Berkira, malas atau sekadar alasan?

Ramai ibu2 diluar sana kini mengambil inisiatif untuk menyusukan anak mereka dengan lebih bersemangat dan dedikasi. Ada beberapa bakal ibu juga turut bernekad untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti...alhamdulillah. Namun semuanya memerlukan ilmu bukan sekadar niat semata-mata. Ilmu penyusuan , ilmu pemakanan , dan banyak lagi.
Memasang niat memang sangat sangat mudah tapi untuk melaluinya memerlukan banyak pengorbanan.

Si ibu perlu tahu bagaimana untuk menyimpan stok susu, untuk menyediakan stok susu, cara penyimpanan, pemakanan yang memeberi kesan kepada susu, penjagaan makan si ibu serta banyak lagi. Bak kata orang, banyak yang perlu tahu... Masa terbaik adalah sewaktu mengandung, banyakkan membaca mengenai penyusuan susuibu akan sangat membantu si ibu menguruskan penyusuan kepada si kecil.

Namun saya bukanlah hendak menulis mengenai ilmu penyusuan sahaja tetapi kepada skop yang lebih luas iaitu pemakanan si ibu agar penyusuan dapat dijalankan dengan jayanya. Ramai ibu2 diluar sana yang hanya bergantung kepada pemakanan asas harian semata-mata. Bagi mereka ini sudah memadai bertambah pula jika si ibu sihat tubuh badan. Meraka memandang remeh tentang keperluan supplement yang diperlukan oleh tubuh. Rata-rata survey saya mendapati si ibu2 ini menyatakan bahawa pemakanan mereka seharian sangat banyak dan pastinya memadai. Mereka ini lebih tertumpu kepada cara meningkatkan pengumpulan stok susu kepada si kecil berbanding kualiti susu itu sendiri.

Saya mempunyai seorang teman ini, di dalam peti sejuknya mempunyai hampir 80 botol susu sejuk beku sebagai stoknya. Setiap hari si teman ini sibuk mencari apakah cara lagi boleh menambahkan stoknya. Si teman ini cukup bangga kerana sentiasa berusaha memperkayakan stok susuibu dalam peti sejuk bekunya. Apa yang saya perasan tentang si ibu ini, anaknya kerap demam manakala adakala apabila selsema lambat juga si kecil untuk sembuh. Maka apabila saya bercerita tentang kepentingan vitamin beliau masih tidak percaya kerana katanya susuibu sendiri sudah cukup berkualiti.

Mana datangnya kualiti? Adakah dengan pengambilan makanan harian yang asas sudah melayakkan kita berkata demikian? Pernahkah si ibu terfikir apabila si ibu itu mengambil makanan harian, zat itu perlu diserap ke dalam tubuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru kepada anaknya melalui susuibu? Memandangkan kita adalah ibu yang menyusukan anak maka zat dari makanan akan dibahagi kepada dua cabang...satu kepada tubuh si ibu dan kedua kepada susuibu. Jika tubuh si ibu menyerap 50% maka selebihnya akan diberi melalui susuibu untuk si anak tadi. Apabila ini berlaku, sebab itu kita digalakkan mengambil supplement asas dalam diet harian kita.Supaya badan kita dan susuibu tadi mendapat cukup vitamin serta susu yang terhasil tadi akan lebih berkualiti.

Memang kita mengambil pemakanan yang lengkap setiap hari, sarapan, makan tengahari tambah dengan minum petang makan malam serta supper, tapi ini semua belum cukup. Mengapa? Ini disebabkan banyak faktor kekangan untuk kita mendapatkan makanan yang seimbang. Dalam sehari badan kita memerlukan 12 vitamin dan 7 galian. Dalam sehari juga badan kita memerlukan sekurang2nya 500mg Vitamin C.Jika si ibu yakin dengan makanan hariannya tapi supplement boleh mendapatkan ini semua tiada masalah tapi percayalah banyak faktor yang membuatkan kita tidak berupaya melengkapkannya.

Faktor2 kekangan:
1. Ada ramai pasangan suami isteri yang bekerja, mereka kerap makan diluar. Makanan ini biasanya terdedah dengan pengawet, perasa dan pewarna.

2. Cara masakan kita sendiri hakikatnya penyebab kepada kurangnya zat yang dapat kita serap.Membasuh sayur terlalu lama dibawah air yang mengalir boleh menjejaskan vitamin dan zat yang terdapat dalam sayur. Menggoreng ikan sendiri boleh merosakkan banyak protien didalam ikan tersebut.

3. Mampukah kita mengambil sekurang-kurangnya 7 setengah biji oren sehari untuk mendapatkan 500mg vitamin C?

4. Ada yang memasak menggunakan tambahan cik Aji, dan tidak boleh hidup tanpanya.

5. Ada kajian mengatakan untuk mendapatkan cukup zat memerlukan 40 hidangan makanan agar 12 vitamin dan 7 galian dapat badan nikmati. Mampukah kita untuk mendapatkannya?

