Khamis, 7 Ogos 2008

Breastfeeding and supplement

Saya tertarik untuk menulis tentang satu pertanyaan dari seorang ibu yang sudah mempunyai 3 orang anak. Beliau bertanya adakah penting baginya mengambil b complex dan vitamin c sedangkan beliau sudahpun mengambil kedua-dua vitamin ini melalui multivitamin. Beliau mengutarakan pertanyaan ini kerana pada beliau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi amat sukar baginya untuk membeli pelbagai jenis vitamin. Namun yang peliknya pakaiannya sentiasa bertukar ganti setiap bulan tidak pula dikaitkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Hmmm… jawapan yang saya berikan kepada kakak ini ialah multivitamin mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Namun kerana terdapat beberapa kekangan maka tubuh kita memerlukan lebih vitamin B complex dan vitamin C atas beberapa sebab. Sebenarnya saya sudah menerangkan dalam post saya sebelum ini namun mungkin bukan semua menyedarinya.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin b atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan b complex. Lima kali ganda b complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam Cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin b sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan b complex dengan mudah.

7. Sesetengah sumber b complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.


Manakala kepentingan vitamin C pula :


Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit. Ianya diakatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mandapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit? Saya tidak menjamin anda tidak akan jatuh sakit tetapi saya boleh beritahu anda bahawa badan yang sihat dan mendapat cukup khasiat dapat menjauhi kesakitan dan kelesuan.

Jika anda perlu belanja lebih sedikit untuk makanan tambahan yang berkualiti, saya percaya harganya memadai manfaat yang bakal diperolehi terutama bagi ibu yang menyusukan anaknya!

Tiada ulasan: