Motivasi dan dedikasi, mana yang penting?

" Bos hari ni saya sangat bermotivasi ! Silakan beri kerja yang banyak untuk saya selesaikan!" .... pernah dialog begini? Wujudkah?

Antara dedikasi dan motivasi mana satu yang sebenarnya perlu?

Shaklee Sarawak



Bila suami saya terangkan tentang motivasi baru saya faham apa sebenarnya motivasi.

Perkenalan dengan penulis buku yang terkenal...Tuan Razzi Armansur membuatkan kami lebih faham apa maksud motivasi.

Ramai yang ingat dengan pergi kursus maka secara automatik akan mendapat motivasi. Namun biasanya motivasi hanya berlegar dalam dewan kursus yang ramai orang. Habis aje kursus ' motivasi' terus jadi basi. Benarkah?

Apa sebenarnya maksud motivasi? Motivasi ialah ' motive for action ".

Kita akan bermotivasi kalau kita tahu mengapa kita kena bertindak. Kalau kita ada 4 orang anak, suami kerja seorang dengan komitmen yang banyak...takkan kita nak duduk peluk tubuh aje kan?
Biasa kita bertindak kerana nak bantu sama ada keluar bekerja atau lakukan sesuatu untuk dapatkan sumber demi membantu ekonomi  keluarga.

Maka tindakan yang berterusan itu dipanggil dedikasi.

Kita pergi opis setiap hari bukan bermakna kita bermotivasi. Tetapi kerana kita berdedikasi pada apa yang kita lakukan untuk teruskan kehidupan.

Kita berdedikasi pada kerja kerana tahu ada hasil yang menanti hujung bulan iaitu gaji.

Ia lebih nampak pada mereka yang makan gaji. Namun pada mereka yang berniaga sendiri dedikasi ini akan wujud jika apa yang diusahakan itu adalah punca sumber pendapatan. Maka ia akan buat kita lebih komited.

Maka sebenarnya kita tetap perlu motivasi. Motivasi datang dari dalam diri. Kesedaran itu adalah motivasi kita. Dedikasi akan wujud bila kita jelas dengan matlamat tindakan kita.

Dulu, awal perkahwinan...hidup saya biasa. Janji anak dan suami depan mata hidup dah complete.

Tapi bila saya dengar kisah kawan suami saya iaitu Azhar dan Nizar, mereka ni akan kumpul duit dan setahun sekali makan angin kat oversea...saya mula menanam impian dalam hidup saya.

Saya mulakan dengan mengajar tuition dirumah. Seronok mengajar sebab dunia saya memang suka mendidik. Tapi malangnya saya terikat dengan masa. Tak boleh nak ikut suami pergi kursus [ masa tu suami masih kerja dengan oil and gas company]. Saya mula minta KPLI dan dapat...tapi masa berlalu sangat cepat. Kelahiran Nasa membuatkan saya nak duduk rumah tapi tetap ada income.

So saya jadikan Shaklee jambatan saya untuk membesarkan anak dari rumah. So dengan berbekalkan komputer lama berdikit2 saya mulakan Shaklee.

Adakah saya sentiasa bermotivasi? Yang menjadikan saya kuat menempuh segala onak duri ialah anak, suami dan mak saya. Merekalah penguat semangat saya.

Saya nak beri yang terbaik buat keluarga saya. Dulu cerita Shaklee yang kenal adalah mereka yang pernah kena tipu zaman dulu pasal MLM. So saya perlukan masa lama untuk kenalkan kebaikan Shaklee.

Selama 7 tahun online macam-macam saya belajar. Belajar dari pengalaman manusia dan ragam yang pelbagai dan inilah yang membentuk saya pada hari ini.

Berdedikasi? Saya masih meneruskan kehidupan ber Shaklee saya sehingga hari ini. Travel jauh mana, Shaklee tetap menjadi topik diskusi saya dan suami. Suami sentiasa memberi idea bagaimana kami boleh bantu lebih ramai orang sihat dan lebih ramai yang berjaya dalam Shaklee.

Tiada jalan mudah untuk berjaya kecuali berusaha.

Tiada jalan pintas untuk berjaya kecuali usaha dengan kebenaran.

Jujurnya saya dan suami saling membantu dalam motivasi sesama kami. Buku2 adalah sumber utama untuk kami terus bergerak. Malah sehingga hari ini kami masih mencari buku2 untuk membantu meningkatkan ilmu nutrisi.

Memang bukan nak jadi doktor tetapi ia adalah minat kami dan ia membuatkan kami seronok dengan Shaklee.

So dalam Shaklee, kita bukan hanya cerita duit bonus, pangkat kecik atau besar tetapi ilmu produk dan kesihatan. Itulah nadi bisnes kami.

Seronok tau! So jika anda berminat nak sertai kami boleh email saya di nnorita78@yahoo.com.

Saya berjumpa lagi....

Selamat berhujung minggu!

Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa

♛ Call/Whatsapp/ Telegram : 012-853-5689 ♛


Catat Ulasan

0 Ulasan