Bersemangat nak ke sekolah...gambar jam 6.45 am.
Handsome tak?
Cikgu perempuan itu mencuit bahu Addin dan bertanya... Hari Raya atau Krismas? Dengan selamba Addin menjawab..."Krismas". Huhuhuhu..semasa Addin menceritakan semula , ibu terkejut namun ibu menjelaskan kepada Addin sepatutnya Addin menjawab Hari Raya kerana itulah perayaan yang kita sambut. Namun menjadi tanda tanya ibu... Adakah rupa Addin yang handsome itu menjadikan cikgunya confuse? Hmmmm....
Nasa pula 1st day ke play school... 1 jam dia menjerit...Ibu, ibu, ibu. Namun atas kebijaksanaan cikgunya Nasa berhenti menangis dan mula seronok berkawan.
Satu hari telah berlalu.....alhamdulillah.
Gambar sebaik sahaja pulang dari sekolah....
Salam sayang dari ibu
2 Ulasan
blaja rajin2 ye addin
isk dah besar anak akak...dah sekolah dah dia