Ahad, 29 September 2019

Nutriferon bukan hanya untuk masa sakit.

Ubat penahan sakit sememangnya diambil masa kita sakit begitu juga dengan antibiotik. Bila sihat, ubat ini tidak lagi perlu diambil.

Itu bila berkaitan dengan ubat.

 Tapi berbeza dengan vitamin. Vitamin ni dianggap sebagai supplement. Walaupun ia dalam bentuk pil atau serbuk namun ia tidak sama dengan ubat.

Saya dan keluarga menjadikan amalan, pengambilan vitamin setiap hari.

Pemakanan kita hari ini belum pasti dalam melengkapkan semua nutrisi yang badan perlukan. Jadi supplement sangat membantu untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Mula dengan pagi hari saya pastikan anak-anak minum sebotol air dalam 250 ml terlebih dahulu. Kemudian kami sediakan peket probiotik untuk kesihatan usus serta sepeket Nutriferon.

Nutriferon siap untuk travel


Mengapa saya jadikan ia kemestian? Kerana Nutriferon ni bagus untuk sistem imun. Persekitaran hari ini membuatkan anak kita terdedah dengan banyak pencemaran.

Makan supplement secara istiqamah seharian ini ibarat macam kita menabung.
Menyimpan sedikit setiap hari ...dan bila saat kita perlu nak membeli kita dah ada sedikit tabungan dan mungkin kita perlu usaha sedikit lagi untuk mencukupkan. Sebab itu bila orang yang biasa mengamalkan pengambilan vitamin sebagai supplement harian , bila mereka jatuh sakit...insyaAllah akan cepat recover dan mereka perlukan sedikit tambahan vitamin sepanjang sakit untuk proses sembuh.


Ramai orang yang sakit hari ini paling sedih sekali bila mereka dapat tahu mereka sakit dah tahap kritikal. Jika orang yang jaga pemakanan, cara hidup yang sihat, bersenam ...mereka ini bila jatuh sakit tidak la seteruk golongan yang  langsung tidak menjaga pemakanan, rutin hidup yang sihat atau mereka yang langsung tidak bersenam.


Saya sedar, bila orang sakit, doktor akan terus rekomen ubat penahan sakit selain ubat yang diperlukan mengikut kes kesihatan mereka. Namun peliknya ada segelintir golongan akan usaha gunakan vitamin demi elakkan ubat. Sayangnya mereka menganggap vitamin ini seperti ubat dan boleh bertindak dengan cepat....itu yang mereka silap!!!

Supplement vitamin ini sebenarnya diperlukan untuk mengimbangi keperluan badan yang tidak dapat dipenuhi oleh makanan yang kita ambil secara harian. Ia untuk membantu sel, organ dan sistem tubuh boleh berfungsi dengan lebih baik dan sihat.

Jika kita memang pengamal tegar, dan mempunyai rutin cara hidup yang sihat serta bersenam...insyaAllah bila jatuh sakit sekalipun, insyaAllah akan cepat recover.

So pengambilan supplement vitamin ni macam kita menabung...sebagai langkah berjaga-jaga dan ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Moga bila kita sihat, kita akan menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

Wallahu alam.

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: