Buat makluman , ibu bukanlah doktor namun ibu membaca...jadi apa yang bakal ibu tuliskan ialah dari bahan bacaan dan pengalaman semata2...
Bagi yang bergantung dengan ubat atau ibu2 yang mengambil motilium atau sewaktu dengannya...makanlah dengan ilmu dan jangan menyesal di kemudian hari :)
Jadikanlah makanan kamu sebagai ubat dan Jangan jadikan ubat sebagai makanan.
Perbezaan Pertama
UBAT IALAH : sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita. Tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.
SUPPLEMENT : Bahan berkhasiat semuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan sengsara akibat kelemahan ogran berfungsi dengan baik.
Perbezaan Kedua
UBAT: ianya adalah ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fiungsi2 secara mengganggu tindakan bahan biokimia dan proses2 enzim.
SUPPLEMENT: Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
Perbezaan Ketiga
UBAT: boleh menyebabkan kesan sampingan , kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gannguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.
SUPPLEMENT: Tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
Perbezaan Keempat
UBAT: bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.
SUPPLEMENT : bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain , ianya ibarat rantai. Kesemuanya bergabung menghasilkan kesan yang lebih baik.
0 Ulasan