Jangan sampai terduduk baru terngadah...

Walaupun baru beberapa hari tidak menaip di blog ini tapi hati ini rasa bagaikan sebulan tak meng-up date blog. Bukan tiada masa tapi adakala mood menulis belum sampai. Ibu baru sahaja selesai mengemop lantai rumah. Habis satu rumah ibu mop..tetiba angin mengemop setiap hari sekarang ni. Pantang kotor sikit atau air tumpah habis ibu mop. Jika dulu mengemop bukanlah hobi ibu terutama dengan anak2 yang masih kecil..belum apa mereka yang dah jatuh tergolek. Dulu ibu lebih suka panggil auntie Shidah datang bersihkan rumah, dalam 2 minggu sekali. Tapi sekarang dah sebulan tak memanggilnya datang tolong mengemas rumah sebab ibu rasa ibu dah dapat co-op sekarang. Sekurang2nya jimat duit belanja ibu...hehehehe.

Kali ini ibu nak berkongsi cerita tentang golongan yang bilangan kecil sahaja tapi sayangnya mereka ini seolah2 riak dan angkuh dengan kurniaan yang diberi. Sehingga hari ini sudah beratus trial pack kami jual seluruh Malaysia. Yang membelinya pun bukan calang2 orang... sehinggakan setiap kali ibu mengepos pasti orang kat kaunter bertanya.."Wah, jauhnya customer akak ni...mana kenal kak?". Dengan senyuman ibu hanya mampu menjawab, "Ajaibnya internet". Pembeli yang ibu kenali dari internet bukanlah dari golongan ibu yang menyusu semata2. Ada antara mereka yang mencari vitamin untuk mendapatkan badan yang sihat dan bertenaga.

Namun ada segelintir pembeli yang membeli bukan atas niat menyusukan anak tapi golongan yang ibu kategorikan sebagai mereka yang suka mencuba. Selepas beberapa 2 minggu mereka mengambil Shaklee sebagai supplement, feedback yang diberikan adakala berbunyi sedikit sinis. "Ish tak de rasa apa2 pun bila amik vitamin ini...sama jek jika saya tak makan". Ibu dengan tenang menjawab,"Vitamin ini membantu kesihatan dalam banyak cara, adakala tanpa kita sedari. Ia hanya membantu melengkapkan keperluan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh yang mana tidak semuanya kita boleh dapat dalam makanan seharian kita.".

Ada seorang teman ibu ini, dia kelihatan sangat berumur...lebih dari usia sebenarnya memandangkan beliau sudah beranak 5. Beliau tidak yakin dengan pengambilan vitamin. Beliau antara golongan kecil yang mengeluarkan kenyataan yang ibu boldkan dengan warna merah yang tertera di atas. Adakah sehingga orang menegur dan mengeluarkan kenyataan..."muka akak ada kedutan la", dan kala itu jua terus ke farmasi mencari krim anti kedutan dan pelembap kecantikan?

Berbeda dengan seorang kenalan ibu yang juga seorang guru yang berkhidmat berbelas tahun, kak Sarimah..beliau mempunyai 6 orang anak, tapi percaya atau tidak wajahnya kelihatan sangat muda seperti awal 30-an. Kak Sarimah sangat yakin dengan kepentingan vitamin terutama apabila melihat kulit anaknya Awin yang melecur kerana termasuk dalam kawah yang sangat panas, 5 tahun dahulu kini dah semakin pulih.

Adakah perlu satu teguran atau masalah kesihatan melanda baru kita mahu marangkak mencari vitamin? Bukankah bagus menyediakan payung sebelum hujan? Alasan yang biasa ibu dengari selama hampir 10 tahun dalam Shaklee...

1. Mahal la vitamin ni.
- Sekarang dah ada trial pack, 30 days vitamin consume dengan harga RM80. Di dalam mengandungi 30 vitalea, 30 B complex, 30 Vitamin C dan 30 alfalfa. Bukankah sangat murah ? Ianya vitamin yang berkualiti tanpa kehadiran silika gel.


2. Oh suami tak bagi makan vitamin.
- bagi isteri yang tidak bekerja dan bergantung dengan hasil suami, memang menjadi kekangan untuk membeli. Tapi jika si ibu tadi bekerja, rasanya tidak salah memperuntukkan sedikit belanja untuk kecantikan diri kerana vitamin ini dapat membantu si isteri tadi sentiasa awet muda, slim dan bertenaga dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada suami serta keluarga.

3. Saya tak suka telan pil.
-Ini alasan untuk tidak makan vitamin, tapi peliknya bila mendapati diri disahkan mempunyai ketumbuhan, kanser malah penyakit yang menakutkan , di kala itu ubat doktor ditelan ibarat mengunyah kacang menglembu.

4. Maaf tiada budget.
-Ramai kenalan rapat ibu yang mengeluarkan kata2 ini... tapi yang hebatnya mereka punya budget untuk beli kereta besar, sofa hebat dan macam2 lagi. Tidak juga nak salahkan mereka kerana taufik hidayah memang hak Allah jua.



5. Vitamin ini tidak berkesan ke atas saya.
- Bagaimana nak lihat hasil jika makan pun tidak konsisten? Shaklee adalah supplement...bukan STEROID untuk memberi kesan dengan kadar segera. Jika anda belum merasakan hasilnya... teruskan makan dan jangan berhenti, kerana kesan dan hikmah istiqamah itu sangat besar. Ada antara ibu2 yang menyusukan anak, selepas mencuba trial pack... golongan kecil ini merungut, ish susu tak banyak pun cuma pekat aje. Taknak lah makan. Walhal, dalam dunia ini pun semua perlukan masa.


Boleh beritahu ibu, apakah biji benih yang bila kita campak arini ke tanah, esok dah tumbuh pokok besar yang mengeluarkan buah? Jika ada, ibu nak beli biji benih buah pamelo..sebab ibu suka makan pamelo. Sebab pokok pamelo antara pokok yang perlukan masa untuk tumbuh dan menghasilkan buah.
 Sama juga dengan keadaan tubuh kita, perlukan masa.


Adakala vitamin ini memberi kesan dalam yang tidak begitu ketara untuk kita sedari namun ia PASTI memberi manfaat kepada kita yang adakala hanya disedari oleh orang yang disekeliling kita....

Sebagai contoh seorang customer ibu memberitahu beliau hanya makan vitamin kerana nak tambahkan nutrisi susuibu kepada anaknya..namun makin lama beliau mengambil supplement makin ramai yang menegur kulit wajahnya berseri2 walhal beliau tidak memakai sebarang produk kecantikan. Waktu itu ibu katakan padanya, benarlah kata orang, kecantikkan itu datangnya dari dalam...iaitu apa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekian, wassalam.





Salam sayang dari ibu

Catat Ulasan

5 Ulasan

Niza berkata…
Salam,

Well said Kak N. :)
.:chEyaNtie:. berkata…
salam kak n..hehe saya punye ada lg sikit,sbb start lambat,makan selang seli.abiskan pil lessa formula dulu.sayang pulak tak abiskan.hehe

yes setuju,vitamin melengkapkan nutrisi dalam badan kita.tak bole la nak harapkan kesannya dalamjangka masa pendekkan..bg saya,saya dapat rasai kesannya dari segi seri muka.lepas start keje,ramai kawan kata muka nampak berseri2.saya dapat agak,ni pasal vit c la ni hehe susu badan mmg pekat,berat insyirah nur walau pon tak mencanak naik,tapi alhamdulillah, sekurang2nya naik la jugak haha

kak n,saya nak suggestkan trial pack ni pada isteri member yg baru melahirkan(mcm saya gak)tp dia kerap kena darah tinggi sampai kene warded 2-3 kali.dia muda lagi,around 29thn kot.ape pendapat kak n?mcmana vitamin bole membantu dari segi penyakit ni.hehe
Norita Shaklee berkata…
Kawan Yantie tu boleh mulakan dengan trial pack, vitamin dalam trial pack banyak membantu menenangkan seseorang apabila dia di dalam keadaan stress. Boleh emailkan akak no tel beliau supaya akak dapat berikan konsultasi dengan lebih baik.
Dayah @ Real Ummu berkata…
salam akak.
saya pun ada berkongsi bagaimana saya mula amik Shaklee baru2 ni.alasan yang akak letak tu mmg antara alasan saya dulu.kalau sudi jengah la blog saya di link ni

http://imtiyazs.blogspot.com/2010/02/saya-mula-makan-vitamin.html
Norita Shaklee berkata…
Terima kasih Dayah...semoga lebih ramai diberi taufik hidayah untuk menjaga kesihatan dengan optimum.