Semangat yang tinggal....

Masa sangat cepat berlalu....dah lebih sebulan mak meninggalkan kami....

Ya, sesungguhnya Allah lebih sayangkan mak. Allah tahu yang terbaik buat mak....

Syukur kerana Allah beri kesempatan pada kami dapat khidmat kat mak sehingga saat terakhir....

Arwah mak orang yang kuat semangatnya....

Arwah mak hidup tanpa suami selama lebih kurang 20 tahun dan selama itulah arwah mak usahakan macam-macam nak menyara keluarga. Alhamdulillah ada adik beradik arwah mak yang membantu. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan.



Setiap kali teringat arwah mak...sebuah Al Fatihah kami hadiahkan agar tenang mak abah di sana.


Bila ingat arwah  mak saya pasti teringat cerita beliau tentang 'nilai' yang arwah pernah sampaikan....

Masa arwah abah baru meninggal, arwah mak layak dapat duit kebajikan sebagai seorang balu yang mempunyai 7 anak yang masih belajar.

Tapi selepas beberapa bulan menerima duit kebajikan ....arwah mak kata, ada yang lebih layak terima duit tu memandangkan arwah masa tu masih sihat tubuh badan dan ada kudrat untuk bekerja. Jadi arwah mak mula bekerja dengan kerja kilang dan selepas tu bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah di Muar.

Ya 'nilai' inilah yang membuatkan saya kagum dengan arwah mak. Seorang yang kuat jiwanya dan arwah mak merasakan duit kebajikan itu patut diberi kepada mereka yang lebih layak.

Ya arwah mak perlu bekerja untuk menyara keluarga selepas arwah abah meninggal dunia. Namun syukur kerana beberapa tahun selepas itu mak tak perlu bekerja lagi kerana telah ada anaknya yang mula bekerja dan membantu kewangan keluarga.

Ya kerana kisah inilah saya sendiri mempunyai impian untuk melihat setiap surirumah dan para isteri mempunyai pendapatan tambahan kedua setiap bulan dalam memastikan keperluan ekonomi dapat dijaga jika berlaku apa-apa yang tidak di ingini.

Tambahan lagi jika kita punya pendapatan tambahan, dapat juga kita hulurkan lebih kepada mak ayah andai mereka masih hidup dengan niat meringankan perbelanjaan harian mereka.
Andai mereka tiada lagi, dengan duit tambahan kita ada dapat juga kita buat majlis tahlil di masjid setiap bulan sebagai hadiah buat mereka di alam sana. Wallahu alam.


Al Fatihah buat mak dan abah...semoga mereka damai di sana.


" Ya Allah ampuni kedua ibu bapa kami. Luaskanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka,lepaskan mereka dari azab kubur dan jadikan kuburan mereka sebahagian dari taman-taman syurga dan jangan Kau jadikan kuburan mereka seperti kawah api neraka. Ya Allah kasihilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Amin ya rabbal alamin."





 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan