Macam-macam ragam orang berniaga.

Image result for berniaga
Gambar hiasan 

Hari ini seperti biasa selepas hantar anak ke madrasah, kami suami isteri dah bersiap nak ke bandar menyiapkan keperluan projek untuk hujung bulan ini insyaALLAH. Dah nama pun cuti, bandar Kuala Terengganu boleh terutama kawasan Pasar Payang dibanjiri dengan ramainya umat manusia.

Nak lalu depan pasar aje mengambil masa setengah jam....fuh memang jem teruk.

Tetapi oleh kerana kami ada urusan di kedai yang berderet depan Pasar Payang maka suami memilih untuk parking yang sedikit jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang memang dahsyat pada hari ini. Jadi berjalan kaki kami ke tempat yang kami ada urusan.

Selepas selesai dalam 1 jam kemudian, sambil berjalan pulang ke arah parking kereta...saya mengajak suami berhenti membeli buah jeruk mangga di bahagian tepi pasar. Riuh rendah mendengar suara penjual menarik perhatian pembeli.

Saya tertarik untuk melihat satu kedai ni menjual produk makanan yang popular di Kuala Terengganu. Harga makanan ini biasanya antara RM50-70 sepeket. Tetapi si penjual sedang mempromosi produk ini dengan harga RM10-RM20. Sekali lagi ia mencuri perhatian saya. Mengapa tetiba murah sangat? Jadi salah seorang pelanggan ini tertarik dengan harga tawaran sambil mengangkat makanan ini. Saya yang berada di sebelahnya hanya memerhati sahaja.
Hmmm dalam hati saya terdetik, memang la murah sebab dah buruk pun. Tapi si penjual cuba juga meyakinkan pelanggannya, ia masih elok untuk dimakan tetapi bentuk luarannya sahaja dah berubah.

Dahsyatnya dunia hari ini, ramai peniaga hari ini boleh meniaga dengan barang buruk sedemikian tanpa takut dengan azab Allah. Makanan tu dah sah nampak buruk dan bentuk dah berubah, seeloknya janganlah dijual...tapi sebab mereka takut rugi maka mereka akan tetap menjual walaupun murah.
Perkara yang sama saya lihat dikedai buah-buahan. Ada kedai buah yang menjual buah yang dah busuk. Walaupun dengan harga yang sangat murah...Allahu akhbar.

“Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya.” (HR Hadis Hakim bin Hizam r.a)


Tidak kurang juga ada segelintir yang menjual produknya dengan harga murah hingga menganiaya peniaga lain demi untuk mendapatkan pangkat yang dikejarnya. Wallahu alam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu ciptaanNya. Moga kita tergolong dalam golongan yang berniaga dengan benar.

Ya itulah dunia...macam macam ragam manusia.



“Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, nescaya kamu diberi rezeki, sebagaimana burung mendapat rezeki, dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 2344)


 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan