Ibu ada seorang teman yang bangga selama hidupnya tidak mengambil hatta sebiji vitamin... nak dijadikan cerita baru2 ini beliau jatuh dan tulangnya retak, doktor juga menjelaskan bahawa tulangnya reput dan kemungkinan untuk teman ibu ini mendapat osteoporosis sangat tinggi. Beliau terkedu sungguh kerana tidak menyangka begitu besarnya peranan vitamin terutama pada ibu yang menyusukan anaknya.
Mengapa orang dulu2 boleh menyusukan anak mereka anpa perlu pengambilan vitamin? Siapa kata? Klinik kerajaan sendiri akan mengesyorkan agar ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mengambil vitamin yang utama iaitu multivitamin dan asid folik. Ini dikhuatiri si ibu akan kekurangan darah dan akhirnya mendapat penyakit anemia atau sebagainya. Namun tidak dinafikan orang dulu2 menyusukan anak dengan kurang ilmu pengetahuan... tidak tahu kepentingan vitamin tetapi mereka ini menjaga apa yang dimakan, mereka pastikan mereka mengambil makanan yang dapat membantu membina darah seperti limpa, hati lembu, kerang, kupang. Kita hari ini telah banyak didedahkan agar kurangkan mengambil makanan organ dalaman maka dengan ini pastinya terdapat sedikit kekangan untuk mendapatkan makanan yang membantu menguatkan si ibu.
Ibu akui ibu banyak bergantung dengan vitamin kerana
1. Ibu takut mengidap kolesterol tinggi jika makan telur lebih 3 biiji seminggu....walau ibu tahu kuning telur itu mengandungi banyak vitamin B.
2. Ibu takut gemuk jika minum susu lebih dari 4 gelas kerana sumber tenusu diketahui kaya dengan lemak...tiada istilah low fat milk pun sebenarnya.
3. Ibu tidak mampu untuk membeli oren berbakul2 sehari terutama untuk pastikan keperluan minimum 500mg vit c tercapai.
4. Menu harian ibu tidak pernah lengkap maka untuk dapatkan 12 vit dan 7 galian adalah mustahil
5. Ibu selalu tidur kurang dari 6 jam maka sudah pasti banyak vitamin b dalam badan ibu musnah dan ini pastinya perlu diganti dengan segera agar mood ibu tidak swing dan ibu tidak terus letih.
Jadi ibu memilih untuk mengambil vitamin bagi melengkapkan keperluan tubuh badan ibu.
Ternyata ramai yang merasakan dirinya tua apabila melebihi usia 30 tahun dan ibu sangat terharu apabila mereka yang pernah berjumpa dengan ibu mengatakan muka ibu seperti mereka yang berusia 25 tahun, masyaAllah. Betullah kata pakar kulit, jika tubuh kita cukup vitamin C maka kolagen yang terbentuk juga akan memastikan kulit kita sentiasa nampak muda, masyaAllah.
Salam sayang dari ibu
3 Ulasan
Dia tanya saya, vits mana yg beri impak sebegitu? Pastilah vit-C, kann? ;)