Untuk kalian yang bekerja, pernah tak rasa macam malas nak pergi kerja? Tak dinafikan mood kita adakala senang berubah. Ada masa excited nak pergi kerja. Ada masanya pula malas satu macam.
Saya masih ingat perasaan saya masa kerja cikgu dulu....bila nak iron baju...saya mesti sebut...kan best tak payah pergi kerja dan duduk rumah jaga anak aje.
Rutin kami kat Miri dulu, awal pagi bersiap nak pergi kerja, suami saya akan uruskan Addin hantar ke rumah baby sitter. Saat yang paling tak best bila nak kena tinggalkan anak. Sebab saya dulu dibesarkan dalam keadaan mak ada dirumah. Walaupun sebelum sekolah mak kerja kerani dengan arwah abah. Tapi lepas bersekolah mak memang hanya duduk rumah sahaja dengan kami.
Dikala mengandungkan Nasa, saya masih aktif ke sekolah mengajar macam biasa. Cuma bila saat nak melahirkan, saya terpaksa bercuti dua bulan duduk dalam hospital kerana masalah contraction yang berterusan.
Syukur juga masa jadi cikgu, bisnes Shaklee yang saya buat secara sambilan tu ada la memberi hasil Tengah bulan dapatlah merasa bonus dalam RM500 lebih buat top up belanja apa yang perlu. Sangat membantu.
Bila dah melahirkan Nasa, rasa nak mula kerja tu jadi lagi berat. Ditambah masa tu heboh kisah bibik pijak baby!!! Oh untuk ibu yang baru melahirkan anak, perasan sensitif membuak-buak. Kalau ada berita yang melibatkan baby saya akan mudah menangis dan kekadang emosional.
Waktu tu saya doa suami saya dapat pindah kerja kat oversea...dapatlah saya cuti tanpa gaji ikut suami. Namun ianya tak berlaku!!!! Saya terus berdoa selepas pantang, Allah berikan jalan untuk saya jaga anak saya sendiri dalam 2 tahun penyusuan. Sama macam abang dia Addin.
Kuasa Allah yang Maha Hebat , waktu tu PM Pak Lah mengumumkan cuti tanpa gaji jaga anak diperkenalkan! Ya Allah macam orang mengantuk disorongkan bantal!
Apa lagi saya terus mohon dan masa tu dah nekad, saya nak duduk rumah jaga anak sambil usahakan sesuatu untuk dapatkan kewangan yang bantu saya bayar kereta saya dan nak bagi mak duit bulanan.
Saya hanya nampak Shaklee sahaja. Memandangkan memang saya ada buat secara sambilan sebelum tu.
Syukurlah ia jadi kenyataan.
Hari ini saya masih bekerja, kerja sebagai Pengedar Bebas Shaklee, cuma saya boleh memilih waktu kerja kami. Itu yang seronok!
Ok nanti sambung lagi cerita....
🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

0 Ulasan