Demi anak.....



Semua ibu hari ini sibuk, baik yang bekerjaya mahupun yang buat bisnes dari rumah.

Ya kita berusaha nak bantu keluarga dan kita juga mahukan yang terbaik buat keluarga.

Maka oleh itu sebagai ibu yang pastinya prihatin...ada beberapa perkara yang boleh dikongsi agar anak-anak dan kita sekeluarga kekal sihat.

Sebab bila anak sakit...semua kerja tak boleh buat. Kita akan runsing memikirkan hal anak.

So jom kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk anak dalam masa yang sama kita mampu lakukan apa yang kita usahakan dengan baik.

1. Memastikan anak makan makanan yang seimbang. Pastikan menu dalam seminggu adalah seimbang dan lengkap...ada hari kita sediakan ayam. Ada hari kita sediakan daging dan ada hari lauknya ikan. Ya ada anak yang suka sayur tapi ada yang tidak. Maka kita kena kreatif sediakan buah-buahan supaya anak kita tiada masalah sembelit.

2. Jangan lupa pastikan mereka mengambil supplement yang diperlukan untuk mereka membesar dengan sihat dan sebagai prevention awal. Hari ini kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit terutama bila kita membawa anak kita bersiar-siar diluar.

3. Kita perlu alert dengan tuala mandi anak dan cadar mereka. Ia perlu ditukar dan jangan biarkan mereka pakai sehingga berbau. Ini akan mendedahkan mereka kepada penyakit.

4. Pastikan kita menyediakan portion duit bulanan untuk bersedekah dan diniatkan pada anak. Selain sebagai pendinding dari segala yang tidak baik, moga sedekah itu membantu mereka sihat dan selamat. Moga sedekah itu juga melahirkan anak yang lembut hatinya terhadap kedua ibu bapa mereka.

5. Pastikan mereka minum air yang mencukupi setiap hari demi memastikan mereka tidak dehydrate. Punca demam dan penyakit kebanyakan adalah berpunca dari kurang bendalir dalam tubuh. Maka sangat penting mengambil tahu berapa gelas air yang anak perlu ambil sehari.

6. Jangan lupa pastikan persekitaran rumah bersih. Terutama tandas. Tandas ni kita tahu adalah tempat yang kotor. Namun kita tak boleh membiarkan ia menjadi lebih kotor dan menjadi punca merebaknya penyakit. Jika ada pembantu rumah, memang beruntung kerana ada orang yang boleh diharap untuk uruskan semua namun bagi yang tiada helper, kita perlu bijak menguruskannya agar anak kita berada dalam persekitaran yang bersih dan terjamin.

Pentingnya tandas yang bersih supaya kuman tidak merebak.



Ya banyak lagi cuma ini antara yang penting...

Sesungguhnya kita kerja memang untuk keluarga kan....dan kita mahu yang terbaik untuk keluarga. Jom kita usahakan yang terbaik.

Get Clean Home Care System


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan