Rabu, 8 Disember 2010

Takut jadi kaya?



 Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh MommyLina..... Islam nak Kita Miskin atau Kaya.

Jawapan ibu ialah...Islam nak kita kaya supaya kita dapat banyak memberi dari meminta. Bila kita berduit dan kaya, kita mampu memberi. Jika tidak kita akan menjadi seorang yang suka meminta dan mengharap belas ikhsan manusia lain.


Sebab itu Islam juga menggalakkan kita berniaga. Berniaga pula mestilah dengan cara yang betul...perlu barang dan pertukaran yang sah. Namun ramai hari ini bila di ajak berubah , meniaga...akan keluar perkataan..."ish saya taknak jadi kaya takut lupa ALLAH".

Walhal ramai juga yang miskin masih banyak buat dosa. Adakah menjadi kaya itu penyebab dosa? Hakikatnya balik pada hati. Jika kita rasa nak ubah nasib kita...dari kurang baik kepada baik dan dari baik kepada yang lebih baik...sudah pasti niatnya adalah BAIK.

Benarlah , berniaga itu rezekinya lebih hebat, namun perlu pastikan keberkatan jangan sesekali dipandang remeh. Jangan hanya kerana untung beberapa sen , mengalir darah haram dalam tubuh kita. Dan janganlah kerana untung beberapa sen anak kita tidak mampu menyebut kalimah ALLAH.

Bagi yang telah lama berniaga, marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan seperti membayar zakat dan sedekah agar rezeki yang kita perolehi itu dikongsi juga dengan orang lain yang memerlukan. Adakala dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak kasih sayang dari seluruh umat manusia.

Bagi yang belum pernah berniaga dan ada niat nak memperbaiki taraf hidup dengan berniaga....mulakan secara kecil-kecilan bergantung kepada kemampuan diri. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Tak perlulah sampai membuat pinjaman yang mana akhir skali menjerut diri dan keluarga di masa depan.

Paling penting dalam dunia ialah ILMU. Dengan ilmu, dari tidak tahu menjadi tahu. Wahyu pertama yang diturunkan ialah IQRA' yang bermaksud BACALAH.... maka banyakkan membaca agar menjadi seorang yang berilmu.

Selain usaha, jangan lupa bertawakal.... apa jua yang kita lakukan perlu diiringi dengan sifat tawakal. Sangat penting supaya kita tidak lari dari landasan. Supaya kita sentiasa berpegang dengan tali ALLAH dan RASULnya.

Akhir kata...hanya kita yang mampu mengubah nasib kita.
Jika kita tidak mampu bergerak ke arah penambahbaikkan, jangan sesekali kita menjadi seorang pembunuh kejayaan orang lain.




Salam sayang dari ibu

Tiada ulasan: