Tips Bisnes - Pengurusan Kewangan.

Pengurusan kewangan :


Pengurusan kewangan penting untuk bisnes.


Ramai orang yang terjun dalam bidang MLM dengan cara tidak langsung. Rata-rata melalui sharing dan bila ia memberi kepuasan kita akan terus lakukan hingga tahap tertinggi.
Namun sebelum nak pergi jauh, salah satu paling utama ialah pengurusan kewangan.
Ramai orang tak dapat nak uruskan bisnes dengan baik. 
Pesan suami saya ' Tak penting di mana kita bermula yang penting di mana kita berakhir'
Suami saya suka remind benda ni.
Ada orang mula bisnes Shaklee modal RM250 aje....selepas beberapa lama akaun modalnya mencecah RM50k!
Ada orang mula dengan RM2-3 ribu ...selepas beberapa lama duit modal lesap apalagi nak beli stok?
Sebab itu pengurusan kewangan sangat penting. 

1. Sediakan wallet bisnes.
Refer buku Jutawan MLM tulisan RAzzi Armansur ada dimaklumkan jika serius nak buat bisnes usahakan modal RM500 untuk beli stok. Ya pada saya RM300 juga boleh, dengan membeli vitamin asas yang kita memang sendiri amalkan/ makan.

2. Jangan usik duit modal!!!
Ini yang ramai tak disiplin. Ramai yang gunakan duit modal beli belanja harian [ isi minyak, beli barang dapur etc]. Duit modal perlu dikembalikan pada akaun modal. Keuntungan juga perlu ditepikan supaya dapat lihat secara kasar semasa menutup akaun bulanan.

3. Setiap perbelanjaan perlu ditulis.
Jika anda beli plastik prepaid sebagai stok, ia adalah dianggap modal. Minyak kereta / motor yang digunakan ke pejabat pos juga adalah belanja. Macam saya sendiri pos saya caj RM10 jika customer nak poslaju. Ya saya guna prepaid [ Kos plastik RM6.40, kos minyak + masa= RM3.60]. Hujung bulan, duit minyak hulurkan kat suami sebagai contribution pada bisnes kita.
Jika rajin nak deliver pada customer , duit minyak perlu diambil kira antara RM10-RM15 bergantung pada jarak. Ini kerana kereta perlu minyak dan ia guna masa kita dengan keluarga. 

4. Bonus
Bila dapat bonus dan dah capai 4 angka , maka sediakan portion. Berapa perlu buat ZIS, berapa duit tambah modal, berapa duit sendiri. [ 3 bahagian besar yang utama].
Macam saya sendiri, bonus bahagian sendiri dipecahkan kepada :
Token appreciation untuk suami, anak dan mak saya.
Untuk diri sendiri sedikit bahagian dan + KEPUASAN.
ZIS penting sebagai contribution kita pada masyarakat.

5. Pecahkan modal HANYA BILA PAKAR & DAH BERJAYA.
Kesilapan ramai orang adalah buat bisnes banyak dalam satu masa tetapi sayangnya satu bisnes pun tak mahir.
Ini akan membuat modal anda pecah akhirnya tak ke mana pun. So
fokus sehingga anda berjaya. Jika anda rasa stuck, get your mentor. Do keep in touch with Allah thru solat Dhuha, Hajat and Sunat Tasbih. Allah maha mendengar. Dia juga yang Maha memberi.
======================== 
So jika anda baru nak mula bisnes atau dah lama bisnes, gunakanlah tips yang membantu anda berkembang.
Shaklee adalah bisnes yang mudah jika ANDA SENDIRI jujur makan supplement Shaklee sehingga dapat menjadi Shaklee effect !





 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan