Alhamdulillah pagi ini ibu diizinkan bertemu dengan ustaz Mus di kedai makan Ikwan yang dahulunya dikenali sebagai kedai makan Mukmin.Memandangkan ibu pun memang berhajat hendak membeli roti canai pagi ini maka ibu sempatlah menyapa Ust. Mus yang kebetulan sedang membungkus roti canai untuk mereka yang tapau.
Ust Mus mengatakan kakinya yang berlubang dah beransur baik, alhamdulillah. Kandungan gula dalam darahnya yang dahulu bacaannnya 20 dan ke atas tapi kini dan semakin berkurang kepada 11...alhamdulillah. Berita ini menggembirakan ibu dan abah kerana kami berdua yang mencadangkan Ust Mus mencuba Shaklee sebagai rawatan untuk mengubat kakinya yang berlubang itu. Terima kaish juga buat teman sekerja ibu iaitu Cikgu Mohd Yusuf yang memperkenalkan Ust Mus kepada abah dan ibu, semoga usahanya berhasil dan diberkati.
Semoga usaha Ust Mus diberkati Allah hendaknya.
Salam sayang dari ibu
2 Ulasan