6. Kebanyakan makanan yang berprotien tinggi di dapati dalam telur, ayam dan daging sedangkan makanan ini mempunyai kandungan lemak yang sama tinggi. Boleh makan ikan untuk menggantikannya namun kekangan harga ikan itu sendiri membuatkan ramai kita yang memilih daging, ayam dan telur.

7. Susu boleh diambil bagi mendapatkan sumber kalsium, tapi berapa ramai yang tahan untuk minum 8 gelas sehari untuk mendapatkan cukup kalsium untuk tubuh? Bagaimana dengan mereka yang alah pada susu?


Ini antara faktor mengapa si ibu perlu mengambil vitamin bermula dari sewaktu mengandung, melahirkan anak seterusnya untuk menyusukan si comel.Maka vitamin apa yang paling minimum perlu kita ambil jika mengandung dan menyusu anak? Jawapannya ialah

Multivitamin
Multivitamin yang seimbang perlu ada iron(zat besi) , folic acid ,biotin selain vitamin utama serta galian yang lain. Ini kerana ianya membantu dalam pembentukan darah atau sel dalam tubuh selain diperlukan oleh si kecil bagi tujuan pembesaran.

B complex
Ianya perlu terdiri daripada 8 kumpulan B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2,Vitamin B3, Vitamin B6, Folic acid, Vitamin B12, Biotin dan Panothenic Acid.Vitamin B complex ini berperanan memberi ketenangan hormon, mengurangkan rasa keletihan kepada si ibu, mengurangkan rasa stres, baik untuk perkembangan fizikal dan mental si anak.

Vitamin C
Sudah sedia maklum Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang bertindak sebagai antioksidan di dalam tubuh. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi baik kepada si ibu mahupun si anak. Seandainya anak mula rasa badannya panas atau tanda2 demam, si ibu memerlukan banyak vitamn C agar susuibu tadi mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk badan bayi melawan penyakit.Tanda panas itu sendiri akibat demam, selsema atau batuk adalah disebabkan antibodi di dalam tubuh si anak sedang melawan dengan virus yang menyerang tubuh. Oleh kerana itu, jika si ibu mengambil cukup vitamin C insyaAllah si anak akan cepat sembuh.

Protien
protien sangat penting untuk pembentukan sel. Maka ianya tidak boleh diambil ringan. Si ibu yang mengambil protien minuman sebagai tambahan kepada diet harian akan menghasilkan susu yang berlemak serta sangat bagus untuk perkembangan si anak tadi.

Set Asas yang di syorkan kepada ibu yang mengandung, selepas bersalin dan menyusukan anak.

Bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan yang bagus, si ibu boleh mendapatkan vitamin dari hospital atau klinik kerajaan, yang penting pengambilan vitamin itu tidak dipandang enteng.

Buat pengetahuan si ibu, vitamin ini boleh diambil bersama suami tersayang, tiada masalah. Set Wellness3 juga saya rekomen bagi ibu yang mempunyai budget tersendiri namun ianya lengkap dan seimbang.


Catat Ulasan

5 Ulasan

Zue berkata…
hmm...kualiti vs kuantiti
susah juga nak bandingkan
tapi saya harap agar dapat kedua-duanya
berikan anak susu yang berkualiti
serta cekupp pula untuk saya buat stok EBM sebelum mula bekerja

alhamdulillah setakat ni pengambilan vitamin macam yang N cadangkan banyak membantu
B complex dua kali sehari- rasa tenang dan tak stress walaupun tak tidur malam sebab anak berjaga dan sebagainya

saya bawa anak pergi ambil injection tempohari
beratnya dah naik sekilo dalam sebulan
balik rumah, alhamdulillah tak demam

alfalfa saya tak tinggalkan
hari tu cuba kurangkan dos, memang nampak kurang sikit susu yang diperah
jadi saya buat kesimpulan, alfalfa memang berkesan
lebih senang dan sedap diambil daripada teh halba :)
emma berkata…
Alhamdullilah, sejak berkenalan ngan shaklee, sy mmg amat berpuas hati. sekarang nie sy mmg x akan miss utk amik vit tambahan.
ellyana berkata…
Article yang penuh informasi..alhamdullilah akhirnya terbuka hati untuk menerima supplement dalam diri..terima kasih kak N.
Norita Shaklee berkata…
Alhamdulillah, semoga Allah menemukan apa yang Mama danial and eva, Emma dan Ellyana hajati dalam mencari kesihatan yang optimum!
fizanur berkata…
Kak N,

Really need your consult on supplement for my daughter. Aisyah selalu selesema batuk dan demam. boleh dikatakan sebulan sekali..:( Pls check my email to know the details..from Nurhafiza

Ibu yg risau..