Alhamdulillah allergic ibu dah beransur pulih... ibu yakin dengan doa yang arwah abah ibu ajar, Ya Allah dariMu penyakit ini datang maka kepadaMu ia kembali. Ibu teringin menulis tentang impian ibu mengenai bagaimana ibu berhajat untuk menjana duit dengan risiko yang tak terlalu tinggi. Apa yang pasti ibu teringin mempunyai satu stesen minyak sebagai sebuah perniagaan keluarga disamping mempunyai sebuah pusat tadika. Ibu berdoa agar impian ini akan tercapai juga suatu masa nanti.
Minggu sudah dalam perjalanan pulang ke Rawang Perdana, kami sekeluarga sempat melihat showroom condo Selayang Spring. Keluasannya 1400 meter persegi dan boleh tahan menarik. Ianya cukup menarik perhatian ibu dengan tawaran yang disertakan bagi setiap unit condo. Unit yang ibu berminat mempunyai harga RM295,100 kalau tak silap. Ianya murah berbanding condo yang kami lihat sebelum ini yang hanya mempunyai keluasan 1100 meter persegi tetapi harga mencecah rm500,000. Cukup mahal.Pakej yang ditawarkan pada waktu ini bukanlah sekadar rebet RM2k semata2 tetapi yang menariknya ia memberi tawaran renovation yang bernilan RM31k untuk unit yang ibu berminat. Renovation pula kita boleh pilih antaranya menambah kicthen cabinet, aircond up to 4 units, laminated floor, ceiling fan dan banyak lagi. Berbaloi sangat!
Andainya ibu punya wang yang cukup, memang akan ibu beli sebuah , bukannya untuk didiami tetapi sekadar aset jangka panjang. Dalam ekonomi gawat waktu ini mereka yang beruntung adalah mereka yang berduit. Mana taknya semua peluang yang datang dapat dimiliki.Akibat ekonomi yang sedikit down ini, tawaran untuk membeli rumah menjadi satu yang sangat menarik perhatian ibu terutama dengan skim 10-90.
Apa dia skim 10-90? Ianya bermaksud kita hanya perlu bayar duit pendahuluan sebanyak 10%( baik cash atau pengeluaran EPF) manakala bakinya 90% hanya perlu dibayar selepas rumah@ condo siap, selalunya dalam 1 atau 2 tahun lagi. Bagi Selayang Spring, projek ini akan siap pada Okt 2011.
Btw, skim 10-90 ini boleh dipertimbangkan jika pemaju@developer adalah dari syarikat yang terkenal , stabil dan mempunyai rekod yang bagus dalam perumahan. Bagaimana untuk kita tahu? hanya cari di internet nama2 projek syarikat pemaju tersebut sebelum ini dan lihat bagaimana prestasi syarikat tersebut.Ibu pun mengenali developer MAHUMAS melalui internet sewaktu kami di Miri dan abah membeli rumah di Rawang Perdana hanya melalui carian maklumat di internet.
Ibu memang bercadang sangat nak abah beli sebuah dari unit di sini. Mana taknya ibu meramal jika harga belian adalah RM295 ( ditambah dengan pemberian renovation bernilai RM31k) sekarang manakala lagi dua tahun selepas unit ini siap ia boleh mencecah nilai jualan RM450k berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pemaju mengikut kelebihan semua infrastruktur yang ada di sekitarnya. Melalui skim 10-90 ini kita beruntung kerana tidak perlu membayar progress payment seperti Condo yang kami miliki sekarang. Unit belum siap tapi kita sudah diminta untuk membayar interest rumah berdasarkan progress unit.Melalui skim 10-90, hanya perlu bayar 10% sahaja dan selepas dua tahun apabila condo sudah siap maka kita boleh jual dan menjana pendapatan hampir RM100k maksima dalam masa yang sangat singkat.Bagaimana ini boleh menjadi kenyataan? Ini kerana condo Selayang Spring ini dikenalpasti sebagai High End Condo atau serti kata lain condo mewah.
Ibu memang beria2 hendak membeli seunit pada hari kami melihat showroom Selayang Spring , nak lebih beria apabila sales reps itu bertanya adakah abah mempunyai EPF yang melebihi RM30k agar mudah untuk membuat pembayaran pendahuluan. Abah pun menjawab, insyaAllah tiada masalah. Ibu pun apa lagi melonjak keriangan. TETAPI ada sesuatu yang telah membantutkan niat kami apabila satu soalan keluar dari mulut sales reps itu..." Encik pernah keluarkan EPF encik tak sebelum ini untuk membeli rumah?" Abah pun menjawab, ya pernah seterusnya sales reps itu pun memaklumkan bahawa kita hanya boleh keluarkan sekali saja EPF kita untuk membeli rumah dan jika mahu membeli sebuah rumah lagi dengan menggunakan EPF sebagai bayaran pendahuluan maka kita perlu menjual rumah yang pertama kita beli menggunakan EPF. Oh tidak, maka jawabnya impian ibu hanya tinggal impian.
Kesimpulannya...kita memang perlu bijak dalam banyak perkara. Perlu banyak lagi membaca agar kita mahir dalam apa yang akan kita laksanakan.Ibu kena study lebih banyak mengenai hartanah selain dari asyik membaca buku mengenai penyakit, pemakanan dan supplement.
4 Ulasan
and i love it!!~
memang berbaloi.
doa moga disenangkan segala urusan. hehehe. amin.
moga mudah semua urusn akk nnt
Entah2 pemaju dah lari..