Istiqamah dalam setiap urusan


Tergelak bila ibu terima sms yang berbunyi:

"Dah seminggu makan ubat kak N , saya belum nampak peningkatan susu cuma susu saya memang pekat"

Rasanya dah berkali ibu nyatakan makanan tambahan yang ibu kenalkan ini ialah dalam golongan VITAMIN dan bukan UBAT.

VITAMIN bertindak dengan lembut dengan sistem badan dan tidak memberi kesan yang negatif...berbanding ubat.

Memang ubat seperti Motilium atau mexolon memberi kesan yang cepat untuk peningkatan hasil susu namun perlu kita tahu ianya adalah kesan sampingan dari ubat tersebut dimana sebenarnya ubat tersebut adalah untuk menahan muntah dan yang berkaitan dengan masalah perut dan usus jika ibu tidak silap. Memang penghasilan susu akan meningkat dengan kadar segera TETAPI kesan jangka panjang yang perlu kita ketahui ialah dimana ubat2 ini akan mengganggu sistem pertahanan badan. Memang ada yang tidak banyak membaca, akan menganggap...alah bukan selalu amik sekali sekala jek, namun ubat ini memberi kesan negatif dalam jangka panjang terutama yang memberi kesan segera. Antara kesannya ialah tekanan mental, sakit jiwa, gangguan hormon seperti menstrual , gangguan usus dan kidney dan banyak lagi.
Sebab itu sejak ibu tahu kesan pengambilan segala jenis ubat, ibu telah lama tidak mengambil ubat bila sakit, tetapi ibu menjadikan vitamin harian ibu sebagai ubat...bila demam makan alfalfa lebih, bila selsema makan vit C lebih, bila batuk minum ESP lebih dan semuanya ibu akan cuba amik mengikut kepentingan vitamin tersebut.

Berbalik kepada cerita penyusuan:


Kejayaan bagi penghasilan susu yang meningkat sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor...
1. Menjaga pemakanan  dengan memastikan kesemua keperluan zat oleh tubuh dipenuhi.
2. Mengepam dengan konsisten. Jadual yang tetap lebih baik.
3. Minum air melebihi 3 liter...tetapi bagi yang tidak mengamalkan apa2 supplement, 2 liter sudah memadai dikhuatiri kecairan nutrien dalam susuibu.
4. Sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah. Ini yang seringkali kita abaikan.


Panduan jadual pemakanan tambahan @vitamin yang mudah dan selari dengan istilah istiqamah:

Pagi selepas makan pagi:
2 biji alfalfa dan sebiji multivitamin @vitalea dan secawan minuman dengan tambahan ESP.

Tengahari selepas lunch:
2 biji alfalfa dan sebiji B com dan secawan minuman dengan tambahan ESP. . Namun  B com boleh diambil 2 biji jika mengalami ketegangan atau stress.

Malam selepas makan malam :
2 biji alfalfa dan sebiji vitamin C dan secawan minuman dengan tambahan ESP.  . Namun Vitamin C boleh diambil 2 biji jika mengalami masalah kesihatan seperti batuk atau selsema.



Secara ringkasnya:
Jika stress...maka makan lah b complex 2-4 bj sehari.
Jika tidak pump dengan konsisten...maka atur semula jadual perahan setiap 3 jam.
Jika air kurang...maka sediakan air di dalam botol yang mempunyai sukatan agar kita tahu berapa banyak air yang kita minum sehari. Contohnya menyediakan 3 botol air yang bersukatan 1.5 liter setiap botol.

Untuk rohani...banyakkan berdoa dan bersangka baik dengan Allah. Cuba dekatkan diri dengan solat2 sunat dan zikrullah agar ketenangan yang abadi diperolehi.

SUPPLEMENT AKAN MEMBERI IMPAK YANG HEBAT APABILA SEMUANYA DILAKUKAN DENGAN ISTIQAMAH...IAITU BERTERUSAN.

Salam sayang dari ibu

Catat Ulasan

1 Ulasan

Aimmie Qistina berkata…
salam kak N..salmi ni..lama x dgr cite..ingat nak try ESP tuh..tp nantile bile dah gaji nanti..hahaha..bye!