Isnin, 12 Oktober 2015

Hadiah percutian Maldives untuk harijadi mak.

3 tahun lepas masa pertama kali kami sampai Maldives, saya berhajat nak bawa mak ke sana. Melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.

Setiap kali menatap album percutian Maldives pasti ia buatkan impian saya lebih kuat. Saya nak bawa mak saya ke Pulau Maldives lebih khusus Kurumba.

Ya mak saya bukan jenis yang suka berjalan tapi sebab saya yang nak mak tengok antara pulau tercantik di dunia. Maka mak pun ikutlah walau terpaksa guna wheel chair sebab mak mudah penat.


     Welcome gift.

Syukur hajat itu menjadi kenyataan. 


Kami masih memilih Kurumba sebagai pulau pilihan di Maldives. Mengapa Kurumba? Sebab ini adalah antara pulau yang mempunyai banyak pilihan restoren. Ada Italian restaurant, Indian restaurant, Arab restaurant, Japanese restaurant, Chinese restaurant dan beberapa cafe lagi.
       First time breakfast makan honeycomb dengan buah dan roti.

Memandangkan Maldives adalah negara Islam maka sangat mudah untuk dapatkan makanan halal. Alhamdulillah dan ini satu bonus untuk bercuti di tempat sebegini.
  Dinner at Indian restaurant.









Terima kasih Allah kerana dengan izinMu kami sampai juga ke sini.


Bermula dengan satu impian...tak mustahil menjadi sebuah kenyatan. Bila kita dah niatkan nak gembirakan mak ayah , letakkan usaha dan berdoa mohon Allah bantu insyaAllah akan tercapai dengan izinNya jua.







Tips untuk bercuti ke Maldives :

1. Survey dulu pulau yang kita nak pergi di Maldives. Pulau yang kami pilih setakat ni ialah Kurumba. Antara terdekat dengan airport dan naik boat dalam 10-15 minit. Ada banyak pulau di Maldive cuma pilih ikut budget kita. Transport dari airport nak ke Pulau juga perlu di pertimbangkan sama ada naik boat atau untuk pulau yang jauh terpaksa naik sea plane ( sedikit mahal).

2. Flight ke Maldives ada banyak juga tapi paling mudah biasanya MAS, AirAsia ( kena tengok tarikh penerbangan yang disediakan), Sri Lankan Airlines, Tiger Airways ( melalui Singapore), even Emirates pun ada tapi jenuh transit dan perjalanan jadi panjang.

3. Rate hotel murah boleh didapati di booking.com dan beberapa website seperti agoda etc.. Setakat ni percutian mana2 saya suka pilih melalui website booking.com so dapatlah harga yang kita nak mengikut budget kita. 

4. Boleh cuba dapatkan pakej flight dan hotel dengan murah jika tarikh yang kita nak pergi kena dengan tawaran yang disediakan oleh Airasiago.com. 




* Jangan takut nak simpan impian... Kerana impian tak pernah ada tarikh luput. 












 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: