Jumaat, 10 Februari 2017

Paksa untuk berani demi anak.

Disneyland Hong Kong 2012


Gambar ini memberi saya banyak kekuatan ...bayangkan kami pertama kali keluar negara yang jauh sedikit dari Malaysia. Sebelum tu hanya berani ke Singapore sahaja.


Bulan ni bulan Mac 2012 yang mana ia berlaku selepas kami dapat naik rank Master Coordinator dalam Shaklee. Namun ia bukanlah satu pencapaian yang terlalu besar kerana dalam dunia pangkat tak pernah kekal. So saya lalui dengan mencipta satu keseronokkan bersama keluarga.

Masa tu pula kebetulan TV selalu tunjuk gambar Disneyland Hong Kong. Orang macam saya yang tak pernah jalan oversea lebih jauh dari Singapore memang teruja sangat nak bawak anak ke Disneyland Hong Kong.

Duit ada tapi bukanlah banyak sangat...jujurnya saya belanja upfront guna kad kredit. Saya jadikan ia komitmen bulanan untuk saya bayar. Ha ni dipanggil senang dulu susah kemudian. Jika berani boleh aje tiru....

Saya bagi tahu suami saya nak bawa anak ke Disneyland Hong Kong. Saya amik tiket melalui AirAsiaGo yang mana tiket dan hotel dah siap sekali. Masa tu rezeki anak saya dapat sangat murah dalam RM6000 lebih sahaja untuk tiket pergi balik naik Air Asia dan stay hotel di Disneyland 4 malam.

Tak takut ke? Hmm kalau takut duduk rumah aje la jawabnya...tak dapat tengok dunia luar.

Makan memang susah gak dapat makanan halal tapi bawak maggi dan masa tu banyak makan buah dan roti aje. Anak-anak memang happy sebab seumur hidup mereka tak pernah lalui jumpa karektor tv secara alam nyata.

Dengan keberanian jalan ke Disneyland Hong Kong la lepas tu saya mula berani tanam impian jauh sikit untuk anak.

Ya duit saya banyak dahulukan untuk anak...saya nak anak saya puas jelajah dunia. Jelajah dengan penuh keseoronokkan. Tidur yang selesa, perjalanan yang menyeronokkan...

Masa awal-awal bisnes Shaklee mula menaik , kami tak guna duit beli kereta mahupun rumah. Kami guna untuk travel...tengok dunia dan beri anak keseronokkan. Ya nanti anak besar, jalan-jalan Disneyland tak sama semasa mereka kecik. Excitement dia berbeza.

Satu lagi rezeki alhamdulillah tahun yang sama kami jejak kaki menunaikan umrah ziarah Turki dan jemputan ke Indonesia perasmian Shaklee Indonesia. Malah sebelum balik dari Hong Kong lagi, kami dapat jemputan menjalani ibadah Umrah dengan Shaklee pada tahun yang sama selang 2 bulan balik dari Hong Kong.

Semuanya bermula bila kita dah lawan rasa takut yang ada dalam diri.

Jangan takut bermimpi...Allah ada, Dia Maha Kaya dan Dia Maha Pemberi. Mintalah dengan niat nak gembirakan anak...insyaALLAH ada jalan terbentang luas.


Tiada yang mustahil bila ada ALLAH!


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: