Wednesday, November 11, 2009

Warna susu dan urin berubah?



Ramai yang mencuba trial pack Shaklee akan tertanya2 mengapakah warna susu dan urin berubah setelah mengamalkan vitamin ini... Sebenarnya warna urin dan susu akan berubah warna kekuning-kuningan disebabkan kesan vitamin B complex. Ini terjadi kerana vitamin B complex adalah vitamin yang larut air dan ianya memberi kesan ke atas warna air susu dan urin si ibu tadi. Namun sayugia diingatkan ibu2 perlulah banyak minum air kosong (lebih digalakkan)demi memastikan badan kita mempunyai cukup air agar vitamin dapat diserap oleh tubuh dengan lebih baik dan lebih efektif.

Ada juga ibu2 yang bertanya mengapakah susuibu akan berubah kepada lebih pekat? Ini kerana kandungian nutrisi yang banyak di dalam susu ibu melalui pemakanan si ibu tadi.Ini akan membuatkan si anak lebih kenyang dan perkembangannya sangat baik. Ada juga kes di mana pada peringkat permulaan si anak akan minum sedikit berbanding biasa, ini kerana si anak juga memerlukan masa menerima perbezaan susuibu , jika sebelum ini cair dan apabila selepas mengambil vitamin susuibu menjadi lebih pekat. Sama juga dengan keadaan kita jika sudah terbiasa dengan minum milo cair tetapi akan rasa sedikit beza apabila diberi minum milo yang pekat.

Walaubagaimanapun sila dapatkan konsultasi sepanjang mengamalkan pemakanan ini agar lebih faham kepentingan keperluannya sepanjang penyusuan.

Untuk tatapan testimoni boleh baca DI SINI
Salam sayang dari ibu

Tuesday, November 10, 2009

This is it



ahad lepas ibu telah membuat satu keputusan yang membuatkan abah , addin dan Nasa sangat gembira...iaitu bila ibu kata ibu nak belanja tengok wayang. Cerita apa? Cerita MJ tentang persediaan konsert beliau yang terakhir yang tidak kesampaian bulan tujuh lalu.

Abah tanya banyak kali kat ibu," are you sure nak bawak anak2 g tgk wayang? Kalau Nasa takut gelap macam mana? Tak ke rugi tiket?" So apa yang ibu buat ialah dua hari sebelum pergi tengok wayang, ibu brief Nasa banyak kali... "Nasa kita nak tengok Beat It ... Nasa nak ikut tak?" Nasa panggil MJ as Beat It sebab itu yang paling senang dia sebut untuk gambarkan MJ.
Nasa terus jawab " Nak, nak, Aca nak nengok Beat It".. "Tapi dalam tempat tu gelap tau tak de lampu",ibu terus jawap selepas Nasa kata nak.

Tahu apa dia jawab? " Tak de api? Gelap? Api tak de?" Ketawa ibu mendengar soalan Nasa. Ibu pun menjelaskan dalam tu ada Beat It nyanyi dan selamat walau gelap.

Bila tiba hari Ahad, Nasa orang yang paling happy. Sebelum masuk ibu membeli popcorn dan air mineral sebagai santapan ringan sambil menonton. Alhamdulillah kami semua enjoy menonton cerita MJ ini dan Nasa pula tertidur separuh perjalanan cerita MJ...mungkin kerana bangun terlalu awal pagi tu. Nasa hanya bangun selepas cerita tersebut habis....

So itulah cerita pertama Nasa tengok wayang pada usianya dua tahun lebih... dan hujung minggu ni ibu perlu fikirkan satu aktiviti sebelum abah turun offshore lak...



Oh ya, sebelum ibu terlupa, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sebarang vitamin Shaklee, pembayaran boleh dibuat melalui maybank2u atau cimb ibu. Sila emailkan pengesahan pembayaran dan detail anda untuk tujuan penghantaran. Terima kasih.
Salam sayang dari ibu

Monday, November 9, 2009

10 tabiat yang perlu kita elakkan?

