Memaparkan catatan dengan label Wellness 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wellness 3. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2015

Bringing Shaklee To The Community

 Alhamdulillah selesai projek March kami yang pertama membawa Shaklee kepada masyarakat.


Semalam ada 2 tempat kami jalankan Wellness Fair  : Poslaju Miri dan Sek Men Agama Miri Sarawak. Alhamdulillah sambutan yang menggalakan. Ramai dan mereka sangat seronok bila kami buat pre Health Check bersama mereka.
Kebetulan BDM EM ada bersama dan salah seorang Nutritionist syarikat juga bersama membantu.

Kami cuma ingin membantu lebih ramai orang yang sedar tentang kesihatan diri mereka.

Saya dapati pesakit kencing manis, jantung dan darah tinggi pada mereka yang dah berusia [ pencen] di sebabkan mereka kurang menjaga pemakanan sepanjang masa bekerja. Ditambah tiada masa untuk membuat cek kesihatan.

Semalam seramai lebih 70 orang membuat pre cek kesihatan dan sekurang-kurangnya mereka tahu keadaan diri mereka terutama tentang tekanan darah , berat dan lemak dalam badan.

Terima kasih kepada Pengurus Besar Poslaju Miri Puan Rohayati dan Ustaz Abdul Rahman di Sekolah Menengah Agama Miri kerana memberi laluan untuk kami menyediakan program seperti ini.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pengedar Shaklee Miri

Shaklee Miri



  Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 16 Julai 2010

Please redeem you gift !


Taraaaa....


Hadiah untuk offer bulan Julai bagi pembelian melebihi RM318 untuk mana2 fullpack Vitamin seperti yang ibu nyatakan dalam ENTRY ini. Model sukarelawan yang tersenyum riang menerima bag manik dari pembekal .....


Ibu baru dapat tadi...itu pun masih ada yang belum sampai. Namun ibu akan mula poskan pada minggu depan kepada semua customer ibu yang layak.
Bagi yang membeli vitamin Shaklee secara walk in di mana2 branch Shaklee dengan menggunakan ID ibu 395863 dan pembelian melebihi RM318 pada bulan Julai, boleh sms kepada ibu invoice number serta nama dan alamat. Ibu akan poskan juga hadiah ini kepada kalian jika mencukupi syarat.

Jangan tunggu lagi......

Salam sayang dari ibu




Jumaat, 9 Oktober 2009

Bengkak gout? Bagaimana nak atasi?

Utk kes gout ibu belajar dari bapak mertua ibu. Ayahtok dulu ada sakit gout yang teruk, bengkak kebanyakan sendinya sehinggalah beliau diperkenalkan dengan Shaklee. Dulu ayahtok tak boleh bangun dari katil kerana keadaannya yang sangat teruk tapi kini alhamdulillah beliau sihat namun perlu berpantang dalam mengambil makanan.

Bagi pesakit gout, mereka disarankan TIDAK mengambil makanan yang berprotin tinggi terutama makanan laut seperti ketam, udang termasuklah ikan bilis. Ikan pula boleh tapi berpada2 juga terutama ikan sardin, memang boleh membuatkan lebih worst keadaan pesakit giut itu. Sayuran kekacang juga perlu dikurangkan. Buahan2 juga seperti pisang cuba dielakkan kerana ada sesetangah pisang memberi impak kepada pesakit gout yang boleh mengakibatkan sendi2 menjadi bengkak.

Makanan lain pula, disarankan pesakit gout mengambil dengan kadar berpada2.
Bagaimana untuk mengurangkan serangan gout kepada pesakit? Apa yang ibu belajar pesakit perlu mengambil beberapa supplement yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan mereka. Antara supplement tersebut ialah

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Fiber - menyerap ke semua lebihan gula , lemak dan segala yang tidak diperlukan dari badan disingkirkan melalui perkumuhan.

4. Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat ibu bantu. Jika dapatkan konsultasi dari doktor, mereka pasti menyarankan pesakit bergantung dengan ubat selama2nya namun kesan ke atas buah pinggang hanya pesakit yang menanggungnya.

