Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke Kuala Lumpur pada 1 Oktober yang lalu. Ianya merupakan hari terakhir kami di Miri dan hari pertama hidup baru i Kuala Lumpur. Memang meletihkan dengan barang sebanyak 100kg di bawa bersama dari Miri. Kami beraya di rumah mamatok dan ayahtok Addin dan Nasa di Rawang seterusnya pulang ke Muar pada hari raya ketiga.
Kini kami telah pulang ke Kuala Lumpur semula menguruskan semua barang dan perkakas rumah. Nasib baik ada helper yang dapat menolong saya unpack semua barang dari kotak.Lega sedikit rasanya. Kini tinggal nak menguruskan beberapa perkara kecil seperti install Astro disc, laminating floor dan water hitter.
Walaupun jauh di sudut hati saya,saya mahu pulang semula ke Miri tetapi saya terpaksa juga terima hakikat bahawa kami terpaksa memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Saya yakin pasti ada hikmah yang terbaik aturan Allah untuk kami sekeluarga dipindahan ke Kuala Lumpur.
Ada beberapa keping gambar raya yang belum sempat saya masukkan dalam blog. InsyaAllah sehari dua nanti akan saya sertakan gambar terbaru Addin dan Nasa sepanjang musim raya ini.
0 Ulasan