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Salam sayang dari ibu

Saturday, November 7, 2009

Cantik? Siapa yang tak nak?

Alhamdulillah ibu dah temui rumah idaman... cantik? Alhamdulillah cantik. Single story detached house area Piasau namun kami belum boleh dapat stay lagi memandangkan tenant sekarang akan keluar hujung bulan ini. So buat sementara ibu dan abah sedang survey apartment mana2 yang murah buat kami tinggal sementara waktu. Apa yang penting perlu ada internet so that senang ibu nak update blog dan beri consultation pada teman2 ibu di luar sana.

Ibu nak share apa yang berlaku hari ini... seseorang yang baru ibu kenali bertanya sesuatu yang buat ibu tersenyum seketika..." Kulit muka you cantik dan texture pun nampak halus sangat, you pakai pencuci muka apa ya? " Ibu pun menjawab, jujurnya semenjak dalam travelling ni ibu cuma guna pencuci muka Sebamed sahaja dan selesa diguna seisi keluarga. Namun hakikatnya ibu percaya apa yang terlahir dalam bentuk zahir ialah hasil dari pemakanan yang seimbang, air yang cukup, dan tidur yang sempurna.

Sepanjang 2 minggu stay kat Imperial Hotel ini sekali sekala terserempak dengan engineer perempuan dari Pet***** yang ada visit ke offshore , wajah mereka nampak berminyak dan penuh dengan jerawat. Ini membuatkan ibu teringat kulit wajah ibu zaman dulu2... Ibu pernah melaluinya dan alhamdulillah kini kulit wajah lebih baik dari dulu. Jika ada yang mempunyai masalah kulit dan perlukan semangat serta motivasi memang ibu akan berikan sepenuhnya. Ibu pernah merasa dalam keadaan sedemikian, sedikit sebanyak ia menggangu gugat keyakinan dalaman diri kita.

Apalah gunanya gaji beribu jika kita tidak dapat manfaat dari duit yang kita dapat? Sebab itu ramai yang sanggup spend duit mereka ke NY skin Solution dan banyak lagi. Jika berkemampuan boleh lah... bagaimana jika tidak mampu macam ibu? Maka jawapannya adalah dari pemakanan...

Sebab itu lahirnya TRIAL PACK KHAS UNTUK KULIT. Berkesan kah? Kulit wajah kita memerlukan 21 untuk bertukar kepada sel yang baru maka dengan set trial pack ini pastinya membantu untuk melihat kesan yang sangat2 positif. Ramai yang dah mencuba vitamin E Shaklee dan mengakui keberkesanannya. Ternyata kulit yang sensitif beransur reda dan kulit yang berminyak dulunya kini tidak lagi. Bagi yang mengalami masalah jerawat dan ingin mencuba mendapatkan perubahan bolehlah hubungi ibu di talian 012-8535689 untuk dapatkan khidmat nasihat percuma.

Salam sayang dari ibu

Thursday, November 5, 2009

Anda dalam kumpulan yang mana?

Sebenarnya ibu dah lama nak menulis tentang hal ini...dan tulisan ini ibu paparkan khas buat bacaan ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu...

Dalam dunia penyusuan ini, selama pengamatan ibu ada dua golongan ibu...

1. Golongan yang sangat mementingkan kuantiti susunya... golongan ini mudah sangat melatah, pantang susu merundum sedikit mula sangat gelabahnya. Golongan ini sangat sangat suka mengumpul stok ebm dan berlumba2 dengan ibu lain yang sama kumpulan menyusukan anak. Ada yang mempunyai stok susunya cecah 300-4oo, memang hebat dan ibu sendiri kagum dengan usaha golongan ibu ini. Sayangnya kerana terlalu banyak stok, ada yang expired akhirnya. Bertambah sedih lagi ada teman2 ibu dari golongan ini kesihatan anak mereka sungguh menyedihkan. Demam, selsema dan batuk berbulan2 dan jawapan mudah untuk itu adalah antara mereka menjawab, "Ah biasalah hantar nursery memang sure sakit...". Golongan ini pula jika menghantar email atau mesej suka bertanya " Kak N, betul ke alfalfa boleh tambah susu? Susu saya banyak tapi nak banyakkan lagi"... Bila ibu rekomen vitamin selain dari alfalfa mereka ini menolak kerana katanya dah memadai makan kalsium dan spri****. Walhal ibu nak rekomen vitamin yang boleh support kesihatan ibu dahulu secara langsung meningkatkan nutrien dalam susuibu. Sudah pasti susuibu yang kaya dengan vitamin dan zat akan membekalkan nutrien cukup untuk antibodi si anak tadi.

2. Golongan ini adalah antara yang paling sedikit ibu temui, mereka ini memastikan susuibu yang mereka bekalkan kepada si anak cukup berkhasiat. Mereka juga menghantar anak ke nursery dan alhamdulillah jika anak selsema , demam mahupun batuk si anak memang cepat recover. Mereka sering istiqamah dan bersyukur dengan limpah kurnia Ilahi atas pemberian susuibu yang Allah kurniakan. Mereka tidak cepat melatah. Mereka dalam kategori yang tenang dan tidak mudah panic... selalunya golongan ini sangat bagus amalannya dengan Maha Pencipta maka hati mereka tidak mudah goyah dalam urusan2 dunia. Mereka sentiasa bersyukur dan yakin atas amalan bersyukur Allah menambahkan nikmat ke atas mereka dan keluarga mereka. Ibu sendiri besyukur ditemukan dengan golongan ini walau bilangan mereka sangat2 kecil. Mereka tidaklah kaya raya tapi hati mereka cukup kaya dengan rahsia Pencipta. Mereka selalu berkongsi dengan ibu bahawa kesihatan ini hanya pinjaman terpulang kepada kita cara menghargainya. Setiap kita wajib berusaha mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Namun bukan semua antara kita yang mendalami ilmu keyakinan tertinggi ini.


Di dalam golongan manakah anda?

Akhir sekali, sayugia ibu nak maklumkan bahawa multivitamin Shaklee tidak mengandungi Lysin. Multivtamin yang mengandungi Lysin boleh membuka selera mereka yang kurang berselera seterusnya menaikkan berat badan kepada pemakan tadi. Bagi mereka yang mengambil vitamin Shaklee kalian tidak perlu risau , insyaAllah berat anda tidak akan bermasalah pada masa akan datang.

Sampai bertemu lagi....

Salam sayang dari ibu

Wednesday, November 4, 2009

Khas untuk Sabah Sarawak

Bagi mereka yang menetap di Sabah dan Sarawak, yang ingin mencuba trial pack Shaklee , kini anda boleh dapatkan dari ibu dengan harga yang sama RM80 atau boleh dapatkan dari teman ibu..

Azimah 0198672645 ( Kuching,Sarawak).


Ibu juga ingin maklumkan kepada semua pembeli trial pack, seandainya kalian sangat berpuashati dengan kesan vitamin yang kalian perolehi dari set trial dan kini ingin membeli full package bolehlah membuat pesanan melalui ibu dan dapatkan hadiah istimewa dari ibu iaitu 3 keping magnetic fridge yang sangat menarik!



Pembelian full set boleh di consume up to 4 months. Ianya terdiri daripada multivitamin 120 tabs, vitaminB complex 120 tabs, Vitamin C 180 tabs dan Alfalfa 330 tabs. Of course much2 cheaper!

Please email me to know more detail, dear!

Salam sayang dari ibu

Tuesday, November 3, 2009

Trial Pack Vs Full Package

Alhamdulillah, sambutan untuk trial pack sangat menggalakkan. Ramai yang sanggup membeli 3-4 set untuk diberi kepada emak, ayah, adik dan saudara mara. Walaupun hakikatnya jika beli full package lebih murah tapi ramai kenalan alam cyber ibu tahu adalah lebih baik membeli set percubaan untuk mengenali vitamin yang baru kalian ketahui.

