Walaupun sudah setengah bulan hidup di Kuala Lumpur tapi saya masih belum boleh adapt dengan suasana di sini. Masih teringat saya pada Sabtu yang lepas di mana mak mertua saya membuat rumah terbuka pada waktu tengahari memandangkan sebelah petang dan malamnya kami mempunyai kenduri tahlil bersama seluruh ahli keluarga.
Urusan rumah saya di Melawati hanya selesai pada hari tersebut pada jam 1.45pm di mana proses terakhir melengkapkan rumah dengan pintu grill. Kebiasaannya kami hanya mengambil masa maksimum untuk ke rumah mak di Rawang Perdana dalam 20 minit tetapi kerana hari Sabtu hari tu hujan lebat maka traffic menjadi slow yang amat sehinggakan kami sampai rumah mak selepas 1 jam setengah berada dalam kereta. Ya Allah bosannya!!! Tak ada rezeki saya untuk berjumpa dengan kak Sara pada hari itu. Bukan niat saya untuk menjemput dengan ajak-ajak ayam atau tidak ikhlas tetapi kerana urusan rumah Melawati yang tertunda menyebabkan kami tidak bermalam di rumah mak pada malam sebelumnya. Sepatutnya grill rumah di pasang pada hari Jumaat namun kerana hari hujan grill yang perlu dicat tidak dapat dilakukan. Sebab itulah kami sendiri datang ke rumah mak sangat lewat dari jangkaan kami.
Ramai antara sahabat handai mak ayah yang tidak dapat hadir kerana traffic yang sangat teruk. Bagi mereka yang sudah biasa dengan hidup di bandar metropolitan, ianya bukanlah perkara baru, tetapi bagi saya yang sudah menetap lama di bandar yang jauh perbezaan cara hidup pasti merasa asing dengan perubahan hidup yang dilalui. Bukan pilihan kami untuk menetap di Kuala Lumpur namun aturan Yang Maha Esa yang pastinya lebih mengetahui hikmah mengapa kami dipindahkan.
“Ya Allah, Dengan NamaMu yang Maha Besar lagi Maha Agung, aku panjatkan doa padaMu agar Kau bukakan pintu hikmah buat kami atas segala aturanMu buat kami dan keluarga kami. Jangan Engkau biarkan kami kepada diri kami walau seketika cuma…. Berikan kami petunjuk dan taufiq serta hidayahMu dalam apa jua yang kami lakukan. Lapangkanlah rezeki kami sempena hijrah kami ini Ya Allah. Berikan kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta peliharalah kami dari api nerakaMu yang amat azab.”
Buat kak Sara, sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak dapat bertemu pada hari Sabtu yang lalu. InsyaAllah seandainya ada rezeki semoga Allah menemukan kita pada masa yang telah ditentukan, aturan yang Maha Esa. Wallahu alam.
0 Ulasan