Kau Tercipta Untukku


Tersentuh hati ibu apabila mendengar nasihat Dato' Dr. Fazilah Kamsah dalam Anjakan Paradigma dalam bagaimana menjaga hubungan kita dan pasangan kita. Beliau mengambil petikan Confucius " layanlah pasangan anda sebagai orang baru setiap hari. Janganlah take for granted dengan hubungan yang ada.

Memang benar adakala kita tanpa sengaja menyinggung perasaan ahli keluarga mahupun pasangan kita. Walhal dengan orang luar kita akan melayan mereka dengan sebaik budi bahasa. Sepanjang menonton program tersebut ibu asyik teringatkan abah yang sepatutnya pada ketika itu abah mendengar khutbah Jumaat.

Bila abah pulang, ibu menyambutnya dengan senyum dan bertanya "ada abah ingat ibu hari ini?" Abah menjawab " ada , ketika mendengar khutbah Jumaat". Subhanallah begitu kuat getaran gelombang yang ibu hantar. Hehehe, dalam hati gumbira tidak terkata.

Ibu mengenali abah semasa zaman belajar di U lagi. Kami mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi masing2 dan setiap hari kami belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya. Jika ada yang melakukan kesilapan, kami akan segera bermaaf2 an. Abah cukup marah jika ibu merajuk berpanjangan, katanya iblis akan menghasut dengan lebih banyak sepanjang kita berselisihfaham.

Ibu menerima abah seadanya dia...bukan kerana apa yang dimilikinya, jawatan hebat mahupun rupa parasnya tetapi kerana hatinya. Apa yang abah berikan kepada ibu menjadikan ibu seorang wanita yang cukup bahagia. Kami bukanlah kaya tetapi memadailah dapat memiliki apa yang kami hajati. Bermula dengan awal perkahwinan, dengan kehidupan yang cukup sederhana. Ibu merasa menaiki motor , basah kuyub dek hujan lebat, membasuh baju tanpa mesin dan banyak lagi. Ini semua menjadikan ibu seorang yang matang melalui kehidupan.

Ibu tidak mahu menjadi seperti kawan2 ibu yang juga isteri eksekutif P******s...sentiasa merungut dengan kekurangan suami. Seorang isteri membisikkan kepada ibu pada satu majlis di rumahnya... "N, ni kerusi Fella Design tapi bukan the latest. Aku frust sebab rupanya gaji staf P******s ni kecik rupanya. Menyesal aku berhenti kerja dulu kalau tahu gaji dia lebih kecik dari gaji aku" MasyaAllah, isteri apa ini, detik hati ibu waktu itu. Sejak dari itu ibu mula malas nak layan mesej dari teman ini.

Ada juga seorang ini, merungut depan ramai isteri P******s dalam majlis minum petang. Waktu itu semua suami kerja. Si isteri ini merungut kerana katanya suaminya seorang yang lokek yang amat. Saya terkesima seketika dan tanpa saya sedari saya menjawab " Wahai adik sayang, suamimu sebelum membawa mu ke Miri telah banyak berkorban duit menyediakan sbuah kereta berbanding kami semua yang hanya bermula dengan motosikal, maka seharusnya kamu sangat bersyukur dan bukannya merungut." Terdiam semua orang ketika itu. Sehingga kini sesiapa yang hadir pada gathering itu akan mengimbas kenangan silam.

Apa yang saya pasti dua teman ini hidup mereka indah khabar dari rupa... mungkin kerana hati mereka yang sentiasa merungut dan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Sorang tu asyik gagal dalam interview kerja, dan seorang lagi dek kerana tamak dan mahuu bergaya si suami selalu outstation untuk mencari elaun lebih setiap bulan. Bahagiakah namanya ini?

Ibu berdoa agar dapat menjadi isteri kepada abah Addinnasa di dunia dan di akhirat. Semoga dengan segala kelebihan dan kekurangan antara kami menjadikan kami saling menyayangi dan saling menghargai selagi hayat dikandung badan. Amin.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Mama Zharfan berkata…
sejuk hati saya baca posting ni...
Diver Mom berkata…
wah.. sweetnya.. :)

saya selalu lupa diri.. haha.. sabo je la.. sian Mr hubby.. :(
Norita Shaklee berkata…
Sesungguhnya hati wanita Allah jadikan untuk satu lelaki... maka itulah uniknya wanita.
iena hamdi berkata…
aku hanya berdoa sesungguhnyer isteri yang selalu merungut akan kekurangan suami nyer itu... akan segera insaf...
iena hamdi berkata…
by the way.. ko pun layan anjakan paradigma yer.. so far yg aku paling suka masa vanida n shidi jadi guest...

seronok dengar kebahagian n aura yg mereka berdua ada,.. moga umahtangga kita semua di redhai..n di murahkan rezeki
Norita Shaklee berkata…
Iena

Aku suka semua program motivasi... supaya ada perkara yang boleh buat kita muhasabah diri untuk perbaiki kelemahan.

Semoga kita menjadi isteri yang sentiasa bersyukur.
shahliza94 berkata…
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...amiin..
Norita Shaklee berkata…
Amin kak. Semoga untuk akak pun begitu jua..
aishah berkata…
yeah sis, my husband selalu remind saya camtu.

"kalau kita banyak merungut, rezeki akan susah. kita kene banyak bersabar, redha dan doa byk2 agar keluarga kita dimurahkan rezeki"

tapi kak, rezeki nih banyak cabang. not only in term of money, kesihatan dan happiness juga kan?

owh, just remind myself too. and i am still learning not to merungut. hehehehe :)
Norita Shaklee berkata…
Aishah
Dalam dunia memang banyak dugaan, sabar tu perlu ada. Istighfar banyak2 dan doakan yang terbaik.
Unknown berkata…
ibu addin..

selagi duani berputar selagi itulah manusia tdk belajar utk bersykur.. Insya Allah, semoga kita saling mengingati.. besar tggjwb isteri.. lebih2 lagi dlm hal menjaga maruah suami... ramai yg alpa & lupa... :)