Sabtu, 1 Oktober 2016

Kenapa mak selalu lebih?

Tengahari tadi kami makan lunch di Ayam Penyet AP Gong Badak. Depan tu adalah jualan pakaian wanita, T Shirt dan beberapa pakaian bayi.

Sambil menunggu makanan, saya terpandang seorang ibu yang mengeluarkan bayinya dari stroller untuk membelek baju bayi yang ada dijual di situ.

Ya hanya ibu dan bayi...tak nampak pula ayah bayi tersebut. Lama jugak saya memerhati dan sambil itu si ibu sempat juga membelek pakaian wanita mungkin untuk keperluan diri si ibu tadi. Ya kata orang shopping boleh legakan stress....wallahu alam.

Waktu tu terlintas dalam fikiran saya...agaknya semua wanita yang bergelar ibu itu sama sebenarnya. Si ibu biasanya akan lebih prihatin tentang keperluan anak malah rumahtangga. Mungkin kerana si ayah ni dah fokus untuk mencari nafkah maka tugas ibu membantu mengurus rumahtangga.

Ya seorang mak dia nak anak dia nampak lawo, nampak comel. Seorang mak nak anak dia dapat semua yang terbaik.

Kadang-kadang anak dah lawo tapi mak akan usaha anak nampak lagi lawoooo


Ya masih saya ingat mak saya dulu mengambil upah buang kertas pada cebisan kain yang dijahit. So kami buat lah ramai-ramai [ maklum adik beradik ramai] bersama mak. Masa tu upah sehelai hanya 1 sen! 1 Sen tau! Bayangkan nak dapat RM10 berapa ribu kami kena siapkan?

Kenapa mak kena susah payah buat kerja tu? Mak tak dapat nak kerja kerana abah suruh duduk rumah jaga kami adik beradik tapi mak fikir kena juga usaha sesuatu buat tambahan perbelanjaan keluarga.

Ya zaman sekarang lagi untung, ramai aje mak yang boleh duduk rumah sambil bekerja dan ada pendapatan. Ada yang jual pakaian, jual tudung, jual kuih, jual nasi berlauk, jual vitamin macam saya  dan jadi agen dropship yang mana kena usaha cari customer. Zaman ni memang nampak ramai aje  mak-mak yang usaha lebih kerana mak-mak biasanya otaknya ligat nak bantu suami. Ditambah zaman internet yang mana zaman dunia tanpa sempadan.

Orang yang di Sarawak boleh berniaga dengan orang Johor. Orang Sabah berniaga dengan orang Penang. Semuanya tak mustahil pada zaman sekarang.

Pada saya tak salah pun mak nak meniaga selagi si mak ni tak lupa diri! Apa maksud lupa diri? Ya la jangan la meniaga sampai lupa makan minum suami, jangan galak meniaga sampai anak dan suami terabai, rumah macam tongkang pecah, sibuk meniaga hanya untuk kepentingan diri sendiri. Melaram tak tentu hala, bercuti sorang diri, beli handbag sampai tak muat almari...maksudnya hanya untuk diri sendiri aje. Ini dah kronik.

Untuk mak-mak yang meniaga, jangan lupa..keluarga tetap utama. Niat mesti betul cari duit tambahan untuk bantu suami dan keluarga. Tanpa restu suami dan redhonya jiwa kita sebenarnya kosong dan tiada kemanisan dalam beribadah.

Ya tak salah mak nak meniaga...jika kebajikan keluarga terjaga.







Nukilan mak yang kerja dari rumah
Norita Idris




Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 

Tiada ulasan: