Ada yang bertanya mengapakah ibu tidak mendapatkan mana-mana endorsement doctor untuk produk Shaklee agar lebih ramai yang mencubanya.....Jawapan ibu ialah , ibu lebih suka berkongsi testimoni ibu-ibu yang telah merasakan perbezaan Shaklee dan mereka juga kini turut berkongsi kebaikan Shaklee dengan rakan taulan, saudara mara serta sahabat handai. Apabila bercerita tentang testimoni, penulisan atau perkongsian mereka datangnya dari hati dan sebagai pembaca kita boleh menilai dengan waras. Berbanding dengan produk yang kononnya mendapat pujian dari doktor...tetapi kita tidak tahu sama ada ianya benar-benar bagus atau hanya sogokkan sokongan dari mereka yang mempunyai title doktor?
Cuba baca setiap satu cerita ibu-ibu ini :
- Cerita Nani dan Nutriferon
- Adha...badan lebih bertenaga berbanding dulu
- Kegigihan Aasyati seorang ibu muda
- Intan , EBM dan Shaklee
- Noryanti dan set B
- Noriz, si kembar dan Shaklee
- Ina, si kembar dan Set B
- Kak Nadiah dengan 12 oz per sesi
- Khuzaimah : 4 oz kepada 8 oz
- Cerita Ummu Aiman dari Brunei
- Trial Pack dan testimoni
Tidak salah berkongsi kebaikan
Hidup akan lebih indah apabila kegembiraan dan keseronokkan yang kita lalui dinikmati jua oleh orang lain.
Kongsikan cerita anda dengan pengalaman pengambilan vitamin Shaklee.
Ibu menyediakan penapis air Best Water yang berharga RM1499 sebagai hadiah kepada sesiapa yang terpilih. Pemilihan dibuat oleh abah Addinnasa supaya tiada bias dalam penilaian. Hadiah perlulah dituntut oleh pemenang dalam tempoh dua minggu dan kos penghantaran akan ditanggung oleh mereka yang terpilih.
Bagaimana caranya?
- Hanya tinggalkan komen (tidak lebih 200 patah perkataan) di ENTRY ini cerita anda dengan pengalaman pengambilan vitamin Shaklee.
- Buat satu ENTRY di blog anda atau FB anda dan link semula dengan komen yang telah anda tinggalkan di sini.
- Tarikh akhir ialah 1 Januari 2011 jam 12 tengahari.
- Tiada bukti pembelian diperlukan, memadai berkongsi kebaikan apa jua produk Shaklee yang telah anda rasakan perbezaannya!
Salam sayang dari ibu
12 Ulasan
Actually, pertemuan akak dengan Shaklee sebenarnya bermula apabila akak mencuba set bagi breastfeeding mother yang mana ianya terdiri daripada Vitalea , B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa.Syukur setelah seminggu akak mengamalkan secara tetap, akak dapati kualiti susu akak meningkat dengan menunjukkan kepekatan dan pertambahan dari sudut kuantiti yg terhasil dan anak akak akan mudah kenyang tetapi selang beberapa hari akak di datangi menstrual…Di sebabkan akak begitu ‘mempercayai dan terpengaruh' dengan kata2 orang bhw menstrual menyebabkan susu akak drop, susu akak terus merudum dr 9-10 oz persession kepada 4 oz persession.Kelam kabut akak dengan keadaan tersebut dan bertambah2 stress..Syukur lah N memberikan semangat dan kerana itu akak mencuba pula ESP sebagai tambahan. Dan masya Allah, di situlah bermulanya susu akak yang terhasil boleh mencapai 12 oz per session.
Sebenarnya, setelah sebulan akak mengamalkan 5 jenis supplement Shaklee ini akak turut terperasan ada beberapa perubahan pada diri akak.Akak tidak lagi menghidapi sembelit malahan sistem perkumuhan akak berjalan dengan lancar dan lebih lawas. Akak juga perasan masalah sinus (mesti bersin berulang kali jika sejuk) juga telah di atasi dan berkurangan, malahan masalah keputihan yang akak alami selepas bersalin juga turut hilang. Syukur Ya Allah!!! Malahan suami akak turut berpuas hati dengan masalah kedinginan dalam perhubungan selepas akak bersalin dan yang lebih menggembirakan akak apabila akak turut mendapati badan akak lebih bertenaga dan tidak mudah letih selepas balik bekerja dan masih berupaya melayan kerenah anak2 dan suami serta memasak makanan bagi mereka.BUKANKAH HEBATNYA SHAKLEE INI KERANA NIAT ASAL AKAK MAKAN SUPPLEMENT HANYA UNTUK 1 SEBAB TP AKAK DAPAT LEBIH BANYAK FAEDAH LAIN DAN KUALITI MASA AKAK DENGAN KELUARGA LEBIH BAIK DR DULU.
Melihat kesan yang sangat positif pada diri akak, akak turut berkongsi kebaikan ini dengan sahabat2 akak dan keluarga yang akak sayangi. Oleh itu, akak belikan Meal Shake buat putri sulung kesayangan akak. Subahanallah!Sekali lagi kebaikan terlihat. Oleh kerana anak akak duduk di nursery semasa akak bekerja, so, kalau ada seorang yang demam atau selsema, confirm anak akak akan kena jugak tapi, akak notice itu tidak terjadi lagi…Maknanya antibody badannya jd bertambah kuat.
Sementara, suami akak pula yang merupakan seorang kontraktor yang lebih banyak bekerja di luar dan terdedah dengan cuaca panas, akak berikannya minum Performance Drink. Dan suami akak memberitahu bahawa badannya lebih bertenaga dan kurang haus berbanding sebelumnya. Malahan stamina badannya meningkat sekali ganda berbanding dahulu dan ini secara tidak langsung meningkatkan mutu kerjayanya.Maklum lah, orang kata, badan sihat, akal fikiran cerdas dan kerja jadi sempurna.
Selain itu, akak amalkan juga ostematrix atau kalsium magnesium. Tujuannya selain untuk menambahkan nutrisi di dalam susu yang akak hasilkan kerana sebagai wanita yang sering di dedahkan dengan risiko osteoporosis seharusnya kita amalkannya dalam diet seharian kita.Dan hasil pengamalan secara berterusan, akak perasan kekejangan yang sering akak alami apabila cuaca sejuk dapat dipulihkan sepenuhnya. Ini sangat2 menggembirakan akak. Akak juga turut mengamalkan zinc. Selepas akak melahirkan anak, rambut akak gugur dengan banyaknya. Dan syukur alhamdulillah dengan pengamalan zinc masalah keguguran rambut dapat di hilangkan. Malahan rasa ngilu sekali sekala di tempat pembedahan hilang terus dan akak lebih berani untuk melakukan aktiviti lasak apabila ada kursus2 motivasi yang di anjurkan oleh jabatan akak.
Mudah2an perkongsian ini membuatkan kalian tidak teragak2 untuk mencuba kebaikan supplement Shaklee ini dan akak yakin dan sentiasa mendoakan semoga kalian juga akan turut mendapat kebaikannya.
http://mamafaizzhafran.blogspot.com/2010/12/kekasih-baruku.html
Ros sekadar nak berkongsi rasa.. Selepas melahirkan baby.. Ros dapat rasakan perbezaan yang amat ketara dalam kehidupan seharian. Makin hari badan rasa makin letih. Walaupun tido terlebih cukup. Bila mula keje kehidupan makin sibuk. Lepas balik dari opis rasa serabut sangat sebab byk mende nak kena wat. Ros akui.., Ros selalu naik angin.. Mangsanya En. Suami la.. Kadang-kadang tu hal kecik pun nak marah-marah..
Memandangkan keadaan yang cam makin parah.., Ros cuba cari jalan penyelesaian nya. Sehinggalah Ros jumpa blog Kak N ni ngan Shaklee Set B. Mula-mula Ros amik trial pack Set B jer.. Pas seminggu lebih terus beli full pack. Musti la sebab terdapat perbezaan yang sangat besar sebelum dan selepas mengamalkan Shaklee set B ni. Alhamdulillah.. Ros dah bleh control emosi ( xmrh2 dah ).. Ni En. Suami yang bagi tau.. Badan pun rasa ringan bila bangun tido, wlaupun mlm tu tido lewat dan part yang paling Ros ske baby nenen sikit tp dh kenyang. Tuk pengetahuan sebelum ni Ros xberkesempatan pun nak wat stok EBM sebab baby asik nenen jer dan output xbrapa memberangsangkan..Time ni la Ros dapat wat stok EBM Ros yang PERTAMA lepas 9 bulan menyusukan baby..
Ros harap pengalaman ni dapat dikongsikan dengan semua ibu-ibu di luar sana dan kita sama-sama merasai kenikmatan & kebaikan yang optimum dari Shaklee ni. Penemuaan Shaklee ni bagi Ros satu anugerah jugak dari Allah ^_^..
Actually, kisahnya begini...minggu lepas ummi bercuti panjang kerana abah dan adik ummi datang ke rumah ummi...maklum sahaja sempena musim cuti persekolahan ini tambahan pula masing2 sibuk nak berjalan ke Padang Besar...nak berbelanja la...nak p langkawi mesti 'kena sembelih' punya kan...
So, ummi sekeluarga pun bershopping sakan la dan kebetulan ada rezeki lebih masing2 offer diri nak belanja makan besar...sudahnya makan pagi siap nasi lemak, roti canai dan macam2 kuih muih (hambekkk, terlebih sudah), makan tengahari pekena pulak nasi kandar baik punya, tak cukup lagi, makan pulak pizza hut...makan malam penuh satu meja makan dengan ikan bakar 3 rasa, ikan masak stim, sotong goreng tepung, tomyam satu mangkuk penuh tambah pulak dengan stim boat lagi....pengsan perut....
Sudahnya, esok pagi, perut ummi memulas2 sakit dan berulang alik ke toilet...masa tu rasa mcm nak pengsan...perut macam kena cucuk2 dan di pulas2...buang air pun dah tak keluar apa...badan jadi dehidrasi dan terketar2 tak larat...masa tu memang ummi terbaring je even nak bangun duduk pun tak larat dah...nak bercakap pun dah takde tenaga....muka pucat macam takde darah...suami dan abah ummi risau yang amat...berkejar pergi farmasi beli ubat sakit perut dan cirit birit yang paling bagus(kata ahli farmasi tu la)...masa tu otak ummi dah jammed...tak boleh fikir apa dah...apa org bg semua ummi ambik...janji baik...malangnya sampai ke petang it's getting worse...sampai ummi nak angkat tgn pun tak larat dah...punya la susah hati ahli keluarga ummi, masing2 dah ingat nak bawa ummi pergi hospital...
Sesungguhnya Allah tu Maha Berkuasa...dengan takdir tuhan anak sulung ummi boleh bawa kat ummi satu bakul vitamin2 shaklee (memang vitamin yg ummi makan ummi bubuh dlm satu bakul khas)...anak ummi kata"ummi ni ubat ummi...makan la ummi"...berlinang air mata ummi...ummi buat isyarat menggunakan mata pada suami ummi...ummi bisik pada suami ummi " Abang, tolong keluarkan vitalea 1 biji, b compleks 2 biji, dan vitamin c 2 biji, abang patahkan dua dan abang tolong bancuhkan satu gelas performance drink ye"...suami ummi turutkan sahaja....
Subhanallah, menjelang maghrib, secara perlahan2 ummi rasa sakit perut ummi berkurangan, badan ummi terasa sedikit segar dan bertenaga dan cirit birit yang ummi deritai tadi beransur sembuh...SATU KEAJAIBAN BERLAKU!!!!Syukur atas nikmat yang Engkau berikan ini Ya Allah....
Menjelang malam, sebaik ummi kembali normal seperti biasa, abah kesayangan ummi pula mula bersin2 dan melarat sehingga sakit kepala...Masya Allah!!!Sekali lagi ummi di duga...abah ummi dah mencecah 70 lebih usianya...so, bila sakit memang terus macam nak demam...abah ummi kata, selalunya kalau dia kena bersin dan selsema seterusnya bawa ke demam memang akan ambil sehingga 1 minggu baru sembuh...sedih ummi mendengarnya...ummi bagi abah ummi makan vitalea 1 biji, b compleks 2 biji dan vitamin c 2 biji dan di patahkan kepada 2 bahagian (jd 4) dan ummi suruh abah ummi minum air masak suam banyak2...terus dia tidur...
Subahanallah!!!sekali lagi keajaiban berlaku...Sesudah ummi solat subuh...abah ummi menghampiri ummi terus cakap "Shaklee memang Bagus laaaa...tak pernah selsema dan demam abah boleh beransur baik dalam masa sehari je...."...Sekali lagi ummi bersyukur yang amat...sesungguhnya ummi percaya bahawa jika kita yakin dengan sesuatu yang kita makan di samping berdoa ke hadrat Allah (Vitamin hanya penyebab tetapi kesembuhan datang dr keizinan Allah SWT) Insya Allah...pasti kalian juga akan merasai keajaiban dan perbezaan vitamin shaklee ini seperti ummi...Dan insya allah, ummi sekeluarga akan terus mengamalkan Shaklee dan jika ada kebaikan yang ummi perolehi, ummi akan terus kongsikan dengan kalian...
semoga ade rezki kali nie..
Selama saya menggunakan Shaklee, memang terasa kelainan.. Saya mengambil Vitelea, Omega dan B-complex semasa kehamilan anak ke-2. Semasa pengambilan supplement tersebut, mmg saya rasa tempoh kehamilan saya tidak lah sepenat semasa 1st dahulu. Saya pun tidak lagi mengalami kekurangan darah yang memerlukan saya mengambil tekanan darah setiap mingggu…
Selepas melahirkan pula, saya mengalami ‘nipple crack’ yang teramatlah sakit sehingga menampakkan isi dalam.Dengan nasihat dari yang berpengalaman saya mengambil Vitamin E and Zinc dan dengan izin tuhan luka tersebut beransur pulih, dan saya boleh menyusukan anak saya yang ke-2 sehingga kini tanpa apa2 kerisauan dan kesakitan. Untuk Menambahkan susu saya telah pun mengambil alfalfa dan Soy protein. huh, sepanjang pengamilan soy protein saya tak perlu risau tentang susu saya,kerana sebelum seiisi mengepam saya akan mengambil segelas soy protein bercampur milo dan hasilnye susu saya sentiasa pekat.
Sepanjang tempoh menyusukan anak B-complex adalah teman setia saya kerana, setiap kali saya mengambilnye, badan saya tidak langsung berasa penat dan saya masih buleh lagi bangun awal menyambung kerja rumah pula..
Sekarang anak ke-2 saya telah pun berusia 1tahun 5 bulan, dan semasa kehamilan saya ada mengambil Omega memang terasa kelainan.. Sesungguhnya Allah maha kuasa, kite hanya berusaha allah yang menetukan segalanyer.. Si adik sungguh petah berkata-kata dan sungguh bijak..
Tak sia-sia saya mengambil supplement ini, walaupun ramai yang beranggapan Shaklee terlalu mahal. Bagi saya duit bukan ukuran kalau hasilnyer sungguh memuaskan dan tersanagat bernaloi2 pada kesihatan kita…
http://my-happie-family.blogspot.com/2010/12/kongsikan-pengalaman-anda.html
pengalaman hadha maybe tak sehebat kawan2 yang lain .. lg2 yang teruk kena pam susu hari2 ni. hadha cuma seorang ibu yang bekerja dari rumah, yang mana itu ada bonus yang mahal harganya bagi seorang ibu yang menyusukan anak - 247 masa bersama anak susuan! syukur!
yang pasti, matlamat awal hadha nak bagi icha susu ibu yang berkualiti (hadha takde masalah dari segi penghasilan susu masa mula2 ambil shaklee) ; memang 100% tercapai. alhamdulillah.
bolehlah nak view testimoni hadha ..
http://www.yoursupermom.com/2010/12/terima-kasih-shaklee-kerana-menceriakan.html
Pada awalnya saya hanya ambil Ostematrix sebab risaukan susu badan kurang kalsium. Ni masa si abang masih baby. Dah habis sebotol baru terperasan yang sakit di tangan dah hilang. Sakit ni mula lepas bersalin sebab selalu tidur dengan position mengiring semasa menyusu. Nak angkat barang berat sikit.. sakit, nak pusing terlebih sikit.. sakit. Sakitnya di bahagian pergelangan tangan dan bahagian atas tangan. Bila dah sedar tu, Wow, kagum kagum..
Kemudian satu demi satu vitamin Shaklee saya cuba. Masa mengandung kali kedua, saya hanya amalkan vitamin2 Shaklee tanpa set mengandung dari produk yang lain. Suspense jgk sebenarnya. Syukur Alhamdulillah, sepanjang mengandung badan cergas saja. Boleh lagi main volleyball dengan husband dan ligat anak sulung main bola petang2. Bila baby kedua lahir, dia sangat gebu dan sihat. Sampai doctor ingat sebab saya ambil produk yang dia syorkan. Padahal boleh bilang berapa kali ja saya ambil minuman tu. Hehe..
Bulan puasa yang lepas pula, saya start ambil ESP regularly dengan set B lain semasa sahur sekadar persediaan untuk mengekalkan production susu. Bila raya tiba, jeng jeng jeng, ramai yg tegur badan saya banyak turun. Cikgu sekolah menengah, siap kata saya maintain ja dr dulu. Wahahaha!!! Kembang semangkuk la.
Cerita detail disini http://shakleeshop.blogspot.com/2011/01/bonus-hebat.html
nie entry last minutes saya, just updated sikit jer...
http://rashifa.blogspot.com/2010/12/sharkleelecithin.html
boleh join ke? ini linknya
http://hebatkan.blogspot.com/2011/01/blog-post_07.html
http://ajumohit.blogspot.com/2011/01/pengalaman-selepas-pengambilan-vitamin.html
thax kak n
saya pn nk share kebaikan shaklee based on my experience. Sy menggunakan shaklee set B (Breastfeding Set). Pada mulanya sy hanya order trial pack set B + ESP untuk merasai sendiri kebaikannya. Alahmdulillah pelaburan sy amat berbaloi kerana br sehari amik dh ada perubahan. Susu makin pekat dan kuantiti pn turut meningkat dari 3oz ke 4oz. Ianya bukan sahaja menambah susu tapi turut memberi kesan yang positif kepada tubuh badan kita. Mood aku yg slu stress bertukar menjadi happy dan badan pn tak penat sgt dan balik umh siap bleh masak 2,3 jenis lauk lagi. Masa anak pertama dulu x cmni pn, ank 2 rajin la plak..hehehe..Vitamin ni leh diumpamakan sambil menyelam smbil minum air..ye ker?..hehehe..Kemudian setelah 2 hari gna trial pack terus order fullset..berbaloi-baloi..x rugi kita melabur duit yang banyak jika ianya memberi manfaat pada kita.."mencegah lebih baik dari merawat". Setiap hari x penah lupa utk amik vit ni, selain pengambilan air yg banyak 3L sehari. Kawan2 sepejabat pn tegur badan kurus jer tp susu banyak..huhu bangga kejap..bukan itu aja ada yg tegur nampak muda cm belum kawin..hehehe tambah kembang...huahua..Kemudian setelah hampir sebulan aku tambah order plak kalsium@ostematrik (tui ker eje ni) alahmdulillah sekali lagi keajaiban berlaku..susu yg diperah meningkat kepada 8.5oz satu sessi dengan hanya menggunakan tangan (masa tu salah satu spare part pump tinggai kt umh)..Syukur sgt2..masih ada rezeki lg utk ank aku. Pada masa yg sama aku turut kongsi ESP ngan ibu aku dan ibu pn mengakui shaklee mmg bagus..huhu..Disebabkan dh teruja sgt susu banyak snp tgk tv pn aku leh perah..smp hubby ckp cm perah susu lembu..sb bunyi susu yg diperah ngan tangan kn cm bunyi cm perah susu lembu...huhuhu
So kepada sesiapa yang tengah mencari-cari supplement utk menambah BM pilih la shaklee..ianya amat membantu, Vote for shaklee..huhu..Memandangkan ini adalah pengalaman pertama aku ngan shaklee, hopefully dapatlah aku mng yer..huhu..pilihlah daku sebagai pemenangnya yer...huhu