Ibu merasa sangat gembira dengan feedback yang ibu terima hasil daripada semua yang mencuba trial pack... mereka rasa bertenaga, mood yang elok, susu meningkat dan ada yang mengalami bengkak susu walau anak mereka dah setahun lebih menyusu susuibu... MasyaAllah alhamdulillah, Allah memberi rahmatNya kepada mereka yang berusaha dan istiqamah.

Namun ada antara mereka yang merasa lambat kesannya atau dalam kata lain impak yang minima... mengapa ini berlaku?

Bagi pendapat peribadi ibu sendiri :
1. Si ibu terlalu stress dengan kerja dan hal peribadi yang sangat mengganggu kestabilan hormon dan secara langsung memberi kesan kepada pengeluaran susu.
2. Si ibu dalam kategori berdiet dan suka mencatu pengambilan makanan yang sepatutnya mereka makan untuk dua orang.
3. Si ibu minum kurang dari 3 liter sehari... manakah datangnya susuibu jika tidak dari makanan dan minuman yang kita consume setiap hari?
4. Si ibu tidak yakin atas usaha dan doa... sesuangguhnya manusia hanya mampu berusaha dan berdoa dan akhir sekali kita perlu tawakal. Sifat ragu2 atau tidak yakin sebenarnya yang membuatkan seorang ibu itu mudah gagal dalam breastfeeding journey mereka.
5. Si ibu kurang membaca maka mudah sangat melatah dalam banyak segi.


Apakah kesan dan impak yang sepatutnya si ibu atau individu itu perolehi selepas mencuba trial pack Shaklee?

1. Si ibu lebih bertenaga, bersemangat, dan ceria kerana kehadiran B complex dan vitamin C yang cukup dala diet seharian.

2. Si ibu bertenaga kerana mendapat 12 vitamin dan 7 galian yang lengkap dari multivitamin yang lengkap dengan iron formula.

3. Susu mudah dihasilkan melalui tubuh yang sihat dan di tambah dengan alfalfa sebagai milk booster.

4. Air urin akan berubah kepada warna kuning pekat kesan dari B Complex dan sebagai petanda badan memerlukan lebih air dalam pengambilan seharian.

5. Susu ibu akan lebih pekat dan lemak dan ini akan banyak membantu pembesaran anak, si kecil adakala akan minum hanya sedikit kerana kenyang disebabkan susu yang pekat dan kaya dengan nutrien hasil dari vitamin yang si ibu ambil.

Bagi mereka yang mahu membeli full package dan ingin mendapat tawaran yang menarik dari ibu, sila email kepada addinnasa@gmail.com.

Salam sayang dari ibu

Monday, November 2, 2009

More GIFT untuk Bakal Ibu

Alhamdulillah, hari ini ibu ingin menambah hadiah istimewa kepada sesiapa yang bakal menimang cahaya mata.Ia hanya untuk mereka yang membeli trial pack set bersalin dari ibu atau dari senarai di bawah ini:

1. Yusrina Hata 019-271-2601

2. Arnie ( ibu Harith & Hannah) 017-303-0081

3. Intan (sayang.ibu) 019-754-1908

4. Sitilina (along, mommy afiy & fahry) 012-281-1136

5. Aishah Abdullah 013 -622-2781

6. Sabariah 013-9642618 (Jengka Pahang)

Setiap pembelian akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah untuk mendapat hamper baju bayi seperti yang tertera di bawah. Ianya bernilai RM70 ke atas. Hadiah disediakan mengikut jantina bayi pemenang bertuah itu.

Setiap pembelian trial pack set bersalin akan menerima sebiji magnetic fridge seperti dalam gambar.




Cabutan akan dibuat pada 1 Disember 2009. Maka ini bermakna ianya berlangsung selama 1 bulan. Bagi ibu2 yang akan bersalin, marilah merebut peluang ini, mana tahu rezeki anak anda!

Salam sayang dari ibu