Maka renung2kanlah...

Salam Sayang dari

Rabu, 9 September 2009

Berkira, malas atau sekadar alasan?

Ramai ibu2 diluar sana kini mengambil inisiatif untuk menyusukan anak mereka dengan lebih bersemangat dan dedikasi. Ada beberapa bakal ibu juga turut bernekad untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti...alhamdulillah. Namun semuanya memerlukan ilmu bukan sekadar niat semata-mata. Ilmu penyusuan , ilmu pemakanan , dan banyak lagi.
Memasang niat memang sangat sangat mudah tapi untuk melaluinya memerlukan banyak pengorbanan.

Si ibu perlu tahu bagaimana untuk menyimpan stok susu, untuk menyediakan stok susu, cara penyimpanan, pemakanan yang memeberi kesan kepada susu, penjagaan makan si ibu serta banyak lagi. Bak kata orang, banyak yang perlu tahu... Masa terbaik adalah sewaktu mengandung, banyakkan membaca mengenai penyusuan susuibu akan sangat membantu si ibu menguruskan penyusuan kepada si kecil.

Namun saya bukanlah hendak menulis mengenai ilmu penyusuan sahaja tetapi kepada skop yang lebih luas iaitu pemakanan si ibu agar penyusuan dapat dijalankan dengan jayanya. Ramai ibu2 diluar sana yang hanya bergantung kepada pemakanan asas harian semata-mata. Bagi mereka ini sudah memadai bertambah pula jika si ibu sihat tubuh badan. Meraka memandang remeh tentang keperluan supplement yang diperlukan oleh tubuh. Rata-rata survey saya mendapati si ibu2 ini menyatakan bahawa pemakanan mereka seharian sangat banyak dan pastinya memadai. Mereka ini lebih tertumpu kepada cara meningkatkan pengumpulan stok susu kepada si kecil berbanding kualiti susu itu sendiri.

Saya mempunyai seorang teman ini, di dalam peti sejuknya mempunyai hampir 80 botol susu sejuk beku sebagai stoknya. Setiap hari si teman ini sibuk mencari apakah cara lagi boleh menambahkan stoknya. Si teman ini cukup bangga kerana sentiasa berusaha memperkayakan stok susuibu dalam peti sejuk bekunya. Apa yang saya perasan tentang si ibu ini, anaknya kerap demam manakala adakala apabila selsema lambat juga si kecil untuk sembuh. Maka apabila saya bercerita tentang kepentingan vitamin beliau masih tidak percaya kerana katanya susuibu sendiri sudah cukup berkualiti.

Mana datangnya kualiti? Adakah dengan pengambilan makanan harian yang asas sudah melayakkan kita berkata demikian? Pernahkah si ibu terfikir apabila si ibu itu mengambil makanan harian, zat itu perlu diserap ke dalam tubuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru kepada anaknya melalui susuibu? Memandangkan kita adalah ibu yang menyusukan anak maka zat dari makanan akan dibahagi kepada dua cabang...satu kepada tubuh si ibu dan kedua kepada susuibu. Jika tubuh si ibu menyerap 50% maka selebihnya akan diberi melalui susuibu untuk si anak tadi. Apabila ini berlaku, sebab itu kita digalakkan mengambil supplement asas dalam diet harian kita.Supaya badan kita dan susuibu tadi mendapat cukup vitamin serta susu yang terhasil tadi akan lebih berkualiti.

Memang kita mengambil pemakanan yang lengkap setiap hari, sarapan, makan tengahari tambah dengan minum petang makan malam serta supper, tapi ini semua belum cukup. Mengapa? Ini disebabkan banyak faktor kekangan untuk kita mendapatkan makanan yang seimbang. Dalam sehari badan kita memerlukan 12 vitamin dan 7 galian. Dalam sehari juga badan kita memerlukan sekurang2nya 500mg Vitamin C.Jika si ibu yakin dengan makanan hariannya tapi supplement boleh mendapatkan ini semua tiada masalah tapi percayalah banyak faktor yang membuatkan kita tidak berupaya melengkapkannya.

