Hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri sahaja.

Pagi tu saya melihat seorang lelaki menaiki motor mungkin hendak ke tempat kerja. Walaupun beliau menunggang motorsikal dengan kelihatan cermat dan perlahan tetapi masalah besarnya beliau tidak memakai helmet.



Saya membuka bicara dalam kereta pagi tu...kenapalah encik ni tak pakai helmet...kan membahayakan diri sendiri. Ada juga yang pakai helmet tapi talinya tak diikat dengan cermat. Semuanya buat sambil lewa.



Terus suami saya mencelah....Ramai orang fikir hanya diri mereka sendiri sahaja. Hakikatnya adakala kita cermat tapi orang lain yang tak cermat menyebabkan kita terlibat dengan kemalangan. Ramai orang melihat dari sudut diri sendiri. A ah kalau pandai jaga diri insyaALLAH takde apa-apa berlaku. 

Tapi jangan lupa, kemalangan boleh jadi disebabkan kecuaian orang lain.


Bila berlaku kemalangan, kasihan pada ahli keluarga.




Saya pun terfikir sama juga dengan kesihatan...

Ramai orang kita hanya fikir bahawa kita perlu makan setiap hari dan cukup makan kita sihat. Tapi tanpa kita sedar adakala pemakanan yang kita ambil tu bukan semuanya membekalkan nutrien seimbang kepada kesihatan tetapi sebaliknya. 


Makan vitamin ni sama macam pakai helmet bila bawa motor. Sekurang-kurangnya jika berlaku sesuatu yang tak diingini, akibatnya tak la seteruk mereka yang tak memakai helmet. Jika ditakdirkan sakit, insyaAllah dengan izin Allah pesakit mampu bertahan.




Ya sebenarnya kita kena usaha sihat dan kekal bertenaga kerana hidup kita bukan hanya untuk diri sendiri sahaja. Terutama yang dah berkeluarga, kita kena beringat untuk jaga kesihatan demi orang tersayang....demi pasangan kita dan anak-anak kita. 


Bagi yang belum berkeluarga, kita ada tanggungjawab pada mak ayah dan adik beradik.


Kerana kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri sahaja maka kita kena jaga kesihatan, jaga pemakanan dan sentiasa beringat.


Wallahu alam.



Catat Ulasan

0 Ulasan