Semua manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Bila keperluan dipenuhi, kita mula menambah kehendak dalam kehidupan. Ya adakala beberapa kehendak ini, ia melibatkan komitmen hutang terutama dengan bank.
Namun saya suka dengar ceramah dari youtube ; perkongsian ustaz-ustaz tentang amalan murah rezeki dan langsai hutang tak terkecuali juga dari buku-buku yang ada diselitkan tentang perkara ini.
Ada beberapa yang saya cuba ingat , antaranya dengan
1. Doa
Rasulullah saw menganjurkan beberapa doa yang umatnya boleh jadikan amalan antara doa yang popular ialah DOA ELAK MALAS.
Dibaca minima 3 kali selepas setiap kali solat.
2. Banyakkan berselawat.
Perkongsian ustaz Yusuf Mansor dari Indonesia membuktikan selawat mampu menjemput rahmat Allah , secara langsung Allah lepaskan dari segala hutang piutang.
3. Zikrullah
Banyak zikir yang dianjurkan antaranya ialah
La ila ha Illallah Al Maliqul Haqqul Mubin 100x ,
Subhanallah Wa Bihamdih Subhanallahil Azim 100x
Subhanallah wal hamdulilah wa la ila ha illallah wallahu akhbar 300x
4. Surah Al Ikhlas
Menjadikan amalan membaca surah Qul huwallah hu Ahad [ sampai habis] 3 kali sebelum masuk rumah, insyaAllah diselesaikan semua hutang.
5. Solat sunat taubat, tahajud
Solat sunat pahalanya sunat namun fadilatnya dahsyat sekali. Nak lakukan juga perlukan semangat yang kuat. Namun bila kita ada kesedaran betapa pentingnya meminta dengan Allah, kita akan usahakan demi mencari rahmat dan Redho Allah.
Saya senaraikan yang mudah sahaja. Ada banyakkkkkk lagi cuma, adakala lagi banyak kita hafal, buatnya tidak. Jadi kita ingat list yang sedikit tapi istiqamah beramal. Ada tips ini yang memang kami amalkan, alhamdulillah nampak jalan keluar Allah aturkan.
Paling penting, sabar dalam beramal.
Kita juga disarankan meminta dengan Allah supaya Allah PILIH kita menjadi HAMBA Dia yang
1. Banyak bersyukur
2. Banyak berzikir
3. Usaha perbaiki amalan
Sayugia diingatkan, disamping doa, kita kena juga ada usaha sebagai asbab laluan rezeki.
Contohnya :
Ya Allah kurniakan la kepada kami perniagaan yang maju , supaya rezeki yang kami perolehi mampu memberi manfaat pada ramai orang terutama ibu ayah dan keluargaku serta bantulah aku menyelesaikan masalah hutang-hutangku. Agar hutang ini tidak menjadi beban pada warisku andai aku meninggal dunia nanti.
Sekadar sedikit perkongsian moga menjadi asbab kebaikan. Wallahu alam.
1 Ulasan