Faktor2 kekangan:
1. Ada ramai pasangan suami isteri yang bekerja, mereka kerap makan diluar. Makanan ini biasanya terdedah dengan pengawet, perasa dan pewarna.

2. Cara masakan kita sendiri hakikatnya penyebab kepada kurangnya zat yang dapat kita serap.Membasuh sayur terlalu lama dibawah air yang mengalir boleh menjejaskan vitamin dan zat yang terdapat dalam sayur. Menggoreng ikan sendiri boleh merosakkan banyak protien didalam ikan tersebut.

3. Mampukah kita mengambil sekurang-kurangnya 7 setengah biji oren sehari untuk mendapatkan 500mg vitamin C?

4. Ada yang memasak menggunakan tambahan cik Aji, dan tidak boleh hidup tanpanya.

5. Ada kajian mengatakan untuk mendapatkan cukup zat memerlukan 40 hidangan makanan agar 12 vitamin dan 7 galian dapat badan nikmati. Mampukah kita untuk mendapatkannya?

6. Kebanyakan makanan yang berprotien tinggi di dapati dalam telur, ayam dan daging sedangkan makanan ini mempunyai kandungan lemak yang sama tinggi. Boleh makan ikan untuk menggantikannya namun kekangan harga ikan itu sendiri membuatkan ramai kita yang memilih daging, ayam dan telur.

7. Susu boleh diambil bagi mendapatkan sumber kalsium, tapi berapa ramai yang tahan untuk minum 8 gelas sehari untuk mendapatkan cukup kalsium untuk tubuh? Bagaimana dengan mereka yang alah pada susu?


Ini antara faktor mengapa si ibu perlu mengambil vitamin bermula dari sewaktu mengandung, melahirkan anak seterusnya untuk menyusukan si comel.Maka vitamin apa yang paling minimum perlu kita ambil jika mengandung dan menyusu anak? Jawapannya ialah

Multivitamin
Multivitamin yang seimbang perlu ada iron(zat besi) , folic acid ,biotin selain vitamin utama serta galian yang lain. Ini kerana ianya membantu dalam pembentukan darah atau sel dalam tubuh selain diperlukan oleh si kecil bagi tujuan pembesaran.

B complex
Ianya perlu terdiri daripada 8 kumpulan B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2,Vitamin B3, Vitamin B6, Folic acid, Vitamin B12, Biotin dan Panothenic Acid.Vitamin B complex ini berperanan memberi ketenangan hormon, mengurangkan rasa keletihan kepada si ibu, mengurangkan rasa stres, baik untuk perkembangan fizikal dan mental si anak.

Vitamin C
Sudah sedia maklum Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang bertindak sebagai antioksidan di dalam tubuh. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi baik kepada si ibu mahupun si anak. Seandainya anak mula rasa badannya panas atau tanda2 demam, si ibu memerlukan banyak vitamn C agar susuibu tadi mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk badan bayi melawan penyakit.Tanda panas itu sendiri akibat demam, selsema atau batuk adalah disebabkan antibodi di dalam tubuh si anak sedang melawan dengan virus yang menyerang tubuh. Oleh kerana itu, jika si ibu mengambil cukup vitamin C insyaAllah si anak akan cepat sembuh.

Protien
protien sangat penting untuk pembentukan sel. Maka ianya tidak boleh diambil ringan. Si ibu yang mengambil protien minuman sebagai tambahan kepada diet harian akan menghasilkan susu yang berlemak serta sangat bagus untuk perkembangan si anak tadi.

Set Asas yang di syorkan kepada ibu yang mengandung, selepas bersalin dan menyusukan anak.

Bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan yang bagus, si ibu boleh mendapatkan vitamin dari hospital atau klinik kerajaan, yang penting pengambilan vitamin itu tidak dipandang enteng.

Buat pengetahuan si ibu, vitamin ini boleh diambil bersama suami tersayang, tiada masalah. Set Wellness3 juga saya rekomen bagi ibu yang mempunyai budget tersendiri namun ianya lengkap dan seimbang.


