Makan vitamin tapi tetap sakit?



Ada satu tahun tu saya lalui banyak operation...bermula dengan appendix.

Tak lama lepas tu saya mengandung anak pertama. Sepanjang mengandung saya mengalami masalah membuang air besar yang sangat teruk.


Mengandung anak pertama, tak banyak ilmu yang kita tahu...so saya ingat ia adalah normal untuk orang mengandung kena sembelit.

Macam macam suami saya belikan untuk memastikan saya lawas dalam membuang.
Dari buah prune kepada jus prune, kismis dan paling banyak saya makan masa tu ialah B complex kerana saya tahu ia bagus untuk membuang. Tapi tetap ada masalah yang sama.

Masuk kandungan 3 bulan ia menjadi makin teruk. Sampailah pagi Ahad tu, saya muntah teruk dan suami saya terus bawa ke Columbia Asia Miri untuk jumpa doktor.

Masa di hospital doktor cuba scan tapi tak nampak apa-apa pun. Hari kedua, doktor kata ada cyst dan perlu operate. Masa tu Addin masih dalam kandungan antara 2 bulan -3 bulan.

Lepas operation barulah dapat tahu rupanya apa yang saya lalui selama ini adalah berpunca kerana cyst yang ada pada ovari kanan saya. Ia bukan cyst biasa tetapi twisted cyst. Cyst berpintal dengan ovari.
Cyst
Twisted ovarian cyst


Masih ingat arwah mak tanya...Mengapa dah makan vitamin masih sakit?

Saya jawab ...Sakit ni rahsia Allah. Allah aje tahu kenapa kita diberi penyakit. Tapi kita manusia kena ada usaha. Macam bawa kereta. Siapa yang mahu kena langgar kan? Tapi kalau kita pandu berhemah, pakai tali pinggang keledar...kalau ada kemalangan...selagi belum ajal insyaAllah tak la seteruk orang yang tak pakai langsung tali pinggang keledar.

Alhamdulilah selepas operate, elok aje membuang. Takde dah sembelit teruk macam sebelumnya. Saya cuma recover dengan vitamin Shaklee aje.

Alhamdulillah saya memang amal vitamin Shaklee* sepanjang mengandung sampai habis menyusu. Addin menyusu sampai 3 tahun 1/2.

Hakikatnya vitamin ni macam pakai tali pinggang keledar bila memandu. Ianya sebagai satu usaha selain baca doa sebelum mulakan perjalanan. Sekurang2nya insyaAllah kita ada pengakhiran yang baik selagi ajal belum memanggil.


Sama la bila makan vitamin,bila kita jatuh sakit.....jika kita pengamal vitamin, sekurang2nya badan kita tak la lemah sangat dan proses recover juga lebih baik berbanding mereka yang tak amalkan vitamin.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan