kami. Lagipun Idris dah berusia 24 tahun. InsyaAllah dia boleh menjadi care taker pada anak-anak kami nanti sepenjang di Mekah dan Madinah.

Masa terus berlalu.... rasanya minggu ketiga, nama kami masih belum tersenarai. Suami masih minta kami teruskan solat taubat, solat hajat agar kami terpilih menjadi jemaah haji tahun ini. Sambil bergenang air mata, saya sangat mengharap Allah memilih kami. Di saat itu saya benar-benar mengharap dapat pergi haji tahun ni. Ya Allah......

24 Jun jam 10.10 malam, handphone saya berbunyi....suami saya yang tolong jawabkan. Oh panggilan dari Tabung Haji!!!! Memandangkan saya dalam tandas, suami saya meneruskan menjawab panggilan. 

"Encik, kami nak maklumkan encik sekeluarga terpilih untuk menunaikan haji dengan pakej baru dari Tabung haji Travels. Encik berminat? "

Suami saya tanpa berlengah menjawab, "Ya kami berminat". 

Pihak Tabung Haji terus memaklumkan bahawa kami akan dihubungi oleh Tabung Haji Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Malam tu saya mesej semua adik, keluarga , kawan rapat  dan bisnes partner....rasa macam mimpi!! Padahal baru offer secara verbal aje.....excited punya pasal. 

Syukur malam tu boleh tidur dengan nyenyak....



Nanti saya sambung lagi episod seterusnya ya......


Stay tune.








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Catat Ulasan

0 Ulasan