Khamis, 27 Ogos 2009

Jika berusaha pasti ada jalan...

Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila ibu mendapat khabar berita yang menggembirakan. Auntie Sarimah yang masih di Miri mengkhabarkan bahawa teman pendidiknya yang mengidapi kencing manis kini dalam proses sembuh.

Teman Auntie Sarimah ini mengidap kencing manis dengan bacaan gula yang sangat tinggi iaitu 19 dan sering turun naik kandungan gulanya. Dek kerana bacaan gula yang sangat tinggi, teman Auntie Sarimah ini perlu menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuhnya. Bayangkan betapa teruk keadaan temannya ini.

Maka Auntie Sarimah meminta pandangan ibu mengenai ini dan bertanya apakah supplement yang mudah dapat membantu temannya ini dapat mengawal kandungan gula dalam darahnya memandangkan telah banyak ubat dan supplement yang dicuba namun masih gagal. Ibu hanya menyarankan teman Auntie Sarimah ini mengambil zinc dan fiber unflavoured Shaklee sebagai tambahan memandangkan pihak hospital telah membekalkan vitamin lain seperti multivitamin dan b complex.

Mengapa zinc? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Manakala Fiber penting untuk menyerap semua lebihan gula dan lemak LDL dalam tubuh untuk disingkirkan semasa proses perkumuhan.

Percaya atau tidak, dalam masa 2 minggu, teman Auntie Sarimah ini bersungguh meminum fiber bersama zinc yang diberi oleh Auntie Sarimah. Bacaan gulanya sebelum mencuba adalah 19 dan hasilnya setelah 2 minggu kini bacaannya menjadi 6. Doktor sendiri terkejut apabila beliau mampu mengatasi masalah gula yang sangat tinggi yang memang menjadi masalah besar kerana turun naiknya bacaan gula selama ini. Kini teman Auntie Sarimah membuat pesanan kedua untuk zinc dan fiber unflavoured Shaklee demi memastikan gulanya di paras normal. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan pemakanan yang membantunya mendapatkan kesihatan yang optimum.

Ibu doakan bagi mereka yang mencari supplement untuk ibubapa yang mengidap kencing manis boleh mencuba 2 supplement ini sebagai permulaan. Buat pengetahuan semua, zinc memang penting dalam kebanyakan proses dalam tubuh kita. Namun fiber adalah supplement yang tidak mengandungi apa2 zat selain membantu badan menyingkirkan lemak dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita.

Bagi Auntie Sarimah pula, yang telah melahirkan anaknya yang ketujuh baru2 ini sangat gembira apabila anaknya kini hampir 2 bulan usianya telah mencapai berat hampir 5kg. Baby auntie Sarimah ini lahir dengan berat 3.1kg, dan auntie Sarimah memang seorang yang concern dengan perkembangan anak2nya. Memandangkan beliau telah melahirkan anak yang ke 7 beliau memang memastikan anak kecilnya mendapat khasiat yang cukup dari susuibu. Auntie Sarimah memberitahu kepuasannya kali ini adalah kerana beliau mengambil Shaklee sebagai set selepas bersalin berbeza dengan anak2 yang terdahulu. Yang penting zinc banyak membantu dalam pembesaran anak selama penyusuan susu ibu. Ia membantu agar proses pembesaran anak sentiasa meningkat.

Ibu doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Alhamdulillah ibu sendiri melalui proses penyembuhan selepas bersalin dengan hanya pengambilan vitamin lengkap dan hasilnya sangat membanggakan.

Sekian dulu...

Khamis, 6 Ogos 2009

Salah faham tentang Susu Ibu

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia iaitu 1-7 Ogos 2009, ibu ingin berkongsi dengan beberapa pendapat atau salah faham mengenai susu ibu yang ibu hanya berkongsi dengan beberapa teman rapat ibu sahaja sebelum ini.

Antara salah faham yang ibu pernah dengar ialah...

