Hebatnya kuasa Doa !

Sehari sebelum tu saya memang dah menyebut beberapa kali kat suami untuk tengok Dolphin...walaupun tahun lepas sebenarnya dah tengok secara live 2-3 ekor Dolphine sedang berenang di tepi laut semasa kami sedang breakfast.

Tapi entah kenapa kali ni saya nak tengok sendiri dari atas boat.

Cuma dalam kepala saya, saya bayangkan staff hotel akan bawa kami kat satu tempat yang mereka tahu banyak Dolphin seterusnya membuat isyarat mengumpan Dolphin supaya timbul. Ini adalah apa yang saya sangka ok.

Namun sebelum keluar rumah saya banyakkan membaca doa ini ....sebelum itu saya niat Ya Allah temukan kami dengan Dolphin hari ini dan dapatlah anak-anakku lihat Dolphin di dalam laut. Selepas itu saya baca doa ini sebab saya amat yakin dengan doa ini....Allah takkan hampakan atau sekurang-kurangnya Allah berikan gantian yang lebih baik jika saya tak dapat apa yang saya hajatkan.

Anak-anak juga saya pesan perkara yang sama...berdoa dan terus doa.

Namun sebelum itu sedikit kecewa kerana pihak hotel kata tiada lagi boat yang available untuk bawa kami ke sana. Namun kami tetap ke Sport Recreation konon-konon untuk lihat apa lagi aktiviti keluarga yang dapat kami lakukan.

Alhamdulillah tanpa di sangka rupanya ada boat yang boleh bawa kami untuk Dolphin Tour. Harga pula ialah USD250 untuk 2 orang dan kanak-kanak adalah percuma!!! Oh syukur ya Allah kerana Kau berikan kami hadiah sebagai permulaan untuk kami lihat Dolphin.

Tanpa berlengah kami pergi bersama adik ipar saya Huda. So kami berlima. 

Naik private boat ini.....


Dan pengembaraan ke laut bermula.......

Jujurnya saya tak aspect apa yang saya lalui semalam... saya ingat mereka akan bawa kami dekat area yang berdekatan dengan pulau...tapi rupanya .....ke laut dalam!!!!!!

Air yang warna biru gelap kehitaman dan ombak yang sangat kuat!!!

Masih terbayang-bayang keadaan laut dalam semalam!

Memang banyak juga boat yang juga mencari-cari Dolphine tetapi ia bukan satu kerja yang mudah.

Saat dah rasa tak keruan tahap maksima saya beritahu suami maklumkan pada driver boat itu untuk terus pulang sebab takut dengan keadaan laut dalam ketika itu.
Namun mulut saya tak putus membaca ayat kursi sahaja ketika itu. Apabila driver membuat u-turn untuk balik semula ke hotel beliau ternampak seekor Dolphine yang sedang terlompat-lompat dalam laut yang sedang bergelora itu.

Apa lagi hilang sedikit ketakutan diganti dengan perasaan syukur pada Allah kerana mengizinkan kami melihat Dolphine di tengah-tengah laut!
Namun yang buat saya lagi rasa takut apabila biat dihentikan untuk melihat aksi si Dolphine tadi! 

Hello! Ombak tengah tinggi dan kita berhenti kat tengah laut dalam !!!! Syukurlah si Dolphine tu lompat hanya beberapa kali dan terus hilang. So kami teruskan perjalanan pulang....

Opss  driver ni bukan bawa kami terus pulang.... dia bawa kami ke Sand bank pula. Sebelum ni tak pernah tahu pasal sand bank tapi bila dah sampai baru tahu...ia pulau yang kecik.
Namun senario yang sangat cantik!

Ok amik gambar dalam beberapa keping dan kami teruskan perjalanan nak balik ke Kurumba.

Namun si driver bawa kami ke HuluMale pula iaitu pulau yang didiami oleh local Maldives people. Lepas tu baru pulang ke Kurumba.... saya rasa sebenarnya dia cuma nak manfaatkan masa yang kami bayar iaitu USD250.

Apapun saya panjatkan syukur pada ALLAH dalam keadaan kami dah nak give up ALLAH berikan juga kami peluang melihat Dolphine dalam laut dalam yang sangat bergelora. Penting sebenarnya doa...kerana dengan pasti Allah tahu bila masa yang terbaik untuk berikan apa yang kita doa dan hajatkan.

Nanti saya sambung lagi tulis tentang aktiviti kami hari ini pula insyaALLAH.


Catat Ulasan

0 Ulasan