Dulu saya jahil, ingat makan vitamin dan berat maintain dah mencukupi. Pada saya tu dah dikategori sihat. Ya sebab makan vitamin dan vitamin bakar lemak sudah mencukupi.
Tapi ada beberapa perkara berlaku membuka mata saya. Rupanya penting ada aktiviti riadah dan bersenam.
Saya lebih insaf bila kawan terdekat terlantar kena strok. Berpunca dari tak suka berpeluh dan suka duduk dalam keadaan sejuk ber aircond.
Insiden kedua buat saya insaf bila ada ahli keluarga terdekat yang ada masalah urat kaki tak boleh bengkok... muscle dah tak berfungsi dengan baik akibat tak pernah bersenam.
Aktiviti riadah seperti jalan kaki memang bagus tapi mampukah kita berjalan 20 hingga 40 minit sehari?
Saya terbuka hati beli basikal senam dalam rumah kerana tak mahu la hari tua nanti ada masalah sendi dan urat kejang.
Berbasikal selama minima 30-40 minit sehari sambil menaip blog hahahaha atau menonton televisyen dapat dilakukan dirumah sahaja.
Pastikan tiada aircond dan kipas dibuka. Nak lagi terasa terbakar lemak dan kalori adalah dengan memakai pakaian sukan yang menggalakkan badan berpeluh. Kulit kita akan jadi lebih sihat bila badan kita dapat berpeluh. Berbanding kita nak sentiasa rasa sejuk boleh membuatkan salur darah kita bermasalah kemudian hari.
Bersenam dengan basikal sebenarnya antara latihan bagus untuk jantung. Ia antara latihan kardio. Minima exercise begini adalah antara 30 hingga 40 minit. Ini perlu untuk proses meningkatkan metabolisme tubuh kita.
Untuk latihan otot pula berkait rapat dengan weight lifting... sebab tu badan orang yang buat latihan angkat berat berketak ketak otot dia.
So kita yang tak pergi gym ni boleh la beli yang comey-comey dumb bell untuk latihan kat rumah.
Dumb bell |
0 Ulasan