1. Saya beri anak saya susu badan sebab jimat.
Ibu tidak melihat memberi susu badan sesuatu yang menjimatkan, kerana ibu dah berjaya menyusukan dua anak ibu tetapi waktu yang sama ibu membelanjakan wang ibu instead of buying formula milk , ibu beli vitamin untuk pastikan susu ibu berkhasiat untuk dua wira ibu iaitu Addin dan Nasa. Alhamdulillah mereka membesar dengan susu ibu dan dengan susu ibu lah menjadi penawar mereka dari demam , selsema dan batuk.

2. Susu badan boleh buat bayi kembung terutama jika buah dada ibu tidak bengkak.
Ada pendapat mengatakan jika buah dada si ibu lembik maka ianya tiada susu dan jika diteruskan penyusuan kepada si anak maka si anak hanya akan menghisap angin dan akan akibatkan bayi kembung.Tidak semestinya buah dada lembik menandakan ianya kosong. Ia cuma bermakna badan ibu kurang air tetapi yang pasti susu ibu tetap ada. Yang membuatkan bayi kembung adalah sebab pemakanan si ibu. Setiap ibu mempunyai alahan yang berbeza maka ianya begitu luas untuk diselesaikan. Maksud ibu ialah ada ibu yang sangat alah dengan pisang maka walau hanya makan pisang sebanyak 3 biji sudah membuatkan badannya alah dan seterusnya berangin. Sekiranya ibu ini mempunyai anak yang menyusu berumur di bawah 6 bulan maka ini akan memberi kesan kepada si anak tadi. Berbeda pula bagi setiap orang maka kita tidak boleh sama sekali menyamakan tubuh kita dengan orang lain. Jangan hanya kerana mendengar " saya makan pisang, elok jek menyusukan anak saya yang umur 3 bulan" maka kitapun makan. Boleh makan tapi berpada2. Pesan emak ibu jika takut makanan kita memudaratkan anak, sebelum makan bacalah Bismillah dan selawat serta niatkan dalam hati" Ya Allah Engkau Lebih Mengetahui atas segala sesuatu yang Engkau ciptakan maka jadikanlah makanan ini baik untuk diriku serta janganlah ianya memudaratkan anakku". InsyaAllah tiada masalah.

3. Anak tidak kenyang dengan susu ibu sebab itu asyik lapar.
Susu ibu itu lebih baik berpuluh kali ganda dari susu formula dan Allah menjadikan ianya sempurna maka tiada hak untuk makhluk seperti kita membuat andaian sebegitu rupa. Setiap bayi berbeda dengan bayi yang lain, meskipun ianya dilahirkan dari perut ibu yang sama. Maka boleh ibu katakan setiap anak mempunyai appetite yang berbeza. Ada anak yang kuat minum tetapi ada anak yang kurang minumnya. Bagi ibu yang sudah mempunyai lebih dari satu anak pasti menyedari hakikat ini. Namun perlu kita fahami bahawa susu ibu itu terbentuk dari pemakanan si ibu. Maka si ibu perlulah memastikan agar sentiasa menjaga pemakanan yang diambil agar seimbang dari banyak segi demi membantu pertumbuhan si anak. Ibu percaya bahawa dengan pemakanan yang lengkap ditambah dengan supplement banyak membantu ibu selama ini. Ibu banyak mendengar teman2 ibu yang merungut kerana anaknya mengempeng sepanjang malam dan ini membuatkan hubungan si ibu dan suaminya terjejas. Percaya atau tidak, jika si ibu menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan protien yang cukup, semua vitamin yang diperlukan , air yang banyak insyaAllah susu akan lebih pekat maka si kecil dapat tidur dengan lena tanpa mengempeng sepanjang malam. Ibu dah lalui dengan dua anak wira ibu dan alhamdulillah ibu tiada masalah untuk bangun berkhalwat dengan Yang Maha Esa dengan keizinan abah tersayang selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tercinta.

4. Anak tidak membesar secukupnya dengan susu ibu.
Memang faktor genetik akan cuba dikaitkan apabila si anak tidak membesar seperti sepatutnya. Namun pemakanan sangat membantu dalam aspek pembesaran. Maka si ibu jangan sesekali memandang remeh mengenai hal ini. Ibu mempunyai beberapa teman yang merungut kerana anaknya kecil dan tidak seperti Addin dan Nasa yang membesar dengan susu badan. Ibu tahu hakikatnya golongan ini tidak berdisiplin dalam pengambilan makanan yang seimbang. Mereka juga mengambil vitamin tetapi hanya makan apabila ingat dan tidak menjadikan ianya satu rutin harian. Hasilnya pasti berbeza dengan mereka yang berdisiplin.

Sebenarnya banyak lagi salah faham tentang susuibu...kerana itulah ramai yang masih berminat dengan susu formula. Perkara ini tidak boleh disalahkan kerana ibu masih ingan pesan arwah abah ibu...."Nak, dalam dunia ini ada banyak manusia dan setiap seorang mempunyai akal yang berbeza. Ada manusia yang Allah berikan mereka akal ibarat sebutir pasir, ada yang dua butir dan ada yang penuh setimba baldi maka jangan sesekali kita samakan mereka. Seandainya mereka kurang faham, didiklah dengan ilmu nescaya akan bahagia sejahtera dirimu. Seandainya teguran secara perbuatan juga tidak meberi hasil, memadailah mendoakan mereka mendapat taufik dan hidayah Yang Maha Esa. Sesungguhnya segala yang berlaku itu adalah dengan izin Allah jua."

Maka andainya kalian mempunyai teman yang tidak mahu menyusukan anaknya dengan susu badan, janganlah kalian marah kerana sesungguhnya hanya Allah yang layak murka, kita manusia hanya mampu berdoa agar teman itu mendapat taufiq dan hidayah disamping kita beryukur kerana menadapat taufiq dan hidayah dariNya untuk menyusukan anak kita. Sekian dulu dari ibu...

Rabu, 29 Julai 2009

Wellness 3 ;set yang mampu dimiliki..





Ibu menerima beberapa email yang bertanyakan adakah ada lagi trial pack untuk mereka yang ingin mencuba...jawapannya ialah sudah tiada memandangkan ESP kotak sudah tiada dalam pasaran. Bagaimanapun puas ibu cuba memikirkan bagaimana ibu dapat membantu kawan2 baru ibu terutamanya yang ingin mendapatkan set selepas bersalin mahupun semasa mengandung dengan harga yang berpatutan disamping mendapat manfaat yang sama bagi set family wellness Shaklee.
Setelah banyak berdoa untuk bagaimana ibu dapat membantu mereka ini, ibu teringat canister meal shake Addin dalam almari. Ibu mula membelek semula kandungan yang terdapat dalam Meal Shake... ya betul Meal Shake merupakan multivitamin dalam bentuk bancuhan air di samping ia juga mengandungi protin. Rasa Meal Shake sangat sedap berbanding Protin, ianya rasa seperti ice cream vanila. Maka ibu membuat kesimpulan bahawa set family wellness Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitalea(multivit), Vit C dan B Complex boleh digantikan dengan set Wellness 3 yang ibu yakin ia sama seimbang.
Satu canister of Meal Shakee boleh di consume dalam dua bulan jika ianya diminum dengan tambahan air milo atau susu atau air jus. Manakala vitamin B complex bertahan untuk dua bulan dan vitamin C dapat bertahan selama 6 bulan. Sangat menjimatkan, ini kerana harga Welness 3 ini hanyalah RM218 -harga ahli ( termasuk postage RM10).
Bagi ibu yang akan bersalin, jika berkemampuan anda bolehlah menambah zinc dan alfalfa untuk mempercepatkan baiknya luka disamping untuk boost susuibu. Untuk mengetahui detail vitamin boleh baca dalam post ibu sebelum ini.
Bagi mereka yang ingin membeli harga ahli hanya gunakan ID ibu 395863 untuk membeli. Sesungguhnya ibu suka berkongsi dengan semua orang betapa seronoknya mendapat makan tambahan yang berkualiti dan memberikan kesejahteraan pada diri dan keluarga.