Selama ni kita didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu marketing. Kos kursus bukannya murah malah ada sampai beribu-ribu... tapi hakikatnya bisnes masih sendu. Ada yang sampai give up bila dah buat macam macam tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Saya tertarik dengan buku 7 kunci rezeki penulisan Ippho Santosa. Ianya mudah dan boleh dipraktikan. Cuma sebagai manusia kita kena sabar menanti rahmat Allah.
Namun selepas beberapa tahun menceburi bidang bisnes ni [ jual vitamin Shaklee dari rumah] saya mendapati kunci jemput rezeki hebat adalah dalam keluarga sendiri.
Antara benda yang biasa kami amalkan :
Solat berjemaah sekurang-kurangnya 2 kali sehari...Subuh dan Isyak.
Mengaji bersama sama seisi keluarga.
Makan bersama.
Bergurau senda sesama ahli keluarga.
Berkasih sayang sesama ahli keluarga.
Saling bermaafaan jika ada perselisihan.
Telefon ahli keluarga bertanya khabar [ memanjangkan silaturahim]
Ada banyak aje lagi...cuma saya rasa yang saya kongsikan ni sedikit sebanyak membantu...
Ramai hari ini orang stress...stress nak capai sales dan target. Stress dengan ujian bisnes lagi...
Stress dengan ahli keluarga, stress dengan PDPR anak lagi... eh macam macam....
Namun percaya tak, stress ni mendatangkan tekanan rasa dalam rumahtangga...rezeki jadi kelam.
Kita kena ada masa seketika untuk letakkan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah dah berikan pada kita.
Bermula bangun pagi....pandang wajah wajah kesayangan kita...letakkan syukur kerana kita berpeluang melihat mereka bernafas dengan kita. Bersyukur Allah bangunkan kita dengan wajah yang sempurna dan cantik. Bersyukur kerana kita punya rumah kediaman untuk berteduh. Besar atau kecil rumah balik kepada luas atau sempitnya hati kita.
Menjadi orang yang sentiasa bersyukur membuatkan jiwa kita tenang.
Teruskan panjangkan doa memohon semoga Allah hadirkan keluarga sakinah, mawaddah warrahmah.
Sesungguhnya rezeki ini datang dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Luaskan hati dengan kesyukuran yang banyak. Percayalah segala aturan Allah adalah sebaik-baik untuk kita. Insyaallah rezeki datang melimpah ruah tanpa kita sedari.
Bila kita lakukan apa yang Allah suka, percayalah rezeki datang mencurah-curah...insyaallah.
0 Ulasan