Namun ada juga rumah sebuah yang di tawarkan baik semi D mahupun detach house (bungalow la tu) , harganya boleh tahan mahal jika bandingkan dengan condition rumah. Itu yang buatkan kami masih mencari2 rumah untuk kami jadikan syurga idaman keluarga...
Bagi yang pernah melawat di Miri atau pernah menginap, pastinya mereka tertanya2 kawasan manakah menjadi perhatian ibu? Jawapannya ialah andailah ada rezeki ibu mahu menyewa di kawasan Desa Seri yang berdekatan dengan flat guru kerana rumahnya adalah single story semi D. Selain kawasan itu, ibu berminat dengan kawasan Piasau kerana hendak menghantar Nasa ke nursery yang dikenali antara terbaik di Miri iaitu Astana. Namun our last option ialah
Lutong Baru. Jika diizinkan Allah ibu nak rumah sewa yang berdekatan dengan Boulevard so that senang nak beli barang dapur dan segala barang keperluan.
Ibu nak minta tolong kalian doakan agar kami dapat bertemu dengan rumah yang bagus conditionnya, selesa, selamat dan mampu dibayar. Semoga urusan kami dipermudahkan. Amin.
Salam sayang dari ibu
2 Ulasan
Semoga Ibuaddindannasa sekeluarga dapat umah sewa seperti yg dihajati...