Addin ke sekolah semula setelah setahun home schooling. Ibu menghantar Addin ke tadika yang berdekatan dengan rumah. Memandangkan sekolah bermula jam 8.30am, ibu menghantar Addin jam 8.15am agar dan emnjemputnya semula jam 11.30 am. Ibu tidak mahu Addin merasakan sangat lama masanya di sekolah. Bukan ibu tidak boleh mengajar Addin di rumah lagi tetapi ibu mahu Addin biasakan jadual ke sekolah memandangkan next year Addin akan memasuki darjah satu. Cepatnya masa berlalu. Nasa ... pada mulanya dia janggal berada di rumah tanpa abang tersayang tetapi nasib baik abah ada hari ini. Abah mengambil cuti hanya untuk memastikan Addin ke sekolah dengan gembira dan selamat. Terima kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik dalam dunia!
Jam 11.30 ibu sudah berada berhampiran dengan sekolah. Ibu sengaja tidak mahu parking dekat dengan pintu pagar sekolah takut perhatian Addin bercelaru selepas melihat ibu. Tetapi tidak sampai 5 minit Addin sudah terpacul di depan pagar dan menjerit ibu!!!! Kami pulang ke rumah tepat jam 11.35... ini menunjukkan betapa dekatnya sekolah Addin dan rumah! addin nampak happy dan ini membuatkan ibu dan abah bertambah gembira hari ini!
1 Ulasan