Hari ini, berita pesakit mendapat kanser bukanlah satu perkara baru...malah bila kawan saya menghantar gambar anaknya yang selesai pembedahan mengeluarkan ketulan daging yang doktor panggil Cyst pada kanak-kanak umur 6 tahun , ianya seperti perkara biasa.
Ya kerana dunia hari ini manusia sibuk dengan urusan kerjaya hinggakan adakala kita lupa waktu makan yang sepatutnya. Kerana sibuk dengan tugas hakiki simpton awal penyakit juga diabaikan dan dipandang remeh.
Ada seorang kenalan kami, beliau berumur lebih 40 an...beliau melalui satu keadaan dimana giginya gugur. Permulaan sebatang...kemudian gugur lagi...tanpa ada rasa sakit. Bila dah beberapa giginya gugur, beliau tergerak nak jumpa Doktor gigi. Doktor gigi menasihatkan beliau berjumpa pakar di hospital besar. Selepas beberapa ujian yang dilalui...Doktor pakar mengesahkan kawan ni mengidap kanser rahang. Satu penyakit kanser yang jarang didengari.
Hari ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan Pemain Badminton Datuk Lee Chong Wei disahkan mengidap kanser hidung tahap awal. Pada peringkat awal, beliau dikatakan susah bernafas dan sebagai manusia biasa, kita akan menganggap ia perkara biasa bila kita terlalu penat bekerja. Tanpa sedar sel kanser sedang membiak.
Ya antara simptom biasa yang semua orang alami ;
Kurang bertenaga
Berat badan berlebihan/ Berkurangan
Selalu pening/ Sakit kepala
Gusi berdarah
Badan mudah bercalar atau lebam
Penghadaman yang tidak baik
Sukar untuk bangun tidur
Mengantuk
Keinginan yang tinggi pada makanan manis
Gugup/ Gementar/ Sedih
Kekeringan mata
Kuku pecah
Kebas kaki tangan atau kaki
Kekejangan kaki
Sakit/ Sengal badan
Bahu/ lengan yang kaku
Sembelit
Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
Rambut gugur
Selalu menggunakan pil penahan sakit
Senang selsema
Nafas berbau
Ya sebenarnya simptom ini adalah tanda awal yang diberikan oleh tubuh untuk memberitahu sistem badan kita ada masalah yang boleh disebabkan kekurangan nutrien atau cara hidup yang tidak seimbang.
Kekurangan nutrien boleh terjadi apabila badan kita tidak mendapat khasiat yang seimbang melalui pemakanan harian. Ramai orang tidak mengamalkan pemakanan sihat hari ini disebabkan oleh desakan masa kerja mereka. Pengambilan sayur dan buah-buahan dipandang ringan sedangkan ia mengandungi zat nutrien yang diperlukan oleh badan walaupun hanya serat.
Cara hidup yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan kita mula trigger kepada penyakit. Tuhan menjadikan 24 jam supaya kita punya masa untuk bekerja, beribadah dan berehat. Tetapi kerana desakan ekonomi, ramai orang bekerja lebih masa untuk mencari duit lebih akhirnya menggugat taraf kesihatan diri mereka. Tidak kurang juga golongan yang terlalu taksub dengan gadget hinggakan merosakkan panca indera [mata] serta merencatkan otak dalam jangka panjang.
Pemakanan hari ini pula banyak yang telah diubah genetiknya...kerana nak memenuhi permintaan ekonomi [ membuktikan umat manusia makin bertambah dengan cepat], begitu juga banyak inovasi dihasilkan seperti penghasilan makanan segera untuk menampung permintaan manusia hari ini.
Maka kita seharusnya peka dengan apa yang berlaku pada tubuh kita hari ini. Bagi ibu dan ayah, setiap tanda awal dari anak juga perlu diambil berat dan harus peka walau sesibuk mana kita kerana penyakit hari ini tidak mengenal usia.
Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan